GENG KITO

Orang Nengok

March 15, 2015

Bicara Jumaat: Gaya Hidup dan Kesihatan


Assalamualaikum dan selamat petang semua.. 

Bicara Jumaat kali ini terlambat 2 hari. Jadinya Bicara Ahad ye dok? Haha. Mana2 pun boleh. Ekceli, masa hari Jumaat tu dah nak post dah namun kekangan masa wujud saat itu. As usual, kalau hari Isnin dan Jumaat memang busy lain macam. 

Seperti yang tertera di ruangan topic, Bicara Jumaat: Gaya Hidup dan Kesihatan. Pagi Jumaat lepas, aku ada taklimat mengenai kesihatan. That’s why teringin nak share beberapa maklumat yang dapat aku serap.. 


Soal kesihatan seringkali diabaikan. Kenapa aku kata macam tu? Bukan ke semua orang nak sihat. Ya,semua orang nak sihat. Tapi berapa ramai yang amalkan gaya hidup yang sihat? Maksud aku dari segi pemilihan makanan, waktu makan, jumlah karbohidrat (gula) yang telah diambil, waktu larangan makan dan exercise terutamanya. Arghhh! Aku la tu. Cakap pasal diri sendiri. 

Semua aspek yang aku cakap tu perlu diambil kira. Bila dah tua nanti, baru nak menyesal. 




“Kandungan gula tinggi.”
“Kandungan kolestrol tinggi.” 
“Kamu obese.”














Kata-kata yang mungkin akan anda dengari dari seorang doktor setelah usia anda meningkat nanti. Berpeganglah pada pepatah “ Mencegah lebih baik dari merawat.” Kalaulah kita semua tahu betapa perit, sakit dan tingginya kos untuk mendapatkan rawatan, pasti kita semua akan mengamalkan gaya hidup yang sihat sejak muda. Kalau nak fikir salah siapa, sebenarnya dari sekolah rendah lagi kita diajar mengenai kesihatan termasuklah adanya subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Tapi , kita buat apa? Ambil mudah. Kita tak layan kononnya benda tu. Sayang taw sebenarnya.

Even dalam Islam sendiri menitikberratkan soal kesihatan. Bila badan sihat, insyaALLAH senang untuk kita melakukan ibadah. Hadis Rasulullah saw:


Macammana nak amalkan gaya hidup yang sihat? Mudah je. InsyaALLAH, kita buat sama. Aku pun baru nak mula. Rugi rasa kalau tak share benda baik dengan orang ramai. 

1. Pilih makanan halal

Seperti yang diajar dalam Islam, ummat Islam wajib makan makanan halal dan baik (halalan toyyiban) sahaja. Sebab makanan halal ini sudah semestinya bersih buatannya dan puncanya juga bersih. Ingat! Makanan kita tu jadi darah daging kita. Nak ke kita jadikan darah daging kita tu dari sumber yang haram. Konfem tak nak kan? So, pilih makanan yang halal. Tengok logo JAKIM dahulu. Kalau waswas, jangan beli.


2.    Sarapan setiap hari

Allah, yang ni la selalu aku skip. Selalu sangat-sangat la. Sebab apa. Sebab bangun lambat. Tak sempat nak prepare breakfast bagai. Dan memang jenis tak suka breakfast. Huhu. Sarapan ni wajib sebenarnya. Untuk bekalkan tenaga pada kita. Kalau kita skip makan pagi, kemungkinan besar untuk kita makan banyak pada waktu tengahari tu adalah tinggi. Ye la, lapar sangat sebab tak makan dari waktu pagi. Ataupun, sebelum waktu tengahri kita dah start makan/mengunyah biskut la, roti la, gula-gula la, kuih muih la. Itu semua tinggi karbohidrat. Tak elok untuk badan kita. Sebab tu makan lah pada waktu pagi untuk elak benda2 tu berlaku.

3.    Minum air kosong

Huuuu… Dulu memang aku pun jenis tak suka minum air kosong ni. 500ml satu hari pon belum tentu taw. Hakikatnya, air kosong ni sangat penting bagi system pencernaan dan perkumuhan. Pakar pemakanan pon selalu mentioned, minumlah air kosong sebanyak 8 gelas sehari. Kalau sesiapa ada masalah nak buang bagai tu, minum lah air kosong. At least bila buang air kecil, tu dah kira okay dah.

4.    Kunyah 40x

Ini Rasulullah saw yang ajar. So, bila Nabi kita ajar tu benda-benda baik la maksudnya. Bila kita kunyah banyak kali, makanan akan hancur dan dapat diserap dengan baik untuk proses penghadaman. And one more thing is, bila dah kunyah banyak kali ni rasa nak makan sikit je la. Hehe

5.    Senaman

Orang putih panggil exercise.. Haaa.. gitu.. Senaman ni jangan kita ingat pergi jogging je taw. Jalan/bergerak dengan pantas pun dah dikira satu senaman. Ataupun naik tangga bukan naik lif. Senaman ni buatlah setiap minggu. Demi kesihatan. Kasi keluar peluh dan bakar kalori berlebih.

Sama-sama kita jaga kesihatan. Anda juga boleh layari www.iluvislam.com untuk lebih info. Amalkan doa syifa' juga demi kesihatan. 

Thanks for reading.

Wassalam

#AlfatihahTGNA
#keeppray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501




March 9, 2015

MH370: A year on

Assalamualaikum dan selamat petang readers.

Sekarang ni musim hujan beserta guruh pada waktu petang. Takut kalau nak balik kerja tu. Almaklumla, tempat kerja pun FRIM, dikelilingi pokok-pokok besar kan.

Semalam 8 Mac 2015, maka genaplah setahun kehilangan MH370. Aku bukan siapa-siapa, namun aku juga seperti kebanyakan yang lain. Aku hanya rakyat Malaysia yang hanya mengetahui berita kehilangan pesawat ini melalui media massa. Aku hanya rakyat Malaysia yang turut terkesan akan berita pahit ini. Aku hanya rakyat Malaysia yang juga pernah mengalir air mata saat menerima berita ini. Dan aku merupakan hamba ALLAH yang tidak akan berhenti berharap dan terus berdoa bagi memohon permudahkan segala urusan SAR serta kebenaran akan terbukti.


Jika aku rasa apa yang berlaku apatah lagi ahli keluarga mangsa MH370. Hilang. Entah di mana. Apa yang berlaku. Tiada siapa yang mampu untuk menjawabnya. Kecuali TUHAN. Ya TUHAN. Kerana TUHAN Maha Berkuasa. Kita jangan sesekali menyalahkan takdir kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setahun sudah berlalu tanpa ada sedikit pun bukti fizikal. Juga pasti ada hikmahnya.


Apa yang pasti, jangan berhenti berdoa semoga TUHAN menunjukkan perkara yang sebenar termasuk bagaimana 2 orang penumpang menggunakan passport palsu boleh terlepas melalui pemeriksaan imegresen semudah itu sedangkan kawalan sangat ketat. Pasti ada sesuatu. Mana mungkin ia berlaku dengan begitu mudah.

Kita bukanlah keyboard warriors. Kita bukanlah seseorang yang mudah mendengar teori palsu. Sebab kita hanya mahukan kebenaran. InsyaALLAH, kebenaran akan terbukti. Tapi dengan syarat kita jangan berputus asa. Mohon juga supaya TUHAN tabahkan hati keluarga mangsa MH370 serta MH17.



*Our thoughts and prayers go out to the passengers, crew members and families of all on board MH370*

Wassalam

#AlfatihahTGNA
#Keepprayformh370
#Alfatihahformh17
#Alfatihahqz8501



March 6, 2015

Bicara Jumaat: REZEKI

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Lamanya rasa tak update blog. Hihi. Biasalah awal-awal tahun macam-macam kerja kena buat. Tanggungjawab mestilah dilaksanakan dengan sempurna.. ye dok?

Bicara Jumaat minggu ini berkisar mengenai rezeki. Dalam kita mencari rezeki ni, pernah tak readers terfikir. Rezeki ni luas. Tapi kebanyakan kita telah mempunyai “mind set”, rezeki itu duit. Hakikat sebenarnya, rezeki meliputi kesihatan, kemudahan, keupayaan, keluarga, masa dan banyak lagi. Sebab tu, dalam sehari hidup kita latihlah lidah kita untuk memanjat kesyukuran kepada ALLAH swt, Sang Pencipta yang telah memberi kita banyak rezeki.



Okay. Let’s say, aku bagi korang 2 situasi yang berbeza.

Tarikh tutup permohonan pekerjaan di syarikat JJ (tidak ada kena mengena dengan yang hidup dan yang telah mati) ialah pada 20 Februari 2015.

Situasi 1: Si A tahu permohonan dibuka pada 1 Januari 2015. Si A pon isi la borang tu slow2. Tapi dia stop tang nak upload resume. Katanya nak update dulu resume baru nak upload. Tapi malangnya, dia terlepas tarikh tarikh tutup permohonan tersebut.

Situasi 2: Si B baru sahaja tahu permohonan tu pada 19 Februari 2015 pada waktu malam. Dengan pantas dan ligatnya, dia terus isi borang tersebut sehingga berjaya menekan butang ‘submit’.

Nampak tak, rezeki si B tu. Walaupun dia tahu saat akhir. Namun, dia diberi kesempatan, peluang, masa untuk mengisi borang permohonan kerja tersebut. Jangan dilupa, dia juga diberi rezeki kesihatan dan kekuatan untuk isi borang tu sampai habis. Kalau si B tu dapat kerja tu, bertambahlah lagi rezekinya. Besar kan sebnarnya konteks rezeki ni? Simple je.

Well, kadang-kadang kita ni ada je rasa tak cukup kan. Sama la macam situasi aku sekarang ni. Macam-macam rasa nak. Bukan nak ikut nafsu sangat tapi terasa bagai semuanya penting. Sebab tu lah aku rasa terpanggil untuk buat entri ni. Aku kena muhasabah balik. Sepatutnya, apa yang lebih penting ialah mohon rezeki yang diperolehi itu berkat. InsyaALLAH, lapang dada. 


Ops! rupa-rupanya dah pernah tulis entri mengenai rezeki sebelum ni. Rujuk SINI

Wassalam.

#AlfatihahTGNA
#Prayforpantaitimur
#Prayformh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501


February 25, 2015

Cara reload/topup menggunakan CIMB clicks

Assalamualaikum dan petang semua.

Lately, dapat tahu rupanya ramai newbie yang menggunakan CIMB clicks ni. Alhamdulillah. Hanya ‘Cliks’ sahaja boleh menjimatkan masa dan mempermudahkan urusan anda. Ye x? Wah! Kemain, macam keje dengan CIMB dah. Hahaha. Click click jugak. Haruslah ada amaun kat dalam tu. :p

Disebabkan dah ramai yang guna CIMB clicks ni, uols kena tahu salah satu fungsinya adalah dapat memudahkan urusan anda untuk reload/topup kredit anda. Heee. Dah tak payah nak kluar memalam semata2 nak cari topup ataupun mintak bantuan kawan anda. Kalau kawan okay, bolehlah kan. Kalau yang mulut boleh tahan tu, sebelum masuk tu kena sesampah la dulu sedas dua.

Proceed cara topup/reload kredit menggunakan CIMB clicks.

1)    Login seperti biasa. Masukkan username dan password anda serta pastikan Secure Word anda adalah betul dan tepat.

2)   Pilih menu “Topup” seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah.


3)   Skrin anda akan memaparkan seperti dalam gambar rajah di bawah. Masukkan maklumat yang diminta. Product type tu, pastinya “Mobile Reload”.


4)   Seterusnya, untuk ruangan “Buy”, pilihla korang nak yang mana. Celcom, Maxis, Digi smua ada. Amaun reload/topup tu ada dinyatakan tu.


5)   Bagi ruangan “Reload To”, masukkan nombor telefon yang anda ingin reload/topup. Klik ruangan “others” dan masukkan nombor tersebut.


6)   Ruangan “Amount” paling bawah tu akan auto keluar sebab korang dah pilih pada ruangan “Buy” tadi.

7)   Seterusnya klik “Submit”.

8)   Lastly, klik “Confirm”.


9)   Setel!

*Kalau ada yang minta TAC number tu, click request. TAC number akan dihantar ke telefon anda melalui sms. Bila dah dapat TAC number, masukkan number tersebut dan follow step 7-9.

Thanks for reading and make this entry as ur reference.

Wassalam

#AlfatihahTGNA
#Pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501





Tips kekal sihat di musim panas


Assalamualaikum & hi readers!

Biasanya kalau ofis aku ni on aircond dengan suhu 16oC, automatically aku akan sarung sweater. Sejuk. Al maklumla aku kan keje dalam hutan. Tak de la rasa panas sangat macam kat tempat lain. 

Tetapi. 

Ya. Tetapi, musim sekarang ni dah tak la. Even keje dalam hutan pun dapat rasa jugak bahang kepanasan tu. Nampak sangat memang panas sangat-sangat. Katanya cecah 33 oC-35 oC jugak (sumber: Berita Harian). 

Bila dah musim panas ni, macam-macam penyakit akan datang. Paling common kita dengar demam panas. Kena tahu ye, demam pun ada bahayanya jugak. Kalau dah enzyme dalam badan denatured, kita pun ‘ek’ jugak taw. Apa kata kita amalkan tips ini. Pm kita pun ada sarankan. 




Wassalam

#AlfatihahTGNA
#Pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501