GENG KITO

Orang Nengok

January 5, 2012

(-;WANITA ANGIN..me…me…me… ;-)

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari).

Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja..

*hahaha…nk kata btol 100%, xde la btol pon…bnda ni bukan blh pcaya..tp mnyeronokkan!!bab inovatif 2 mmg TAK la kn…tertarik bab jodoh 2…BETOL LA PLAK…adoiii…;-)

p/s:im born on 14 JUNE…(saje nk remind befday ak)

^.^ JaDuaL eXaM^.^





*hari ni dh lepas 1 paper iaitu anatomi dan morfologi..alhamdulillah..bersyukur sgt2…ak cuma kurang skor soklan no 4 tp yg lain alhamdulillah…semuanya dgn izinNYA..=)

Ada 5 paper lg…mlm ni nk study pndekatan molekul dlm pemuliharaan…chaiyok2!!

Pedulikan apa org nak kata..tp yg penting kita th usaha kita...xpe ALLAH ad...jgn takut...

Blajar sungguh nnt nk tanggung mak, ayah, adik bradik...;-)

January 3, 2012

RaHsiA taKdir PerPisAhaN iNi

Mungkin ini takdir yang  ditetapkan untuk kami. Segala yang berlaku sebenarnya telah pun ditentukan oleh Allah swt. Pelbagai cara telah aku lakukan. Namun semua yang terjadi atas izinNya.. Aku harus redha dengan ap yang telah berlaku. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Hanya Allah yang tahu rahsia ini.

“Ya ALLAH,jika ini jalan yang terbaik utuk kami. Aku redha. Terima kasih kerana kenalkan aku dengan hambaMu.  Jauh disudut hatiku, ak masih merindui mereka. Namun, dengan apa yang berlaku. Hanya Engkau yang tahu Ya ALLAH. Aku menerima ujian ini sebagai ujianMu utk mengingatkan aku kepadaMU..Ya ALLAH, dengan hati ini aku sanggup memaafkan mereka demi kebahagiaan di dunia dan di akhirat..Memang pedih utk ak maafkan.. Sakit tapi aku tahu ini barulah permulaan ujianMu..Ya ALLAH, Kau tabahkanlah hatiku. Dan berikanlah kami kebahagiaan dunia dan akhirat,.. Allahummaghfirli watub 'alaiya...amin~”

Wassalam