Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Disebabkan
kerap berlakunya pendrive/thumbrive tiba-tiba jadi kosong ataupun fail anda
telah disembunyikan (hidden file), elok kiranya jika saya share cara detect hidden
file dengan mudah (bergambar). InsyaALLAH. *ni semua sebab bos pun dah mula
cari saya bila pendrive dorang ada masalah*
1.
Cucuk pendrive anda. Cam biasalah kan.
2.
Klik pada my computer. So, akan keluar nama pendrive anda. Cuba open pendrive tu. Size content dalam pendrive banyak, tapi bila open, kosong kan. Maksudnya, file anda telah disembunyikan (hidden file).
3. Next, tengok abjad pendrive/thumbrive anda. Rujuk gambar
untuk lebih jelas.
4.
Sekarang, klik start button.
5.
Taip cmd pada ruangan search.
6.
Klik cmd. Sekali lagi, sila rujuk gambar untuk
lebih jelas.
7. Sekarang ni dah keluar kotak hitam tu kan.
8. Next, taip abjad pendrive tu diikuti dengan nokhtah dua bertindih. Kalau pendrive saya,
abjad pendrive ialah H. So, saya taip H: di dalam
kotak hitam tu. Rujuk gambar.
9.
Klik enter. Lepas klik enter, keluar pulak seperti
gambar dibawah.
3.
Okay. Sekarang taip attrib –s –h /s /d *.* . Perhatikan betul2 tempat mana yang perlu anda tekan
space. Sila rujuk gambar. Taip perkataan yang berwarna OREN sahaja. Dan tekan enter.
10. Langkah seterusnya, balik ke My computer dan open pendrive anda.
11. Sekarang ni ada folder yang tiada nama kan? So, folder tu ialah folder yang mengandungi semua folder/file anda yang anda dalam pendrive anda. So, klik la folder yang tiada nama tu, anda boleh tengok semua folder/file yang telah disembunyikan kini telah ada kembali.
Itu sahaja.
Semoga berjaya dan semoga entri ini dapat membantu anda.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment
Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!