Assalamualaikum
dan salam Jumaat.
Bicara
Jumaat kembali lagi dengan tajuk: Jangan suka
mencari kesalahan orang lain.
Saya kira
tajuk ni sangat direct to the point. Zaman berteknologi tinggi ni sepatutnya
masyarakat yang hidup di zaman ini dah boleh tinggalkan perangai ni. Biar
seiring dengan teknologi tapi malang masih ramai yang bersikap jahil seperti
ini.
Adakah
kita sudah cukup sempurna bila suka mencari kesalahan orang lain? Sedangkan
yang maksum hanya Nabi ALLAH dan yang sempurna hanya ALLAH swt. Hakikat sebenar
orang yang mempunyai sikap ini ialah kesalahan mereka sendiri pun belum tentu
diperbaiki. Berhentilah mencari kesalahan orang lain dan mempertikaikan
kekurangan mereka. Lihat ke dalam diri kita, berapa banyak aib kita yang ALLAH
sembunyikan. Dengan itu, kita Nampak mulia dan baik dimata umum sedangkan
hakikatnya hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.
Ingatlah!
Manusia
yang suka mencari-cari kesalahan orang lain (Tajassus) adalah manusia yang
menghidap PENYAKIT HATI.
Thanks
for reading.
Wassalam
No comments:
Post a Comment
Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!