GENG KITO

Orang Nengok

April 13, 2014

MH370: Kami bersamamu

Assalamualaikum…

Berhujung minggu di UKM.

One of my friend said, “ Tak indahnya hidup ko, xde life. Asyik ukm je.”

Ishhh.. indah je aku rasa. Sebab bila masuk ukm ni rasa macam menggamit memori. Ceh! Macam tagline Klasik Nasional gitteww.. Ekceli, aku datang ukm ni sebab tak tahu nak g mana weekend ni. pastu, ingat nak tolong sikit si Linda tu analyse data FYP dia. Tapi apakan daya, data pon dia tak dapat lagi. Huhu. Dan ketahuilah anda, aku ke sini juga kerana mh370. Setiap masa kami akan berbicara mengenai mh370. Sebak bersama. Betapa terkesannya dengan misteri ini. 
*maaf kerana aku masih menggunakan misteri sebab ia masih hilang dan masih tiada bukti kukuh ia terhempas/dihempas di lautan hujung dunia itu. 


Gembira macam mana pun aku, kini gelak aku mungkin tak semegah dulu. Tak mampu. Sebab aku bagaikan tersedar ada insan yang bersedih. Mungkin sangat terlambat bila aku post entri ini. Dah sebulan berlalu, malah hari tertaipnya entri ini telah memasuki hari yang ke 37. 



 8 Mac 2014,
Malaysia dikejutkan dengan berita kehilangannya,
Dunia digemparkan dengan misteri keajaibannya,
Ketakutan, kebimbangan,kerisauan menjengah si keluarga,
Kesibukan, kegelisahan, kekentalan menerpa si pemimpin,
Perpaduan pula mula sibuk menuntut rakyat.

Satu Malaysia bagai tersentap,
Satu dunia pasti menanti khabarnya,
MH370 mencipta sejarah dunia,
Membawa Malaysia mengelilingi global.

Spekulasi demi spekulasi,
Masing-masing ingin bersuara,
Wartawan dengan medianya,
Keyboard warrior dengan kekuncinya.

Tatkala bulan dan matahari menjalankan tugas,
SAR bagaikan arus yang tiada hentinya,
Lautan Hindi menjadi sasaran,
Meredah ombak setinggi cocos nuciefera

Hanya sebuah kotak hitam yang dicari,
Kotak yang akan memberi cahaya,
Kotak yang akan merungkai simpulan padu itu,
Kotak yang memadam pekatnya tohmahan hitam yang ditaburkan.

Aku tiada kapal yang canggih untuk dihantar,
Aku tiada ilmu yang bisa meramal dimana adanya kamu,
Aku juga tiada harta yang mampu disumbangkan bagi mencarimu,
Namun, senjataku akan terus menerus memohon ya Illahi,
Tanpa henti mengharapkan keajaiban.

Aku tidak mampu untuk bersamamu,
Menggenggam tanganmu,
Memeluk dirimu,
Maafkan aku.

Keyakinanku tiada ragu,
Kerana Tuhan sentiasa bersamamu semua,
Hamba diuji hanya yang mampu,
Tabah dan teruskan berdiri.

To all MH370 passengers’ family, all of you have the strong heart, strong spirit and strong support. Please believe that you are not alone. We are here, World.

Entri ini memang khas aku tujukan kepada semua keluarga penumpang MH370. Aku juga terasa kehilangan. Entah bagaimana, aku terheret untuk sama-sama merasa. Inilah yang dinamakan naluri yang dicipta oleh Allah. Indahnya. Setiap hari, aku akan curi waktu hanya untuk mh370. Dan sehingga kini aku masih berharap keajaiban berlaku kerana Tuhan itu Maha Kuasa. Tiada yang mustahil, kerana suatu hari nanti kita semua akan dipertontonkan semula segala amalan kita di dunia. “CCTV” itu pasti mampu menayangkannya. Jika di dunia, pakar gagal menganalisisnya, yakinlah Pakar Tertinggi iaitu Allah swt pasti mampu.

Kepada semua yang terlibat dalam misi Mencari dan Menyelamat (SAR), terima kasih diucapkan. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa kalian. Terima kasih, terima kasih & terima kasih kepada semua negara yang terlibat. 

Wassalam




#keeppray4mh370





April 12, 2014

Terima kasih semua!

Assalamualaikum, kembali bersua…

This is me. Seorang yang sangat pemalas.
Dan hari ini, malam ini, saat ini rajin itu menjengah. Menjengah pada minit aku demam. Sakit kepala, selsema, badan panas. Memang bagus.

Alhamdulillah, aku dah dapat kerja yang selari dengan bidang dipelajari. Even, it just for a contract job, but the MOST important thing is EXPERIENCE.

NOT FOR BUY-PENGALAMAN

1 April 2014, aku selamat melaporkan diri di FRIM. Dengan keadaan tersangat kelam kabut ye. Dapat call dari FRIM hari jumaat (28 Mac 2014) jam 8.27 pagi. Hari tu jugak aku resign keje. Aku tak menganggur okay lepas grad. Hahaha. Aku bantai je keje apa pun asalkan halal. Even, gaji ciput dan my boss siap kena warning dengan jabatan tenaga kerja Malaysia sebab kebajikan pekerja-pekerjanya. Keje 10 pagi-10 mlm. No OT, no commission. Tetapi bila fikir tentang gaji ni, duit bila nak cukupnya. So, that’s why tetap bekerja walau gaji murah. Again, because of EXPERIENCE.

To my boss; thank you for giving the chance to gain the experience. Big thanks for you and your wife. Semoga perniagaan bos bertambah maju. J

Bila baca apa yang perlu disediakan before lapor diri tu, terpenyek la jugak sebab ada laporan pemeriksaan kesihatan. Habeh la! Mana nak pergi? Sah-sah la kena buat appointment dulu untuk medical check up ni. Lastly, aku pergi je lapor diri tanpa medical check up. Then, kak Shikin from frim’s HR tell me tak boleh lapor diri kalau tak buat medical check up. Memang masa tu rasa nak nangis kaw2. Tapi alhamdulillah, Allah mempermudahkan urusanku. He sent me an angle. Kak Shikin siap bagi pinjam kete dia dan mintak tolong another staff untuk hantarkan aku buat medical check up kat klinik Shanti. Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya lapor diri. Terima kasih kak, that guy and Nadia (practical’s student @ HR)

Allah hantar ramai bidadari sebenarnya. Ok. Aku mula dari dari mana sebenarnya aku datang dan ke FRIM?



Bidadari pertama- Tengku Nor Aslinda

She is my friend. Still lagi sambung pengajian di UKM. Aku bersyukur sangat2 ada kawan macam dia sanggup bantu kawan masa susah. Siap bagi tumpang bilik percuma. Pagi-pagi lagi, around 6.15 pagi lagi dia akan hantar aku ke ktm UKM. Aku ambik train dari UKM ke Frim. For one week dia hantar aku setiap pagi. Kalau tak de dia, aku tak tahu macam mana hidup aku. Lepas tu, siap temankan aku pergi beli barang2 untuk pindah masuk rumah sewa. Yang paling terharu, hantar aku ke rumah sewa malam2. Dia sampai di UKM lepas hantar aku jam 11.57 malam. Risau gila aku time tu. Drive sorang2 dari Kepong ke UKM. Thanks Linda. Thanks Allah. Semoga Allah permudahkan urusanmu kelak.

Bidadari kedua- Aini & Tasha

2 orang budak yang sangat tak matang! Hahaha. Paling penting tak berpunya lagi. Satu geng la ngan aku kiranya. Hihi. Dorang ni pelajar praktikal kat bahagian aku. Dari poli Nilai. 2nd day aku keje, aini bagitahu yang dia tanya akak dia tentang rumah sewa. Kebetulan aini & tasha ni dah nak habis praktikal. So, rumah dorang akan kosong la. tapi lambat lagi kosong tu. 18hb April ni. Again, alhamdulillah Allah mengutuskan mereka untuk membantuku. Kakak Aini dan housemates benarkan aku untuk masuk rumah tu 2 minggu awal. Katanya kesian sebab aku jauh nak gerak. Sangat terharu!!! Terima kasih Aini, Tasha, Kak Aida, Kak Mira, Kak Anis dan Tehah. Semoga Allah permudahkan urusan kalian kelak.

Dan sekarang ni, alhamdulillah aku dah ada rumah sewa yang dekat ngan frim tu. Cuma kena uruskan my pinky untuk dijadikan transport. Eh, pinky datang KL! Sementara ni, aku tumpang kereta tasha untuk ke tempat keje. Alhamdulillah.


Thank you Allah. Thank you Family. Thank you Sahabat.Thank you Semua. 

Wassalam
#keeppray4mh370




February 5, 2014

Update of life: Happy New Year


Assalamualaikum guys!

Long time. Very long time actually. Alasan yang simple, my sis bawa broadband pergi matrik, n aku plak keje. Bangun, subuh, g keje.. malam, balik keje, isyak, tdo! Finish for one day. Easy.  Niat to buy another broadband tu ada. Tapi biasalah cutinya sehari je dalam seminggu. Sehari tu lah nak rehat kat rumah. Tak sempat la kisahnya nak p bandar kan. So, hidupku bagaikan katak di bawah tempurung.


Lepas grad ko buat apa dayah?

Kan dah gtaw tu. Aku keje. Keje kampung je. Gaji pon tak lepas line yang kerajaan sarankan iaitu rm900. Gaji aku bawah lagi dari tu. Socso, kwsp semua2 tu tak de. Aku keje ni pun sebab tak nak pegang status penganggur.. hahaha.. boleh eh macam tu? Tak kira menganggur ke tu? Tak la kan sebab keje. :p . Keje biasa sangat namun memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Sabor je la. Tapi bila time hangin satu badan tu, sabar pun melayang jugak. Haha


Ko bila nak kawen dayah?

Haaa.. soalan ni.. soalan yang paling aku tak suka abad ini. Kalau ada jodoh, tak kan lari gunung dikejar. Betul tak? Calon tak dak lagi la uols. Boyprend pun x ada. Malang sungguh.


Tak dapat interview mana-mana ke?

Ada je. 1st, kat Kl. Interview kat OCBC. When my fren said, so stress la keje ngan bank. My heart a little bit taste tawar keh. Tapi bukan sebab tu aku x attend interview tu..bila godek2 skop keje kena incharge clients from Singapore. Erkkk! Tak mampu mak jemah. N my parents pon x bagi permission. 2nd kat Pj. Yang ni aku gigih pergi. Pergi pagi balik malam keh dari Kelantan ke KL. Ponat yang amat. Tapi masalah aku tak tahu nak stay kat mana. Dengan keje aku skang, xpe la xpayah bayar sewa rumah. Makan pon jimat. Bil letrik, air bagai tu aku share ngn parents. Xmahal sangat pon. Hehehe. Interview seterusnya plak aku terus withdrawn je offer dorang because of semua kat Keyelll.. ada la satu interview tu aku tak tolak sbb kat Kelantan. Yang ni entri berikutnya. Harap la aku tak lama sangat untuk update next entri ye. Long smile. J


Ko tak sambung belajar ke dayah?

Tak! Mana aku nak cekau duit? Tak nak pinjam ptptn. Sbb aku yakin xmampu nak bayar dah. Pasal scholar tu kena ada offer letter dulu dari pihak u.. baru ada org nak support. Again, mana nak cekau duit utk pembiayaan pertama. Kena cari duit dan simpan dulu untuk masa depan. Rasa nak jadi RA tu ada. membuak plak ketika ini. ngee~


Ko mesti makin gemuk kan??

Ehh.. tolong sikit eh,.dah la wei doakan aku gemuk.. doakan aku slim pulak.. hahahahaha..memang makin gemuk pon woi! Mak aku pandai masak. Sedap ! rugi la tak makan banyak. :P

To those yang tunggu aku update entri, thank you so much. Haha. Gudnite, bubye! Wassalam. Happy new year 2014, Gong Xi Fa Cai.