GENG KITO

Orang Nengok

May 7, 2014

Kerja aku gaji kau

Assalamualaikum & hi!

“ Kau tolong buat ni. Buat yang ni jugak.”

“Dah siap? Tak pe la kalau tak dapat. Nanti aku uruskan.”

“Eh, kau dah siap? Tak dapat ya hari tu?”

“Tak pe la kau buat yang ni pulak.”

“Hari ni kau free tak? Tolong buat ni. aku nak secepat mungkin. Hari ni jugak aku nak setelkan benda ni.”

Dan bla bla bla bla…..kalau aku tulis semua ayat kau, aku rasa entri aku bulan ni cukuplah yang ini.

7.15 pagi jari anda dikesan. 8.50 pagi muka anda dikesan. 5.01 petang jari anda sekali lagi dikesan. Hebatnya pengesan.

Aku tertanya-tanya. Masa aku tak de siapa yang buat kerja kau? Oh! Baru aku ingat. Tempat kita ada ‘akak H’. Mungkin mereka mereka mereka yang menjadi assistant kau yang memang sepatutnya kau berkawan dengan mereka.

Jangankan kau nak kesan salah mereka. Mereka sempurna. Sebab tu kau tak pernah kenal  SALAH. Bila kuasa itu dijajah aku dan aku orang baru. Yeah, as I mentioned in the interview, I’m seeking experience as much as possible in whatever position I got.

Bila nama ‘fresh graduate’, mereka ialah mantan pelajar. PE LA JAR  (sila eja). Ko faham tak pelajar tu apa? Tak payah la aku nak explain panjang-panjang pelajar tu apa. Buang masa kau tahu. Dan bila nama pelajar, mereka ini tiada pengalaman. Mungkin kalau ada pon berapa cubit sangat.  Kau didiklah betul-betul. Kalau kau rasa kau hebat. Memang kau hebat sebab kau dah kerja lama. Kau mesti banyak pengalaman dah. Ya la, kau memang hebat. Sebab mulut kau sangat lancang bila kau minta "tolong" orang. :)

p/s: tak kemana kalau hidup sentiasa berlagak. Bila jalan pun mendongak, kau tak perasan pun ada batu kat bawah. bila kau tersepak lalu jatuh lantas terluka, kau akan rasa sakitnya luka itu dan mungkin ada parut yang tidak akan hilang. 


Wassalam
#keeppray4mh370

Wei, lupa nak inform, this is not my story bebeh. hanya menumpang di blog aku. out!



May 5, 2014

Isnin, cuti dan korban


Semua orang dah tahu hari Isnin adalah hari pertama kerja dalam setiap minggu. Kalau negeri-negeri yang berkenaan tu hari Ahad la kan. ok. Kau semua pernah fikir tak, ada pekerja yang ada cuti sekali sahaja seminggu. Mungkin ada pembaca entri aku ini, mereka juga tergolong dalam kancah ini. Jangan khuatir, sebenarnya aku nak bagitahu yang ramai lagi senasib cuti sehari ni. aku dulu pun tak terkecuali. Dan ada yang tiada cuti. Lantas, angkat tanganmu dan ucaplah syukur.

Bila nak apply cuti tu, bos kau tak bagi kau cuti. Katanya tak payah nak pentingkan diri sendiri. Berkorban lah demi kerja. Bos kau pening kepala sebab fikir pasal cuti pekerja. Kau menjawab Datuk Sri Najib tak pernah pun pening kepala walau beban sejuta tan atas kepala (super duper hiperbola). Kau menjawab dengan bisikan suara sahaja. Melalui jejantas yang dipanggil hati. 

Ya, dalam setiap perkara kita memerlukan pengorbanan. Kalau pekerja sahaja yang berkorban, bila bos nak berkorban? Penting. Kepentingan. Pentingkan diri. Aku korbankan kau bos.



Wassalam 
#keeppray4mh370



May 4, 2014

Kerana ia tercipta kenangan

Assalamualaikum & selamat tengah malam. J

Again, fill up my weekend at lovely varsity. Bosan eh? Minggu ni punya weekend sangat bermanfaat okay. Menganalisis data fyp cik Linda. Sekadar membantu apa yang patut. Lagipun, dia ni jenis tak lokek bab tolong orang. Jadi, apalah salahnya ringankan bebannya walau sedikit. Iols faham okay kalau bab menganalisis data ekologi tu. Huh!

Bila stay up je keje, terus ingat waktu belajar dulu-dulu. Ouchhh! Memang mengimbau kembali memori. Kalau nak exam tu, sampai mimpi-mimpi nota. Sakit tahu tak kepala ni, bila tidur tak lena.  Bila jawab soalan exam, tak nak plak nota tu datang. Hahaha.. Tu la padah study last minit. 


Salah satu gambar kenangan yang sempat dirakam. Geng yang dirindui.
Friend till jannah.
Ok. To all readers please keep pray for mh370. Tak jumpa apa-apa pun lagi. Semoga dipermudahkan usaha pasukan mencari & menyelamat.

Wassalam