GENG KITO

Orang Nengok

January 28, 2015

Cara transfer duit menggunakan CIMB clicks (CIMB ke CIMB)

Assalamualaikum & good afternoon everyone.

Hopefully. All of you are feeling well and good. Lately, more cases on dengue and leptospirosis reported due to flood season last year. Even though, you are not the victims, the possibility of infected is also high when you became volunteer. Take care of yourself too. If you are not feeling well, please do the blood test (Full Blood Count:FBC) at private/general hospital. This is really important. God knows our intention. May God bless everyone. 

Ada keyword yang masuk ke blog saya bagi mencari cara untuk transfer duit menggunakan Cimb clicks. Oleh itu (ehem..macam formal plak), disebabkan mungkin ramai yang masih tertanya-tanya caranya, dengan sukanya saya kongsikan cara transfer duit ke akaun CIMB menggunakan cimb clicks bergambar. Senang untuk uols buat panduan.

1)    Of course, buka dulu web www.clicks.com.my  .


2)   Nampak tak ada word ‘login’ kat atas penjuru sebelah kiri. Klik ‘login’.



3)   Masukkan user ID anda. Klik ‘submit’ atau tekan ‘Enter’ pada keyboard laptop/pc anda.

4)   Nampak tak yang saya hitamkan tu (gambar dibawah). Itu adalah Secure Word saya. Lepas step 3 tu, akan dipaparkan Secure Word anda. Pastikan Secure Word anda betul. Jika ada masalah, call nombor yang dinyatakan.

5)   Next, baru masukkan password anda.

6)   Bila dah selesai login, automatic akan keluar nama anda di penjuru atas kiri.

7)   Sila gerakkan mouse anda ke ‘Transfer’. Dan akan dipaparkan seperti gambar di bawah.



Ø  Kalau nak transfer sesama CIMB, click ‘Witin CIMB Bank’.
Ø  Kalau nak transfer selain bank CIMB, click ‘to other banks’.

8)   Seperti yang dinyatakan di atas, ini adalah cara transfer duit sesama CIMB. So, saya pilih ‘Within CIMB Bank’. Seterusnya, akan dipaparkan seperti gambar dibawah.


9)   Masukkan pada ruangan ‘from’. Click ‘My Own Account’.

10)  Seterusnya ke ruangan ‘To’. Pada siapa korang nak transfer duit tu.


Ø  Kalau korang dah list nombor akaun tersebut sebagai ‘favourite’, klik pada ‘Select My Own/Favourite Recipient’.
Ø  Kalau tak, klik pada ‘Open Recipients (Account No.)’ dan masukkan nombor akaun yang korang nak transfer tu.  



11)  Langkah seterussya, bolehlah masukkan ‘Amount’, ‘Recipient Reference’, ‘Other Payment Details’. ‘Recipient Reference’ tu korang buat la utk tujuan apa duit tu dimasukkan. Contoh: Bagi pembelian bedak sejuk. Atau kalau duit tu family, tulis la utk keluarga tersayang. Apa-apa2 lah. Semua boleh. Hehe



12) Pada ruangan when tu, klik ‘Now’.

13) Dan wajib isi juga pada ruangan ‘Alert Recipient by’. Pilih la samada nak melalui email/sms atau kedua-duanya. Kalau sms cas 20 sen akan dikenakan.

14)  Dah siap isi semua, klik submit.

15) Dan akan keluarkah confirmation. Kalau CIMB ke CIMB, pada ruangan TO. Terus akan dipaparkan nama penerima. So, korang boleh tahu la samada no. akaun yang korang masukkan tu betul atau tak nama pemiliknya.


16) Seterusnya, klik ‘Request’ untuk permohonan TAC no. TAC no. ni macam password la. Sistem akan bagi pada kita melalui sms ke nombor telefon yang telah kita daftarkan masa mula-mula kita daftar CIMB clicks dulu. Kalau korang tukar no., cuba call CIMB utk update benda tu.

17) Bila dah dapat TAC no. melalui sms, masukkan nombor tersebut diruangan yang disediakan.


18) Seterusnya, klik CONFIRM.

19) Maka, skrin akan memaparkan ‘Acknowledgement’. Kat situ korang boleh tengok status transfer dan lain-lain lagi. Ce tengok ‘Recipient Reference’ tu, macam tu lah contohnya. Hehe. Kat skrin tu pun akan tunjuk berapa lagi baki duit dalam akaun anda.




20)               Kalau nak add no akaun sebagai ‘favourite’, akan ditulis dalam entri yang lain. (update: klik SINI) . Kalau tak nak add, klik OK. Maka selesailah, transfer tersebut.

Harap dapat membantu kepada sesiapa yang baru belajar cara untuk transfer duit menggunakan CIMB clicks (CIMB ke CIMB). 

Klik SINI untuk lihat cara transfer duit dari CIMB  ke akaun lain menggunakan CIMB clicks. 

Wassalam
#Prayforpantaitimur
#pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501



January 23, 2015

Kenapa rezeki susah nak masuk?

Assalamualaikum dan salam Jumaat readers!

Di hari Jumaat yang penuh barakah ini, suka saya kongsikan mengenai rezeki. Let’s the photos talk to you.





Lately, aku asyik fikir pasal duit je since banjir ni. Sebab semua benda nak kena tukar baru. TV, almari, pakaian dan macam2 lagilah. So, that’s why aku share gambar-gambar kat atas tu. Memang betul, 100% tepat. Kalau asyik dok fikir sal duit, tak kemana pun kita. Sebab apa? Sebab kita seolah-olah musykil dengan rezeki ALLAH. Kalau asyik dok fikir tanpa berusaha, tanpa ada plan dan laksanakannya, tak de maknanya rezeki tu nak mai kat kita.

ALLAH tu Maha Pemurah.


Banyakkan berusaha dan berdoa kepadaNya semoga kita semua dilimpahkan rezeki yang halal dan dipermudahkan segala urusan. Dunia ni hanya sementara. Harta dunia kita tinggal semua. 



Bersedekahlah. Walaupun tahun ni adalah tahun 2015, masih ramai orang-orang miskin di luar sana. Tepuk dada, panggil nama anda, tanya diri anda. “ Pernahkah aku turun padang untuk merasai kesusahan orang? Dan pernahkah aku merasa susah seperti susahnya mereka? “

Wassalam

#Prayforpantaitimur
#pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501


January 22, 2015

Banjir: Ucapan penghargaan


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan selamat pagi readers.

Untuk makluman, entri ini adalah entri khas ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat semasa banjir dan pasca banjir. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi nafas dan peluang untuk membuat entri ini.

SEMASA

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan penyelamat iaitu pihak bomba, PDRM, JPAM, tentera yang telah bertugas semasa banjir tempoh hari tidak kira di mana tempat anda bertugas dan khususnya di Tanah Merah, Kelantan. Saya tahu anda antara kalian juga merupakan mangsa banjir dan pada masa yang sama terpaksa menjalankan tugas demi menyelamatkan nyawa. Terima kasih banyak-banyak.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua orang awam yang telah terlibat dalam misi menyelamatkan mangsa banjir samada membantu dari segi meminjamkan bot/sampan/rakit. Kepada warga kerja TNB dan Air Kelantan saya faham tugas anda. Bekalan elektrik terpaksa diputuskan demi keselamatan kita semua manakala untuk Air Kelantan, terima kasih kerana pernah memberikan bekalan air bersih kepada kami walaupun hanya seketika. 

Tidak dilupakan, terima kasih diucapkan kepada semua petugas talian kecemasan 999. Anda telah menjalankan tugas anda sebaik mungkin. 



Bukan senang nak jawab panggilan kecemasan sebanyak 4900 tu. Terima kasih diucapkan.

PASCA

Seterusnya, penghargaan istimewa ini pula ditujukan khas kepada warga FRIM. Kalian sangat berhati mulia dan pemurah. Kepada team Hutan Bandar FRIM, terima kasih. En. Afendi yang sanggup menghantar bantuan ke kampung saya menaiki Hilux bersama Hj. Rosli pemilik  Rumpun Damai Nurseri, Sungai Buloh. Terima kasih warga FRIM. Sungguh banyak bantuan yang diberikan termasuk wang ringgit, makanan, pakaian dan sebagainya. Terima kasih juga atas doa dan usaha kalian dalam mengumpulkan bantuan. Sesungguhnya hanya Tuhan yang mampu membalas  jasa kalian.

 Penghargaan ini juga ditujukan khas kepada semua sukarelawan pasca banjir di semua tempat tidak kira anda adalah personal (individu) atau  berkumpulan: kakitangan awam, badan berkanun, swasta, NGO, institusi pendidikan atau persatuan yang telah sama-sama membantu dalam meringankan beban mangsa banjir.  Kepada pihak kerajaan negeri dan persekutuan, terima kasih kerana membantu kami.

Tidak akan sesekali dilupakan, jutaan terima kasih ditujukan untuk semua saudara mara, jiran tetangga serta rakan-rakan. Kepada alumni serta pelajar UKM, terima kasih atas bantuan yang diberikan.

TAHNIAH kepada anda semua kerana berjaya bersatu padu, tolong menolong antara satu sama lain. Hanya Tuhan yang mempu membalas jasa kalian dan semoga urusan dunia akhirat kalain dipermudahkan.

Thanks for reading this entry.

Wassalam.

#Prayforpantaitimur
#pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501