GENG KITO

Orang Nengok

October 25, 2016

Cara transfer duit dari CIMB ke akaun lain menggunakan CIMB clicks

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Bila saya tengok carian di blog saya lebih kepada cara nak guna CIMB clicks, eksaited plak kan. Terima kasih kepada semua yang menggunakan blog ini sebagai rujukan. Ada juga yang request cara transfer duit dari CIMB (CIMB clicks) ke bank lain (Maybank, Bank Islam, RHB Bank, Public bank dan sbgnya).

Jadi, di bawah adalah cara transfer duit dari CIMB ke bank lain menggunakan CIMB Clicks (bergambar).




2)   Masukkan User ID, tekan NEXT


3)   Skrin akan memaparkan Secure word anda. Jika Secure word bukan milik anda sila JANGAN teruskan. Kemudian, masukkan password, tekan Login


4)   Klik ‘Transfer’ dan klik ‘To other banks’.


5)   From: Select an account. Pilih account anda.

6)   Klik method mana yang anda nak guna. Normal transfer (makan masa duit nak masuk akaun) akan dicas RM 0.11 manakala kalau instant transfer (duit akan masuk segera, xpayah tunggu) akan dicas RM 0.53.


7)   Utk ruangan ‘To’ pula masukkan no. account penerima. Pada siapa yang anda ingin masukkan wang tersebut.

Kes 1: Kalau no tu dah di ‘favourite’ kn, pilih sahaja no. account.


Kes 2: Kalau no tidak di ‘favourite’ kn lagi, klik pada ‘Open Recipient (Select Bank)’. Pilih bank mana. Masukkan no. account pda ruangan ‘Account No.’ dan nama pemegang account pada ruangan ‘Recipent’s name’. SILA PASTIKAN NO. ACCOUNT DAN NAMA TEPAT.


8)   Payment type: Pilih Fund Transfer

9)   Masukkan jumlah yang nak masukkan pada ruangan ‘Amount’.

10) Bagi ruangan ‘Recipient Reference’ pula masukkan apa2 sahaja. Contoh: Uols bayar hutang member, so tulislah bayaran hutang. Contoh: beli tudung di butik Qalaqisya, so tulislah bayar tudung Qalaqisya. Contoh: bagi duit pada parents, so tulislah gift for my parents (*eh banyak plak contoh)

11)  Ruangan ‘When’ plak, klik ‘Now’ la. Kalau anda nak transfer ni pada tarikh lain, klik ‘Later’ dan pilih.

12) Seterusnya ruangan ‘Alert recipient by’ tu tulislah email ataupun no. telefon penerima. Tujuannya adalah untuk bagitahu kita dah transfer duit pada akaun dia. Kira supaya bank bg notification ada duit masuk ke dalam akaun dia. Gituu..

13) Klik ‘Submit’


14) Skrin akan memaparkan ‘Confirmation’.
*Semak betul2 betul tak nama, no. account, amount, nama bank. WAJIB.


15) Klik request. Request ni adalah request TAC no. yang akan dihantar ke no. telefon kita. No. telefon ni adalah no. telefon yang kita telah daftar utk CIMB cliks.


16) Tengok hp, cek mesej dari CIMB dan masukkan no TAC yang telah dihantar ke ruangan ‘TAC’.

17) Klik ‘Confirm’



18) Maka, keluarlah Acknowledgement



19) Kalau nak print resit, boleh klik print. Kalau tak, semuanya dah setel.



Okay. Finish. Klik SINI untuk cara transfer duit dari CIMB ke CIMB menggunakan CIMB clicks. 

Thank you peeps for reading.

Wassalam. 







October 21, 2016

Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016

Kembali lagi dengan Segmen Bloglist Azhafizah.com untuk bulan November dan December. Segmen Bloglist yang terakhir untuk tahun 2016. Macam biasa syaratnya mudah je. Hanya perlu copy paste je coding yang Fiza dah sediakan. Mudah je kan? Mana yang tak sempat join haritu, boleh join untuk bulan November dan December ni ye. Macam biasa pemilihan 10 blog akan dibuat melalui random.org.


KLIK BANNER UNTUK SERTAI SEGMEN




Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016
2. Copy coding dalam kotak bawah ni dan paste di ruangan HTML entry



3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016 


Tarikh Tamat : 28 Oktober 2016
  Terima kasih atas sokongan semua ^__^


Read more: http://www.azhafizah.com/2016/10/segmen-bloglist-azhafizahcom-nov-dec.html#ixzz4NgagXYLw

Bicara Jumaat: Adab Tinggal di Rumah Sewa

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua.

Aishhh. Lama dah rupanya tak buat entri kat blog ni. Agaknya berhabuk dah kot. Tak pun bersawang kan. Hmmm.

Alhamdulillah, hari ni diberi kesempatan nak buat slot Bicara Jumaat: Adab tinggal di rumah sewa. Sebenarnya, senang je. Pokoknya, kena saling memahami, bertolak ansur dan bekerjasama. As simple as ABC. Hah, gitteww. Ala, macam pasangan suami isteri la. Kena ada jugak sikap2 yang dinyatakan tuuu. Kann…

I’m not talking about someone but im talking about adab. Tak kira lah siapa anda, kat mana atau apa2 lah mohon jangan terasa. Semua orang boleh applied benda ni ye.


1.    Jaga kebersihan

Haruslah yang ini yang utama. Benda paling penting ialah bila sesuatu yang kita guna tu guna bersama. Contoh, tandas, dapur, bilik (kalau share), peti ais. Semua yang kita kongsi/share tu kita WAJIB lah jaga kebersihan. Takkan lah nak ajar nak oi lepas guna tandas flush, tuang la sikit Harpic kan kasi wangi. Kalau yang ada kolah kat dalam bilik air tu jangan hang dok buat kolah tu tong sampah plak. P letak botol2 mandian atau syampu kosong dalam tu. Buruk sangat aih perangai. Pastu, reti2 la jugak bersihkan tandas. Jangan harapkan orang lain jeeee…

Dapur plak lepas masak tu, pepaham la lap percikan minyak sekitar dapur gas tu. Berminyakkk semacam je. Sampai kering la minyak tu. Pengotor taw dak. Lap, letak sabun sikit. Ceit, siap ajaq tu. Hahahaha. Ada satu lagi yang common sangat, bab pinggan mangkuk. Mak aihhh, kalau tak penuh tepi sinki tempat hang teghap pinggan mangkuk tu tak susun dah kat atas rak kan. Jangan gitu nak oi. Cuba rajin sikit susun lelawo kat atas rak pinggan.  *dah macam mak2 dah aku rasa aku bebel*

Kekadang tu.. Kekadang ke. Macam selalu je. Rasalah betul2 tapak kaki hang tu berpasir ke dak. Apa salahnya ambik penyapu sapu2 sat ja. Klau orang tak sapu, mau penuh pasir satu penyodok. Biar sensitive sikit tapak kaki tu. Jangan nampak sangat tapak kaki kita kasar. Cover sikit. Kita kan anak dara. Hihi

Apa lagi? Banyak plak kan bab kebersihan. Hahaha. Sama la jugak segala jenis tingkap yang ada. Apa salahnya setiap skali sebulan je uols gotong royong bersihkan rumah sama2. Cuci tingkap tu. Ni mak tengok kalau tulis surat cinta pun boleh. Tebal semacam habuknya. Mop lantai, cuci kipas. Sekejap je kalau buat ramai2.

Okay. Dah banyak bab kebersihan. Boleh fikir sendiri.

2.   Hormati privasi

Privasi apa plak ni oi. Gini ha. Kita kena faham orang balik keje, kadang-kadang stress ka, banyak keja ka, kena marah ngan bos ka, officemate tegur dah debab ka (*eh ini aku), hang plak pasang radio memekak dalam bilik. Ni kes bilik share la. Kena la hormat sikit, kawan tu nak balik rehat. Bila dia tengah tidur, jangan la hang p bukak radio. Hormat dia jugak. Contoh lain, bila rumet hang tengah on phone ngan kawan dia/family/bf dia, hang tak payah la nak pasang telinga. Melainkan la kalau dia gayut sampai ganggu waktu hang tidur. Kes ni hang boleh masuk bilik. Kawan hang pon kena paham la ‘sila gayut di luar bilik’. Gitteww kan. Dah nama lagi bilik share. Nak gayut awal2 kat ruang tamu still ada orang. Contoh lain, katakanlah, rumet hang ada diari. Hang jangan dok gila p baca diari dia plak. Tak kisahla dia tulis apa pon. Jangan bukak diari orang. Tak baik taw dak. Hormat privasi masing2 la. Kang bagi contoh buat tuisyen kat rumah sewa tanpa perbincangan dan persetujuan takut ada terasa. Abaikan la. Post ni bukan untuk sape2.

3.    Bertolak ansur

Bertolak ansur ni pon penting. Nak kena bagi contoh la kan baru paham. Hahaha. Contoh, hangpa share beli barang dapur. Bulan ni kawan hangpa beli. Apa kata bulan depan hangpa plak beli. Gilir2. Contoh 2, parking space kat rumah hang muat 2 keta ja. Yang pakai keta rumah hangpa 6 orang. Buat lerr system giliran. Gitu.

4. Katakan TIDAK pada batu api

Ni bahaya oi. Mak nak share hadis yang ni.

Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Hadis Riwayat Ad Dailami 

Tak payah la nak memecahbelahkan orang. Orang batu api ni tak senang tengok orang senang. Ada je yang nak dihasutnya atau nak diumpatnya. Orang macam ni jangan layan okay. 



Aihhh.. Malas dah nak taip panjang2. Takut bosan orang baca. Okay peeps. Thanks for reading.

Wassalam