GENG KITO

Orang Nengok

January 31, 2013

Kisah Hutan Simpan Gunung Arong Siri 2


SAMBUNGAN ...

Keesokan harinya, kami semua tengok kesan gigitan tu..Dewi dah tak rasa sakit..nak sedapkan hati kami kata je la yang dia kena gigit ngan anak lipan tu even kesan gigitan yang kami tengok tu macam bukan je..then, Dewi ke tandas sorang-sorang..maklum la waktu tu dah tengahari..berani je semua..tiba-tiba dia dengar bunyi radio kuat sangat..tapi dia tak fikir apa-apa..dia pandang kiri kanan je..lepas pergi tandas dia masuk surau..tak pulak dia cerita apa-apa..lepas tu, aku pulak pergi tandas..sama macam Dewi..aku dengar bunyi radio tu..aku fikir radio tu ada orang pasang je la..dengar macam radio dari kereta kami..tapi punya la otak SUCI kan, tak fikir apa-apa yang negatif..masa aku ke tandas tu, abang Hisham ngan pak cik berdiri kat depan kereta kami..masa tu hujan renyai-renyai..aku pun tak tanya apa-apa..

Sebenarnya abang Hisham tengah tidur time tu..kereta plak berkunci..siapa pulak pasang radio dalam kereta kami..kuat plak tu..pak cik tu yang kejutkan abg Hisham bagitahu radio tak tutup..apa lagi..abg Hisham terpinga-pinga la..cepat-cepat dia pergi tengok kereta tu…sah! Kereta tu memang berkunci.. volume radio tu memang kuat..dia terus tutup..Wak Sani call Dr Nizam (penyelia kami) bagitahu yang kami semua tak boleh buat kerja kat situ disebabkan hujan lebat.. dalam kol 3 kami terus gerak balik ke UKM..

Sepanjang kami kat situ, tak tahu la bilangan tepat berapa kemalangan berlaku dalam satu hari di kawasan yang sama…kalau xsilap aku hari ke 3, sepanjang perjalanan kami nak pergi makan,3 kemalangan berlaku..bukan yang lite2 ..hancur kereta..ada la satu kemalangan antara Vios dan lori (saiz sederhana), abg Hisham ni pergi interview driver Vios tu..katanya tiba-tiba dia rasa stereng kereta tak boleh kawal..bergerak sendiri..bila dah nampak lori tu baru dia sedar..xsempat nak kawal dah..alhamdulillah, tiada yang meninggal tapi mak dia boleh dikatakan agak parah..

Dalam perjalanan balik plak ada satu kereta ada kat tengah sawah..tak ada la tengah sangat..lebih kurang 100m dari tepi jalan..punya lah kami fikir macam mana kereta tu ke sana..rupanya kereta tu langgar divider jalan..jauh jugak jarak kereta tu terbang..tak tahu lah apa nasib driver tu..kami tak stp pun sebab perjalanan masih jauh..

Cam tu je lah..alhamdulillah, kami semua selamat..dan bersyukur jugak la Aku, Dewi dan Mimi tak kena apa-apa…kami sebenarnya tak rancang pun nak tipu pak cik, Wak Sani dan abg Hisham untuk meraih cerita dorang..Kami cerita yang Dewi kena gigit tu je..tapi the way kami cerita tu gempak sikit…tu yang dorang cerita semua apa yang berlaku..hahaha..

Cerita ni cerita benar..moral value of this story, kita semua kena tahu yang bukan manusia je hidup dalam dunia ni…dunia ni kita share jugak dengan makhluk ALLAH yang lain..so, sebagai hamba ALLAH yang dicipta sebaik2 ciptaan, bermohonlah pada ALLAH supaya dijauhkan dari perkara tak elok..lagipun, niat kita bukan nak ganggu dorang..ye idak??

Wassalam..


January 29, 2013

Kisah Hutan Simpan Gunung Arong Siri 1


Assalamualaikum & salam ceria~

Janji ditepati..

Cheewah, slogan politik..eh2, bukan nak berpolitik ni tapi previous entri kan ada bagitahu , aku nak share sikit pengalaman aku masa kat Hutan Simpan Gunung Arong, Mersing, Johor hari tu..ada la sikit-sikit yang terasa nak share…hehe

Aku pergi sana sebab kawasan kajian bagi tesis (latihan ilmiah) aku ialah di hutan tu..tapi semuanya kehendak ALLAH kan..ni lah orang kata kita hanya merancang, tapi ALLAH yang menentukan..hujan tak berhenti selama aku berada kat sana…bukan hujan biasa2 je tapi hujan memang lebat sangat…aku kat sana hampir 5 hari jugak lah..lepas je habis exam hari khamis (last payyyperr) hari tu, terus gerak ke Mersing..emm.

Nak dijadikan cerita..pada malam pertama tu kitorang (Aku, Dewi, Mimi) tidur kat hotel.. kitorang ingat selama kerja kat situ tidur hotel..tapi sangkaan kami meleset..mana nak cekau duit nak bayar hotel??haishhh…so, malam tu tak ada apa-apa berlaku..yang pasti memang syok habes tidur..lena dalam kesejukan..

Keesokan pagi, kami gerak ke hutan tu.. Wak Sani (pembantu makmal penyelia kami) dah minta kebenaran dengan pegawai hutan untuk stay kat chalet hutan tu..tapi bila kami sampai, sekali kabel eletrik dicuri daaaa..dia bagi cadangan supaya kami tidur kat surau hutan tu..dalam 1,2 minit bincang kitorang semua pun setuju la nak tidur kat surau tu…kira kes nak cut bajet la ni..sebenarnya kami 6 orang.. Aku, Dewi, Mimi, Wak Sani dan 2 orang driver (abg Hisham dan Pak Cik)..

Sebelum terlanjur nak cerita lagi, Aku, Dewi, Mimi tahu semua cerita dari malam pertama sehingga hari kami nak balik masa on the way dah..mula2 dorang semua tak nak cerita tapi ada la kami tipu sikit pak cik-pak cik tu baru lah dorang cerita..

Malam pertama di surau, pak cik driver ni pergi tandas..tandas konfem kat luar la kan..jarak tandas tu dekat je ngan surau tu..jerit pun dengar…bila dia keluar je surau, tegak bulu romanya..dia pun buat dek je..bila odw nak balik ke surau...dia nampak “something”..sekilas cam tu je..benda tu berdiri kat atas jambatan..jambatan tu pun dekat je ngn surau..bila pandang balik..tak nampak apa-apa pulak..terus dia lari cepat-cepat masuk dalam surau..katanya, mungkin “dia” just want to say hi! Erkk..

Malam ke 2 dan 3 tak ada apa2 berlaku..malam ke 4 tu abang hisham dengar ada ketukan pintu..kuat sangat sebanyak 3 kali..ketukan tu datang dari pintu sebelah tempat tidur kami..dia ingat kami pergi tandas..bila fikir balik , tak kan kami pergi tandas waktu tu..kalau tak salah dia waktu tu lebih kurang kol 4 pagi..apa lagi dia buat..ambik selimut tutup muka..malam tu jugak Dewi kena gigit dengan “binatang”...sakit sangat katanya..masa kena gigit tu berdenyut2…lagi sakit dari kena gigitan penyengat dalam hutan..Aku dan Dewi kena gigit dengan penyengat masa hari pertama masuk hutan.. dapat masuk kejap je hutan..waktu tengahari dah mula hujan..Dewi terus kejutkan Mimi masa tu..tiba-tiba keluar seekor anak lipan..kami semua syak dia kena gigit ngan binatang tu je la.. Mimi pukul anak lipan tu sampai mati.. 

Apa jadi?
To be continued....

p/s: panjang sangat sebab tu kena buat 2 entri..



January 24, 2013

Pernah rasa ni?


Assalamualaikum..

Hampir seminggu di Hutan Simpan Gunung Arong, Mersing ..macam2 berlaku…tapi entry kali ni bukan nak story pasal pengalaman kat sana..next entry k..entry kali ni cuma nak survey..

Pernah tak rasa? *bukan rasa makanan


1) Suka pada seseorang tapi takut nak bagitahu.
    Maklumla perempuan ni pemalu..tak pun takut orang kata perigi cari timba..


2) Pendam perasaan tu lama-lama.. dan bila dah lama sangat tu rasa bodoh sebab suka si dia..
    Kenapa la aku ni suka dia tu? Dia bukan suka aku pun..arghh!! bodohnya aku..kira salahkan diri sendiri la..

3) Rindu sangat..nak text dia..dah taip dah..delete balik sebab takut si dia tak reply..
    Rasa malu bila kita yang text dulu dia.. but then he didn’t reply.. so, cara nak lepaskan sikit rindu baca balik inbox yang still ada mesejnya..

4)  Ingat balik macam mana si dia boleh memikat hati kita.. kenangan manis la.. *giteww…
  Bila ingat dulu dan kini.. muka boleh berubah sebab kenangan tu sangat indah walaupun kita bukan sesiapa pada dia.

5)  Stalk fb si dia.. baca status2 si dia..
  Tengok jugak mana la tahu ada perempuan yang sebenarnya bertakhta di hati dia ada komen ke..sambil menyelam minum air kan… ^______^

Biasalah sebenarnya bila umur dah makin meningkat dan umur tu merupakan umur alam perkahwinan mula la rasa cinta cinti cintu ni..mana boleh nafikan perasaan tu.. hehe..yakin sangat yang no 5 tu ramai orang buat…haha..

Tak sabar jugak nak story pengalaman di Hutan Simpan Guung Arong tu..malam ni nak balik..kat rumah la buat entri tu..insyaALLAH..

Wassalam…;-)