GENG KITO

Orang Nengok

October 17, 2013

Bila diri dah nyanyuk

Assalamualaikum & hi everybody.

Nak kata muda tak de la muda sangat. Tapi masih dikira orang muda la kan bila umur 23 tahun ni. Dari segi kelayakan umur nak kawen tu dah lepas sangat dah.. Wawa Zainal yg umur 21 tahun tu pon dah kawen dah.. kan?? Ni bukan nak cite sal kawen ni. Tapi nak cite aku dah nyanyok.


Petang tadi, aku g atm cimb. Lepas masukkan kad atm tu, terus fikir. Berapa eh no pin? Haaa.. time tu aku masukkan je nombor yang aku ingat. Hoi, salah hoi. Sampai tiga kali, aku g terus kaunter dalam cimb bank tu. Punya la pegawai tu cakap, “ Cuba ingat. Mana la tahu boleh ingat ke” ... Masa tu otak aku ni memang langsung tak leh ingat. Dipendekkan cite, aku mintak borang ngn  pegawai tu untuk tukar no pin. Punyala lama kan tunggu. Lastly, pegawai yang lain plak cakap susah nak setel sbb ic aku problem and atm kad aku tu bukan buat kat cawangan tu (Cawangan Tanah Merah).. Ye la, aku buat kat UKM..

Masa tu aku rasa stress sangat ngan diri aku. Apasal la nyanyok sangat kan?? Sumpah geram. Pastu aku pun balik je la. Duduk je kat kerusi, TING! No pin tu menjengah minda. Bersyukur memang bersyukur tapi nak marah kat diri sendiri tetap ada. Phuii sungguh rasa. Esok baru boleh guna balik kad tu sbb selepas 24 jam masukkan no pin yang salah (jika belum sempat di block), baru boleh guna kad tu macam biasa. Aku harap betullah no pin tu esok. Duit nak guna untuk konvo. Huh!

Bila anda lupa/tersalah no pin dalam dalam penggunaan atm machine, cuba dua kali je. Untuk kali ke 3 tu, kemungkinan besar kad anda di block. Selepas 24 jam, barulah anda boleh menggunakan kad atm itu kembali. Kalau masih tak ingat, pergi ke cawangan yang anda mula-mula bukak akaun dan buat atm kad tu. Baru cepat penyelesaiannya. Tapi kalau jauh nak pergi, pergi je mana-mana cawangan. Nanti dia akan uruskan jugak. Cuma lambat sikit la. Pastikan ic anda berfungsi. Kalau ada lesen memandu, bawak jugak. Cimb bank ni salah satu bank yang aku suka setakat ni la. haha


Wassalam.
 Nak cuba esok ni.



October 16, 2013

Aku hilang?

Assalamualaikum..
Salam subuh kalian..

Lama menghilang. Yes. That is true. Kalau nak cerita panjang pulak kat sini kan. Hopefully ada lagi la yang sudi view blog aku ni. Korang boleh kira sendiri berdasarkan last post aku, berapa lama aku menghilang kan…Hewhew

Tampil dengan wajah baru. Ceh! Ayat skema der.. Skill pun hilang jugak oi selepas lama cuti berehat dalam blogging ni kan.. Dah la memang kurang skill. Adoi. Hampeh! Wajah baru namun masih ada warna pink gitteww.. masih mengekalkan my feveret kaler ler.. hihi.. Cantik ke tak ke.. aku tak kisah.. bagi aku, dah okay la tu untuk budak mentah macam aku ni.. hahaha..Rindu sangat nak komen2, blog walking n join contest bagai. insyaALLAH, kalau ada masa nak singkap kembali sejarah lama tu.. ececece..

Bdw, aku dah kena TUKAR STATUS dah.. ambik hang.. aku zoom besaq2 tu.. kasi tahu seluruh cakerawala..

Nampak tak yang aku bulatkan tu?


Aku kena tukaq benda tu la. Jadi bakal bergraduasi pada 29 Oktober 2012 (Rabu).. Yahoo! Dah nak konvo dah.. insyaALLAH..
Awat? Ada yang menggelabah ingat aku nak menamatkan zaman bujang ka? Aishhh.. uolss pon.. calon pon xdak lagi ni.. single keh!;-)


Cuba korang tengok yang hutang pelajar tu.. sakit hati sungguh aku.. last week, aku dah g jabatan bendahari ukm tanya benda tu.. bukan apa, takut nanti tak leh ambik jubah.. hutang tu untuk yuran LI aku tu.. supposedly JPA bayar.. tapi, yes. Aku faham sangat ramai pelajar JPA kan.. grrr! Takut oi! Prepare la jugak pitih demi keselamatan. Huhu

Moga semuanya berjalan lancar. Jemput datang semua. J

Wasssalam.



June 17, 2013

Last paper of final exam of final year

Assalamualaikum dan morning semua!

Dah subuh ke belum ni? kalau belum pergi Subuh dulu okay. J

Disebabkan lama sangat tak buat entri dan membebel kat blog ni, aku ambil peluang ni sekejap untuk buat entri.  al maklumla, today is my LAST PAPER of FINAL EXAM of FINAL YEAR. *betul ke bi tu? hahaha.. 

Yeahh!today's paper:

STAB 3043 CONSERVATION AND MANAGEMENT OF GENETIC RESOURCES
Jam: 12.00 tengahari
Tempat: DTAMS


Wish me luck! Berapa jam je lagi. Tapi tak habis lagi cover semua. Emm, salah diri.. last minit. =(

Banyak nak share dengan korang semua ni. tunggu k.. hehe

Wassalam