GENG KITO

Orang Nengok

May 29, 2014

Mini reunion of us (KTHO-ians)

Assalamualaikum dan salam ceria!

Hari ni aku sanggup okay tak g ‘landing’ semata-mata nak buat entri ini. Eksaited uols.

As mentioned, mini reunion of us. Wah3. Mini reunion gitu. Why mini ha? Kira okay la 10 orang. Nanti bila masing-masing dah kawen, boleh ke 10 orang ni kumpul macam ni lagi?? Emmm..

I don’t want to pot pet pot pet too much. Let’s stalk the photo.  

1st, this is our plan. just a plan. gah kemain. ada schedule lagi..



Itu plan sahaja ye.. kami xdapat nak pergi pasar malam Bangi tu sebab hujan. Tak syok la kan hujan nak pergi pasar malam. So, we ols hanya lepak-lepak kat cafeteria Kolej Tun Hussein Onn tu.

Usai solat Maghrib di Masjid UKM, kami pun pergi dinner sama-sama di restoran D’Kenali Ikan Bakar.  Restoran ni terletak di Bangi, jalan menuju ke Putrajaya. Berdekatan dengan Balai Polis Bangi. Makanan bakarnya memang sedap. 






Tak snap gambar sebab kami tak nak jadi macam ni. hahahaha





Semua yang terlibat seramai 12 orang. Rasa macam buat laporan pulak.


Keesokan pagi pula iaitu hari Ahad, pagi-pagi lagi kami semua berkumpul semata-mata nak breakfast sama2. Tapi ada part yang tak best. One of us, Ijan terpaksa kerja hari tu. Nasib baik lah 4 jam shj. Kalau tak musnahlah impian kami nak join dinner malam tu. Kami breakfast dekat belakang ktm ukm. Yang pasti murah dan sedap!  



Ijan yang llk kat depan tu.





To make our mini reunion become more enjoyable, we went to Putrajaya to attend Jom Heboh and Pesta Belia 2014. Kemain happy semua.









Tibalah masa yang dinanti-nantikan. Majlis Anugerah Pelajar 17, Kolej Tun Hussein Onn, UKM. 

Kerana MAP,
Kami kenal,
Kami bersama,
Kami bergabung.
Bergabung demi kerja,
Demi satu program.

Kerana MAP,
Kami bertikam lidah,
Kami bermasam muka,
Kami bergaduh,
Bergaduh kerana ego,
Masing-masing nak betul.

Namun,
Di sini,
Kami bersatu,
Kami bersama, 
Kami meraikan kemenangan. 
Kemenagan itu kenangan. 
Kerana MAP 













Thanks to everyone. Thanks for invitation. 
Wassalam  
#keeppray4mh370







May 28, 2014

MGB dan amanah

Assalamualaikum semua J

Untunglah cikgu-cikgu semua. Syok balik kampung bila cuti
 sekolah ni kan. budak-budak sekolah pun kemain lagi enjoy. Siaran tv skang kalau pagi tu, semua nak kartun je.  Selamat bercutilah ye..Ishhh. Jeles taw.

Iols jugak yang keje. Sep sikit pada yang geng tu! Hahaha

Back to the topic, tahu ke uols MGB tu apa? Bukan GCB bukan GSC dan bukan juga GST ye. MGB ni stand for “MAKAN GAJI BUTA”.

Pernah dengar tak pepatah ni? Kuman seberang laut nampak, tapi gajah depan mata tak nampak. Aku bagi makna dalam genera aku, kesalahan orang ko nampak je, tapi kesalahan diri sendiri, haraaaammm nak nampak. Bukan tak nampak a.k.a buta je, pekak, tuli semua la.

Sikap orang yang macam ni ramai je. Let’s say waktu masuk after lunch hour ialah jam 2 petang. Berapa ramai yang tepat jam 2 petang dah siap sedia dalam pejabat untuk memulakan kerja? Tapi aku percaya sangat ramai jam 5 petang memang dah bersedia untuk check out.

A.M.A.N.A.H

Hanya 4 huruf yang diperlukan bagi membentuk satu perkataan ini. Namun, perkataan ini mampu memberi kesan yang sangat berat. Setiap orang ada tanggungjawab masing-masing. Tidak kiralah dimana kita berada. Dan tidak kira juga pangkat yang kita miliki. Malah amanah yang paling besar ialah kita sebagai hamba Allah, Tuhan Yang Satu.

Bila mana seseorang yang bergelar manusia itu telah buta hatinya untuk melihat kesalahan dirinya bermakna dia seorang yang tidak amanah dengan dirinya. Isu makan gaji buta ni tak perlu menunding jari ke arah orang lain, tapi sila “ restart” dan “log in” diri sendiri. Yang penting diri sendiri perlu amanah. 



Wassalam 
#keepprayformh370


May 23, 2014

Harapan Jumaat ini

Assalamualaikum dan salam Sayyidul Ayyam..

Let the photos talk to you,






Wassalam.
#keeppray4mh370