GENG KITO

Orang Nengok

March 18, 2016

Bicara Jumaat: Mohon maaf atau memaafkan?

Assalamualaikum dan salam Jumaat readers. 

Since saya mula aktif balik ber’blog’ ni, tak pernah lagi post slot Bicara Jumaat. So, today my simple post on Bicara Jumaat slot.

Pagi tadi saya ada dengar ceramah seorang ustaz di TV9. Maaf, saya tak pasti siapa nama ustaz itu. Lebih kurang jam 7.20 pagi.

Mohon maaf atau memaafkan?

 “Mohon maaf atau mohon ampun, pintalah dari ALLAH swt manakala memaafkan adalah perkara yang sangat dituntut oleh agama jika sesama manusia”.

Jika orang buat baik dibalas baik itu adalah FITRAH
Jika orang buat jahat dibalas jahat itu adalah DENDAM
Jika orang buat baik dibalas jahat itu adalah KEJAM
Jika orang buat jahat dibalas baik itu adalah SUNNAH


Memang selalu sahaja kita dengar atau kita sendiri yang pernah cakap saya boleh maafkan tapi luka tetap ada. Even saya sendiri pun pernah cakap macam tu. Ustaz tu ada juga kata kalau orang yang buat jahat pada kita ni, kita balas baik dan kita sayang lagi bagus. InsyaALLAH, hati kita akan tenang. Dan ALLAH akan memberi cahaya di sana nanti.

Jagalah hati dan selamat beramal!


Wallahualam



March 11, 2016

Cara delete favourite dalam CIMB clicks

Assalamualaikum dan salam Jumaat readers.

Sedikit perkongsian hari ni mengenai ‘Cara Delete Favourite dalam CIMB clicks’. Sebab ada yang tanya saya and suka rasanya kalau share. Hihi. Saya kira semua yang cari cara ni dah tahu la maksudnya cara nak add to favourite dalam CIMB clicks kann. (*kalau ada sesiapa yang tak tahu lagi cara nak add to favourite macam mana boleh rujuk ENTRI INI dan INI). Persoalannya skang ialah dah add then nak delete pulak. Macam mana tu? So, just follow cara berserta gambar yang disediakan. 


1)   Login CIMB clicks macam biasa.


2)   Bawa cursor anda ke ‘my account’ seperti yang ditunjukkan dalam gambar dan klik pada my favourites. 

3)    Skrin akan memaparkan senarai no. akaun yang telah anda ‘favourite’ kn. Then, klik view all untuk lihat semua senarai akaun yang telah dimasukkan. 


4)    Sekarang klik pada kotak sebelah kiri bagi delete akaun mana yang nak dibuang/delete/remove.

5)   Lastly, klik delete. Settle! 


Itu sahaja caranya. Moga dapat membantu semua.

Wassalam


February 29, 2016

Review: 4 Hutan Lipur di Malaysia

Assalamualaikum readers. Happy 29 Feb. :)

Moga sihat sentiasa. Saya dah 4 hari batuk-batuk dan selsema. Rasa lemas je bila nak bernafas tu. Tidur pon xselesa. Tuhan uji dengan tarik satu nikmat untuk sementara. Tu pon dah rasa macam2 dah. Alhamdulillah untuk ujian kali ini.

Lately, saya kerja 6hari seminggu. Hari Ahad je akan ada masa utk merehatkan diri. Pastu, Isnin kerja balik. Rezeki juga tu. Rezeki kerja luar aka jalan-jalan namanya. Hahaha. Takde maknanya nak jalan-jalan. Waktu kerja pon dah satu hari. Kajian yang saya terlibat kali ni adalah mengenai Kajian Daya Tampung Hutan Lipur. Ni adalah last trip untuk projek ni. 1st trip Hutan Lipur (HL) Ulu Kenas, Perak, 2nd HL Ulu Bendul, N9, 3rd HL Sg. Tua, Ulu Yam, Sel and last trip HL Lentang, Pahang.

As mentioned on title, post ini adalah mengenai review 4 Hutan Lipur yang telah saya kunjungi . Manalah tahu kan, ada readers yang plan nak g Hutan Lipur tapi tak tahu nak pegi yang mana satu. Hehe. Antara 4 Hutan Lipur ni, paling saya suka HL Sg. Tua followed by HL Ulu Kenas, then HL Ulu Bendul and HL Lentang. Sebelum tu, semua HL dikenakan cas bayaran masuk. Berbeza mengikut tempat. Cas ini dikenakan demi menjamin kebersihan dan kegunaan fasiliti yang disediakan.

So, here we go.

1. Hutan Lipur Sg. Tua, Ulu Yam, Selangor
Tempoh perjalanan lebih kurang 20-30 minit dari FRIM, Kepong. Terus terang kata, jalan menuju ke hutan lipur ini sangat mencabar. Bengkang bengkok macam ular kena palu. Suka saya ingatkan, pandu cermat, jiwa selamat dan ingatlah orang yang tersayang. Hehehe. Masa saya dan kawan-kawan pergi, rasa macam nyawa di hujung tanduk. Kenderaan yang arah balik tersangatlah laju. Seriau dibuatnya. Mula-mula tu saya tekad ini merupakan kali pertama dan terakhir saya pergi. Tapi, once dah sampai, berubah terus bila saya tengok keadaan sungainya. Cantik, bersih, jernih dan memang sangat sesuai untuk mandi. Faktor lain yang saya suka ialah banyak tempat yang sesuai untuk dijadikan ‘port’ santai bersama kawan2, family sebab banyak pondok disediakan. Tong sampah pon banyak uols. Kalau buang sampah di merata2 tempat tu tak tahu lah nak cakap apa. Sepanjang survey dijalankan, boleh tahan ramai jugak pengunjung. Macam2 peringkat ada. Oh, lupa. Yg ni negatifnya, monyet kat situ boleh tahan jugak suka sakat orang. Tips, buat tak tahu dah dan cari ’port’ yang jauh sikit. Monyet ni banyak di pintu masuk 2 je. Pintu 1 sesuai untuk kanak-kanak mandi dan pintu 3 tutup sebab ada construction katanya.

 

2. Hutan Lipur Ulu Kenas, Perak
Tempoh perjalanan lebih kurang 30 minit dari bandar Kuala Kangsar, Perak. Kami stay di Kuala Kangsar sebab senang nak makan katanya. Kaki makan kann.. hahahaha. Jalan untuk ke sini kurang signboard. Uols kena cari signboard Kem Biro Tatanegara Ulu Kenas, Perak sebab tempatnya sama sahaja. Kebersihan sungai hutan lipur ni juga terjaga. Tapi kawasannya tak besar sangat. Uols kena pandai cari ‘port’ la. Hutan lipur ni hanya ada satu kawasan yang kebanyakan org memang tertumpu kat situ. Tahap keselamatan pun okay la bila ramai-ramai. Mana-mana kawasan yang dilabel sebagai kawasan bahaya tu tak payah la nak try and error kan. Kalau jadi apa-apa pihak hutan lipur jugak nnt yang kena.




3. Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan
Tempoh perjalanan lebih kurang 20-30 minit dari bandar Seremban. Kami stay di Carlton Star Hotel. Hotel tu bagi saya murah dan boleh tahan perkhidmatannya. Kalau uols nak hotel bajet boleh la try. Eh, ter-review hotel plak. Haha. Air sungai kat sini kurang jernih bagi saya. Tapi orang ramai. Kurang jernih tu sebab hari sebelum kami pergi hujan. That’s why la air keruh. Yang saya kurang suka HL ni ialah bila masuk je kawasan depan nampak terang dari pokok. Mungkin ada penebangan yang membuatkan kawasan tu kelihatan terang dan panas. Walaupun kawasan tu agak sesuai untuk kanak-kanak, tapi keadaan panas tu membuatkan kurang sesuai. Saya cadangkan uols naik kawasan atas sikit. Sungainya panjang. So, boleh la pilih ‘port’ yang sesuai.




4. Hutan Lipur Lentang, Pahang
Tempoh perjalanan lebih kurang 1 jam dari FRIM, Kepong. Ikut highway ke pantai timur ya. Hmmm. Masuk je HL ni mmg ada daya penariknya. Cantik. Tapi bila masuk ke dalam sikit rasa terkilan. Pokok tumbang dengan bilangan yang agak banyak. Tapi pihak HL dah maklum kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan. Ada satu kolam man-made yang terbiar. Sayang je rasa. ‘Port’ pon tak banyak dan di kawasan depan je sesuai untuk kanak-kanak. Masa survey dijalankan bilangan pengunjung pon tak ramai. Kebanyakan yang masuk ke HL ni untuk makan nasi lemak. Ya, nasi lemak. Aneh bukan? Hanya kerana nasi lemak. Guess what? Of course la uols, we ols ambik kesempatan rasa jugak. Memang sedap. Tak dinafikan dan harganya pun berpatutan. Jangan tak cuba bila uols ke HL ini.




Cukuplah itu sahaja review keempat-empat hutan lipur. Moga membantu serba sedikit. Mohon maaf kerana kualiti gambar kurang jelas. Yg HL Ulu Kenas je saya ambik. Yg lain minta ihsan kawan je. Huhu. 
Ada pesanan untuk semua, jaga keselamatan, jangan berkira sangat soal bayaran masuk sebab pihak hutan lipur cas untuk fasiliti spt tandas, pondok, tong sampah yang memang pengunjung nak semua dalam keadaan elok, mulut jangan nak choi sangat dan patuhi larangan yang tertulis di papan tanda yang berada dalam HL spt kejadian kepala air dsbnya.

Thanks for reading. Ada pengalaman mengenai HL yang dinyatakan, dialu-alukan utk meninggalkan komen. Thanks again.

Wassalam.
#keeppraytoALLAH