GENG KITO

Orang Nengok

June 22, 2014

Hikmah Puasa Sunat

Assalamualaikum dan selamat petang semua

Sebelum balik kerja ni, aku nak share hasil pembacaan aku setelah membaca artikel mengenai hikmah berpuasa sunat di berita harian online ni. Pejam celik, sedar tak sedar kita sekarang ni dah bulan Jun dah. Akhir bulan Jun iaitu 28 Jun, insyaAllah kita semua akan bertemu sekali lagi bulan yang penuh kemuliaan, bulan Ramadhan. Bila dah dekat ni, apa kata kalau kita semua sama-sama melatih diri untuk berpuasa. Puasa sunat. Sebab puasa sunat yang kita lakukan ni bukan sahaja tak nak bagi badan kita “terkejut” bila ubah jadual makan, tapi nak minta badan ni siap sedia la dan pastinya banyak hikmah puasa sunat ni.


1)    Tanda bersyukur
Bila kita puasa ni, kita akan rasa bersyukur atas rezeki yang Allah swt dah kurniakan pada kita. Kita makan macam ni dan bagaimana pula orang seperti homeless atau gelandangan tu makan?? Haaa, cuba fikir. Sebab tu kita kena bersyukur. Cuba jugak fikir, aku ni sihat. Allah bagi kudrat nak makan. Macam mana nanti kalau aku tak sihat?? (*sambil angkat kedua2 belah kening). Mampu ke aku nak makan sedap-sedap ni?

2)   Menyucikan diri
Wahai pembaca yang dirahmati Allah sekalian, hakikatnya puasa ni dapat menyucikan kita daripada sifat mazmumah atau dalam bahasa yang semua boleh faham, sifat yang tak baik, tak elok. Contohnya seperti sifat tamak, sombong dan hasad dengki. insyaAllah, bila kita berpuasa sunat ni, jiwa kita akan bersih dan secara tak langsng dapat menerapkan sifat rendah diri. Atau orang putih kata low profile. Gitteww..

3)   Mendidik jiwa
Puasa ni juga dapat mendidik jiwa kita dengan sifat belas kasihan terhadap orang lain. Biar sama2 kita rasa kesusahan orang lain. Berbuka tu cubalah kawal sikit. Ni idak, ikut nafsu je memanjang. Mungkin sesiapa yang ada duit lebih tu, anda akan memilih makanan yang mahal sahaja kan. Kalau murah tapi sedap okay jugak. Banyak je makanan murah dan sedap ni. huhu



Untuk info lebih lanjut, anda boleh layari:

p/s: ada lagi ke yang tak ganti puasa? Cepat2 ganti. Minggu depan dah puasa. 



 Wassalam 
#keeppray4mh370


Panda in dream

Assalamualaikum semua.

Ada terbaca tak entri sebelum ni yang aku cakap nak g zoo negara tengok panda tu?Haaa, entri ni pasal tu la. boleh KLIK SINI kalau tak baca lagi. Disebabkan aku takde transport nak p sana, so dengan dukacitanya dimaklumkan aku tak dapat p pon. Huhuhuhu. Sedih la jugak kan. sbb bila free tapi dan2 plak tak dapat masuk. Emmmm. Dah nak buat macam mana. Mungkin ada lain hari. 

Ko mimpi aku ye panda? hahaha

Ok. Wassalam.
#keeppray4mh370


June 20, 2014

Boss vs Leader

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.

Sekejap je kan seminggu tu. Aku keje kat FRIM ni dah hampir 3 bulan dan bermakna 3 bulan jugak la aku tak balik rumah. Moga ada kesempatan untuk aku menjenguk keluargaku di kampung. Rindu sangat…. 

:)
Bila dah keje ni, baru sedar sebenarnya life keje tu lagi stress dari life as a student. Kalau bergelar pelajar kebanyakkan stress bila nak exam atau esaimen bertimbun-timbun. Kalau final year student, stess dengan FYP la kan. at least, masa belajar ada due yg telah ditetapkan taw.bila keje bos hanya tahu cakap “ saya nak ni, ni, ni, ni dan ni hari ni”.

Justeru, dapatlah merasai beban keje dan life as an employee. Sangat penat.
Talking about boss, bos korang semua macam mana? Boss or leader? Sebelum tu, kita tengok dulu the differences between boss and leader. 


Print benda ni dan tampal kat mana2 dengan niat nak kasi bos nampak. we ols semua tampal kat mesin fotostat. tapi bukan bos pernah fotostat pon. dia akan soh orang lain kan. -_-


Oleh yang demikian (ayat nak skema je), jika anda seorang pekerja bawahan ke atau memang dah bos atau mungkin bakal bergelar seorang bos, anda patut tahu peranan  dan sifat bos yang sebenar. Kita manusia ni dikurniakan hati dan perasaan. Mungkin lagi baik di tempat keje kita kerja, dan diluar we are friends!! Kan seronok macam tu.

Ok. Wassalam

P/s: Esok mungkin dah g tengok Panda. Nanti aku buat entri k. big smile for all readers. Thanks!

#keeppray4mh370