GENG KITO

Orang Nengok

January 15, 2015

Ceritera banjirku 3

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan selamat petang readers.

Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan untuk menyambung cerita pengalaman banjir aku. Kepada readers yang masih belum membaca cerita awal. Sila pastikan anda membaca terlebih dahulu Ceritera Banjirku 1 dan Ceritera Banjirku 2.
Seperti yang aku jannjikan dalam entri sebelum ini, aku akan ceritakan bagaimana aku dan adik aku Hanis boleh terputus hubungan dengan keluarga.

Setelah mak, Husna, adik Eman, adik Aween dan aku berada di pusat pemindahan banjir (level 1 SMKDMPR1), adik aku yang bernama Hanis (kalau entri before ni aku ada mention dia pergi kerja) call dan meminta bahawa one of us jemput dia di tempat kerja. Katanya waktu operasi tempat kerja dia ditamatkan jam 7.00 petang disebabkan elektrik terputus serta jalan-jalan utama ke tempat kerjanya telah dinaiki air. Dipendekkan cerita, jiranku menemaniku untuk mengambilnya menaiki kereta. Fyi, semua jalan telahpun dinaiki air. Namun disebabkan terpaksa kami meredah air menggunakan kereta tersebut (paras air telah mencecah bonet depan kereta). Memang masa tu penduduk kampung dah bagitahu kenderaan ringan dah tak boleh lalu. Kami beranikan sahaja sebab nak ambik adik aku tu. Kalau tak, takkan nak biarkan dia. Masa redah tu hanya kalimah ‘Lailahailallah’ yang keluar . Alhamdulillah kami melepasi halangan pertama.

200 meter sebelum sampai ke tempat kerjanya juga jalan telah dinaiki air. Masa tu kenderaan pacuan 4x4 sahaja dibenarkan. Aku decide untuk harung air tu tapi jalan kaki je la. Aku minta jiran aku tu tunggu kereta. Masa tu paras air di jalan itu atas sikit pinggang aku. Itu pada mulanya. Masa odw aku redah air tu, tetiba ada beberapa orang budak lelaki yang tegur aku.

“Akak nak g mana?”
“Akak nak g ambik adik akak kat Kasut You. Dia sorang je kat situ.”
“Jauh lagi tu kak. Lagipun air naik mendadak ni kak. Takut tak sempat nak patah balik. Tak takut ke?”

Wahai readers, bila tengah harung air. 200 meter tu memang kita akan rasa jauh. Tambah-tambah bila air tu berarus. Alhamdulillah, salah sorang dari budak lelaki tadi bersetuju untuk menemani aku. Seperti yang aku cakap tadi, hanya 4x4 dibenarkan lalu. Bila ada je 4x4 yang lalu, konfem air akan melepasi kepala aku. Sebab air itu akan berombak tinggi dan melepasi kepala aku. Hanya ALLAH yang tahu macam mana perasaan aku time tu. Dan alhamdulillah aku, adik aku Hanis dan budak lelaki tu berjaya patah balik ke kereta di mana jiran aku tunggu tadi.

Kami terus bergegas balik ke tempat pemindahan banjir namun malangnya semua jalan telah ditutup untuk kenderaan ringan. Bukan sahaja paras air yang tinggi namun keadaanya yang deras. Kami sempat jugak ke Petronas berdekatan untuk isi minyak kereta sebab takut nanti bekalan minyak pula habis. Dan kami decide utk stay di tepi masjid. Nak dijadikan cerita dan sebenarnya bagi aku ini adalah petunjuk dari ALLAH, aku minta izin untuk ke tandas. Kami bergerak menuju ke tandas Restoran Tepi Sungai (ni nama restoran ye). Lastly, kami pun decide stay je la kat situ satu malam. Mungkin esok air dah surut. Malam tu, ALLAH utuskan kami hamba-hambanya yang sangat berhati mulia. Tauke dan keluarga restoran tersebut menjemput kami (termasuk mangsa-mangsa banjir yang terperangkap di situ) makan secara percuma di restorannya. Alhamdulillah. Terima kasih. Hanya ALLAH yang mempu membalas jasa kalian. 

Tarikh: 25 Disember 2014.
Keesokan harinya, tauke tersebut masih menjamu kami makan pagi. Malah lagi ramai mangsa-mangsa banjir yang datang ke situ kerana di tempat pusat pemindahan banjir yang berdekatan tiada bantuan makanan. Sungguh mulia hati keluarga ini. Semoga ALLAH melimpahkan rezeki yang mencurah-curah kepadanya. Amin~

Lepas je makan, kami (aku, adik aku Hanis dan jiran aku) pergi melihat keadaan air. MasyaALLAH. Air semakin naik. Dan masjid yang pada mulanya kami nak stay tu telah pun dinaiki air. Paras yang aku boleh katakan ialah melepasi bumbung kereta. Sebab dari jauh aku tengok beberapa kereta yang diletakkan di situ hanya nampak sedikit sahaja bumbung. MasyaALLAH. Masa tu elektrik memang satu Tanah Merah telah diputuskan. Aku plak hanya bawak handphone. Tak bawak power bank. Tapi nasib baik adik aku sempat inform family yang kami selamat dan berada di restoran tersebut.Dibawah merupakan gambar Petronas tempat aku isi minyak kete. Masa aku g isi tu konfem takde air kan. Tapi tgk la bagaimana cepatnya paras air meningkat. 


Bagaimana pula untuk kami bertemu kembali dengan keluarga kami? Akan bersambung di entri berikutnya.

Wassalam

#Prayforpantaitimur
#pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501




January 13, 2015

Ceritera banjirku 2

Assalamualaikum dan selamat pagi readers.

Kecoh nampaknya isu gadis bertudung dipeluk, dicium oleh artis Kpop tu. Emmm, tak tahu la apa nak jadi dengan Malaysia sekarang ni. Ambillah iktibar dengan apa yang telah berlaku. Ingatlah apa yang kita lakukan itulah yang kita terima.

Entri ini merupakan kesinambungan entri aku INI.

Tanggal 24 Disember 2014 merupakan detik hitam dalam hidup setelah berusia 24 tahun. Pada waktu Subuh (lebih kurang 6.30 pagi), hujan selebat-lebatnya sehinggalah jam lebih kurang 11.00-12.00 tengahari. Maafkan aku sebab tak ingat waktu sebenar. Jam 10 lebih, adik aku minta supaya abah aku pergi hantar dia keje. Jarak tempat keje dia dari rumah aku mengambil masa lebih kurang 10 minit. Tapi punya la lama abah aku ni nak sampai ke rumah balik kan. Lebih kurang 40 minit gitu. Rupa-rupanya air dah mula naik di beberapa jalan raya. So, dia terpaksa guna jalan yang lebih jauh.

Masa tu, abah aku ni dah alihkan moto dia ke jalan raya. Okay la, aku lukis guna paint jap. Senang nak tunjuk gambaran rumah aku. Harap readers lebih faham dengan jelas.



Rujuk gambar di atas, jalan raya tu aku lukis yang ada dash tu. Bila abah aku ni sampai rumah aku, air sudah mula masuk toilet. Toilet rumah aku ni rendah sikit. Maklumla rumah kampung. Ada satu lagi moto adik aku dalam rumah tu. Abah, jiran dan aku cuba untuk angkat moto adik aku tu ke tempat yang lebih tinggi. Kami letakkan bangku sebagai pelapik. Kirannya bangku tu tinggi jugak la. Akhirnya berjaya. Bayangkan waktu ni, kalau kami nak pindahkan moto adik aku ke jalan raya dah tak boleh dah sebab jalan yang 100m dari rumah aku ke jalan raya tu naik mendadak dan dah sampai paras paha aku dah.

Kami satu keluarga pun decide untuk angkat mana2 barang yang mampu diangkat ke tempat yang lebih tinggi. So, kami angkat la peti ais, tv, almari tv dan segala yang ada di lantai ke tempat yang tinggi. Point utama, kami tak expect air akan tenggelamkan rumah kami.

Kurang dari 1 jam kami angkat semua barang2 tu dan terus capai je baju2 untuk dipakai di pusat pemindahan banjir. Disebabkan dulu aku pernah ada pengalaman banjir kilat, aku terus tanya mak aku mana semua dokumen penting. Aku letakkan semua dokumen tu dalam satu beg dan semua baju adik-adik aku diletakkan dalam bagasi aku. First abah aku bawak adik Aween ( 2 tahun 5 bulan) ke jalan yang masih belum dinaiki air. Rujuk gambar tu aku dot kaler merah. Tempat tu je yang masih belum naik air. Sepanjang jalan tu dah naik air sebenarnya.

Then, aku plak yang follow sambil bawak dokumen dan handbeg aku. Masa tu paras air adalah paras atas pinggangku (tinggi aku 155 cm). Oh lupa nak mention, masa ni memang hujan berhenti. Kalau hujan pun macam gerimis je. Tapi air naik sangat mendadak. Abah aku patah balik ke rumah untuk ambik adik aku 2 orang dan mak aku. Masa tu aku dan adik Aween terus ke SK Suria 2 sebab abah aku daftarkan family aku di sekolah tersebut. Lebih kurang 15-30 minit aku tunggu mak, adik Eman dan Husna datang ke tempat aku dan adik Aween.

Seterusnya, aku dan adik Eman bergegas untuk kembali pulang ke rumah sebab nak alihkan moto abah aku yang telah pun di letakkan di kawasan yang selamat sewaktu diletakkan. Namun, bila kami patah balik bot bomba sudah mula mampu untuk digunakan di sepanjang jalan (500m) itu. Pantas bukan air tu naik? Tapi aku dan adik Eman tetap berusaha untuk selamatkan moto abah aku sebab kami fikir sekurang-kurangnya moto tu boleh diselamatkan. Alhamdulillah, akhirnya motor tu selamat diletakkan di sekolah SMKDMPR1. Masa yang diambil adalah 1 jam lebih untuk aku dan adik aku meredah air banjir tu.

Gambar dibawah merupakan jalan yang aku lalu untuk tolak moto ayah aku ke SMKDMPR1. Masa aku lalu tu memang tak de air langsung. Air ni naik beberapa jam kemudian. 




Kenapa tiba2 di SMKDMPR1? Bukan ke SK Suria 2 ke? Sebab waktu aku dan adik Eman selamatkan moto abah aku, air dah mula naik di sekolah SK Suria 2 dan masa tu semua orang mungkin dah boleh agak air akan terus naik. That’s why kebanyakan orang yang masih belum ada tempat untuk berpindah terus ke SMKDPR1.

Sebelum aku tamatkan entri kali ini, aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada 2 orang hamba Allah yang aku tak kenal pun sanggup hulurkan bantuan untuk buang air yang telah masuk ke dalam ekzos moto dan akhirnya moto tu selamat dihidupkan. Terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.
Enti ini akan bersambung. Maaf di atas kesulitan.

Next entri akan menceritakan bagaimana aku dan adik aku Hanis terputus hubungan dengan keluarga?


Wassalam

#Prayforpantaitimur
#pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501



January 9, 2015

Ceritera banjirku 1

Bismillahirrahmirrahim..

Assalamualaikum dan salam Jumaat..

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.


“ Mengakhiri 2014 dengan ‘mimpi’ ngeri dan air mata. Selamat tinggal 2014.”

Begitulah status facebook aku bagi menggambarkan sakit dan pedihnya 2014. Sungguh hebat dugaanMu pada seluruh rakyat Malaysia pada tahun tersebut. Bila korang semua scroll facebook mesti banyak cerita pasca banjir yang baru sahaja melanda negara kita hujung tahun lepas kan? Dan banyak juga berita mengenai pesawat malang Air Asia Indonesia QZ8501. Sebelum aku mula menaip dengan lebih panjang, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa banjir dan mangsa pesawat itu. 
Al-Fatihah.

Terpanggil rasanya untuk mencoretkan sedikit sebanyak pengalaman aku sebagai seorang mangsa banjir. Jika sebelum ini, pada tahun 2003 rumah aku di Kok Lanas telah mengalami banjir kilat. Masa tu memang langsung tiada pengalaman apa langkah awal yang perlu dilakukan. Apa yang perlu diselamatkan? Dan tahun lepas 2014, rumah aku yang berada di Tanah Merah yang mana langsung tidak pernah naik air, telah dinaiki air dan keadaannya menjadi seperti sebuah pulau.

Semalam (08/01/15-Khamis) telah terbaca satu status kawan aku yang menyatakan air kembali naik di Kota Bharu dan aku sempat call family aku di Kelantan untuk tanya khabar. Ya, memang betul air telah naik kembali namun belum lagi cecah ke rumah aku. Tapi family aku sekaramg di Machang. Hanya ayah aku yang berada di Tanah Merah untuk melihat keadaan rumah serta membantu mangsa-mangsa banjir lain yang mana ada di antara mereka telah berpindah kembali ke pusat pemindahan banjir di kawasan kami iaitu SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja 1 (SMKDMPR 1). Dan berita ini juga disahkan bila aku baca laporan akhbar tempatan pada hari ini. Allahuakbar. 

Aku akan teruskan cerita mengenai detik aku sebagai mangsa banjir ini di entri berikutnya. Sekali lagi aku menyeru supaya kita semua jangan berhenti dan penat untuk berdoa. Ingatlah, ujian itu datang bersama hikmah. Allah rindu rintihan hambanya.





Wassalam

#Prayforpantaitimur
#pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501