GENG KITO

Orang Nengok

January 9, 2015

Ceritera banjirku 1

Bismillahirrahmirrahim..

Assalamualaikum dan salam Jumaat..

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.


“ Mengakhiri 2014 dengan ‘mimpi’ ngeri dan air mata. Selamat tinggal 2014.”

Begitulah status facebook aku bagi menggambarkan sakit dan pedihnya 2014. Sungguh hebat dugaanMu pada seluruh rakyat Malaysia pada tahun tersebut. Bila korang semua scroll facebook mesti banyak cerita pasca banjir yang baru sahaja melanda negara kita hujung tahun lepas kan? Dan banyak juga berita mengenai pesawat malang Air Asia Indonesia QZ8501. Sebelum aku mula menaip dengan lebih panjang, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa banjir dan mangsa pesawat itu. 
Al-Fatihah.

Terpanggil rasanya untuk mencoretkan sedikit sebanyak pengalaman aku sebagai seorang mangsa banjir. Jika sebelum ini, pada tahun 2003 rumah aku di Kok Lanas telah mengalami banjir kilat. Masa tu memang langsung tiada pengalaman apa langkah awal yang perlu dilakukan. Apa yang perlu diselamatkan? Dan tahun lepas 2014, rumah aku yang berada di Tanah Merah yang mana langsung tidak pernah naik air, telah dinaiki air dan keadaannya menjadi seperti sebuah pulau.

Semalam (08/01/15-Khamis) telah terbaca satu status kawan aku yang menyatakan air kembali naik di Kota Bharu dan aku sempat call family aku di Kelantan untuk tanya khabar. Ya, memang betul air telah naik kembali namun belum lagi cecah ke rumah aku. Tapi family aku sekaramg di Machang. Hanya ayah aku yang berada di Tanah Merah untuk melihat keadaan rumah serta membantu mangsa-mangsa banjir lain yang mana ada di antara mereka telah berpindah kembali ke pusat pemindahan banjir di kawasan kami iaitu SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja 1 (SMKDMPR 1). Dan berita ini juga disahkan bila aku baca laporan akhbar tempatan pada hari ini. Allahuakbar. 

Aku akan teruskan cerita mengenai detik aku sebagai mangsa banjir ini di entri berikutnya. Sekali lagi aku menyeru supaya kita semua jangan berhenti dan penat untuk berdoa. Ingatlah, ujian itu datang bersama hikmah. Allah rindu rintihan hambanya.





Wassalam

#Prayforpantaitimur
#pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501



No comments:

Post a Comment

Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!