GENG KITO

Orang Nengok

June 17, 2013

Last paper of final exam of final year

Assalamualaikum dan morning semua!

Dah subuh ke belum ni? kalau belum pergi Subuh dulu okay. J

Disebabkan lama sangat tak buat entri dan membebel kat blog ni, aku ambil peluang ni sekejap untuk buat entri.  al maklumla, today is my LAST PAPER of FINAL EXAM of FINAL YEAR. *betul ke bi tu? hahaha.. 

Yeahh!today's paper:

STAB 3043 CONSERVATION AND MANAGEMENT OF GENETIC RESOURCES
Jam: 12.00 tengahari
Tempat: DTAMS


Wish me luck! Berapa jam je lagi. Tapi tak habis lagi cover semua. Emm, salah diri.. last minit. =(

Banyak nak share dengan korang semua ni. tunggu k.. hehe

Wassalam



June 8, 2013

Giveaway "I Love U" Chocolate

Assalamualaikum & hi!

Ada lagi tak agak-agaknya yang tak tidur skang? Mesti la kan sebab musim exam ni. Sebenarnya aku baru balik dari lawat kawan aku. Dia baru lepas excident kat depan traffic light ukm tu. Tolong doakan dia semua. Namanya Amir Syafiq. Keadaan dia alhamdulillah stabil.

Tadi berblog walking jap. Tiba-tiba ternampak segmen ni.  Syarat pon tak susah sangat. 


Coklat!

Tengok ni, tengok ni.. Comel sangat~ Kalau aku dapat. Oh,sedapnya. 



Just click the banner to join. 

Even tak ada dalam syarat, aku still nak tag blogger2 lain untuk join.. Jangan marah ye. Hehe. Chill!

INI, INI, INI, INI & INI

All the best. 
Wassalam  




June 7, 2013

Perkara wajib elak bila anda putus cinta

Assalamualaikum & hello guys!

Cuaca di Bangi sejak dua menjak ni petang konfem hujan berserta dengan guruh. Lebih parah lagi ada guruh, ada petir. Macam faham je perasaan aku yang tak viva lagi ni kan. sedih dan jelous bila tengok kawan-kawan semua nak prepare untuk binding hard cover dah. Huhu. Dugaan dugaan~

Dalam 3 minggu lepas, kalau aku tak silap. Ada terbaca satu majalah ni. tapi malangnya lupa majalah apa. Lupa tu tak pe, yg penting aku sempat snap apa yang aku nak share dengan korang semua. Haha :D :D.

 Back to the topic.


“Parahnya menanggung rasa pedih kerana tak lagi bersama si dia. Eceh! Macam pernah lalui je kan. Pengalaman post break up berikut wajar dijadikan tauladan.”

Kisah 1: “ Saya pernah dapatkan nombor telefon baru untuk hantar mesej kepadanya. Saya nak lihat jika dia sudi layan atau tidak. Tapi bila dia layan mesra , saya pula yang sakit hati”

Nampak sangat lelaki jenis ni lelaki tak reti nak setia. Layan je. Grr~

Kisah 2: “ Selepas putus hubungan, bekas teman lelaki ganggu saya selama sebulan dengan menggunakan nombor lain. Saya pasti dia dalangnya, tapi bila ditanya mati-matian dia tak nak mengaku. Tapi lama kelamaan dia sendiri yang terkantoi”.

Aiyoo.. lelaki jenis ni plak lelaki ego. Ada perasaan lagi tapi tak nak ngaku plak.

Kisah 3: “Layan lagu jiwang berulang kali sambil menangis. Berpuluh kali ulang lagu sama. Bila diingatkan kembali. Aduhai, memang menggelikan hati.”

Hakikatnya, tak perlu menangis kerana laki tak guna. Hahaha.

Kisah 4: “ Perkara paling bodoh saya pernah kelar tangan hingga berdarah, kemudian ambil gambar dan hantar kepadanya. Sampai sekarang ada parutnya.”

Okay. Nauzubillah. Jangan la buat benda-benda macam ni. Yang sakitnya diri sendiri. Tak pasal-pasal ada parut kan. kurang wang hantaran.

Kisah 5: “ Bila dapat tahu dia dah ada teman wanita baru saya buka akaun Facebook yang lain semata-mata nak lihat sendiri siapa gadis itu. Tapi lama kelamaan saya yang frust menonggeng sebab tengok gambar bahagia mereka termasuk ayat manja  mereka berdua. Alahai…”

Gigih buat akaun fb baru. Emm, lastly kita jugak yang frust menonggeng kan. Redhalah kalau dia bukan jodoh kita. J

That’s all. Aku feeling doktor cinta sangat buat entri ni. hahahaha. Whatever la.  Yakinlah jodoh yang ALLAH tetapkan untuk kita itu adalah jodoh yang terbaik.


Enjoy your reading. Wassalam.

Sumber: Majalah aku tak ingat. L




June 6, 2013

Malam Anugerah Pelajar 16 (MAP 16) KTHO

Assalamualaikum semua =)

Well, niat aku bangun pagi katanye nak study. katanye la kan. tapi apa salahnya kalau nak buat satu entri. lagipun gambar2 semuanya telah dilabelkan. cheewaahh! label bagai aku panggil. Bajet ada nama sendiri.

Ok lah. Tak guna aku merapu. Pada 11 mei 2013 (Sabtu) hampir sebulan dah sebenarnya kolej aku telah pun mengadakan makan malam yang dipanggil Malam Anugerah Pelajar 16. Kiranya ni annual grand dinner la. #eh

Aku tak tahu nak cerita apa pasal dinner ni. konfem la uols semua tahu kan dinner adalah acara makan-makan. Cuma bezanya ialah siapa yang buat persembahan, artis jemputan, persembahan apa, konsepnya macamnya. Sebut pasal konsep ni tahun ni dinner kolej aku bertemakan “MAP in The Garden”. Tema kaler Purple/ Ungu. Bagi perempuan kalau tak silap aku pink, purple gitteew.. kalau llk im not sure at all.. nampak sangat aku tak ambik tahu. hahaha. Yg pasti malam tu malam purple lah. Artis jemputan malam tu plak Last Minutes (ni nama band k).

Korang layan gambar2 yg aku telah mohon KEBENARAN dari pemiliknya.
p/s: Entri ini entri penuh gambar. Mana-mana gambar aku rasa aku patut letak caption aku letak keh. :) 

Apa kata aku letak gambar aku dulu? Hahaha. 


Baju yang aku pakai ni baju kurung je pun. Tak mampu nak beli baju mahal-mahal. Hehe. Ni pun pinjam baju adik aku. Baju rayanya. Hihix. One more thing, I ols tak make sbb tak reti. Nanti2 lah I belajar makeup tuh. Gediks di situ. Tudung tu plak beli ngan kawan aku 4 jam sebelum dinner. Ko ada? hahahaha 



Gambaran dinner malam tu. 
Cukup tak Garden nya? hehe

Perasmi: YB Hamim Hj. Samuri (Ahli Parlimen Ledang) perasmi tu yang pakai baju kuning sebelah kiri. Yang kanan tu TNC Hepa UKM Prof. Ir. Othman A. Karim.



Skang ni kita tengok gelagat budak-budak kolej aku. Semua cun-cun dan ensem-ensem! ;-) 


King & Queen of the night!
Yani & Syahir

Dari kiri: Nora, Ain, k.fadwa (felo) & aku

Bersama mantan pengetua ktho Mejar Dr. Azahan Awang



Bersama mantan jaksa: Sho, k.mimi, k.farah, aku & irfan



Bersama k. eca a.k.a blogger cun (SINI)

K.eca, Jannah dan Yani.


Dorang ni semua sebenarnya wakil dari kelab tarian Sanggar Citra ktho. Kalau uols semua nak tahu , ni mak jemah nak kecoh. Kelab ni menang anugerah Kelab Terbaik. Tahniah dan syabas!


Bersama wakil kelab teater Prasada: Kiri (Bella), Kanan (Jijah -blog SINI)
Kelab band KTHO The Rhapsody.
Persembahan dari kelab band! 
Persembahan Howie (Eksekutif IPK)
Wada, ain, aku & syafa (blog SINI)

Acit dan Farihi. 
Si Farihi a.k.a Ba’e ni pengarah Fessat tahun ni. ops! Sorry dah berpunya. :P
Si acit tu plak tak pasti la dah berpunya ke belum. Tapi hot jugak tuh. fuh~  

Kobang (Ketua Eksekutif MEP), Ba’e, Arham (Eksekutif Palapes) 

Gadis hot kolej aku Tehah (kanan) 



Ini plak gambar-gambar aku bersama budak2 kolej aku merangkap lelaki orang yang aku rembat. Maaf la cik adik dan cik kak ye. Pinjam kejap untuk bergambar je. Tiada niat lain. J









Tahniah dan terima kasih diucapkan pada semua AJK MAP terutamanya KP Bella dan TKP Faiz kerana telah berjaya menganjurkan MAP kali ini. I’m proud. Even ajk ramai tahun 1 & 2 tetap jugak best. Thanks. InsyaALLAH, jumpa lagi tahun depan sbg alumni. Hihi. :D

 Credit photo to: K.eca, Yani, Syafiq ( mantan presiden Permaj), Tehah  

Wassalam

Nantikan entri : Aku, Dia & Anugerah





June 5, 2013

V.I.V.A tangguh..=.=!

Assalamualaikum & hi untuk kali ke 2 pada hari ini.

Sudah terang lagi bersuluh salam tu kali ke 2 dah untuk hari ini dalam tempoh satu jam. Oh men~ baca SINI untuk entri sebelum ini kerana entri tersebut berkaitan dengan entri ini.
Kali ni dah tak main-main dah. Kalau before ni exam tangguh (ENTRI INI), kali ini V.I.V.A tangguh.

Bukti! *sorry hp murah tak leh screen shot. L *

Bila dah dapat msg ni td, perasaan ni tak gembira sangat pun sbb nak lepas cepat-cepat kan bnda ni. tapi tu lah semuanya perancangan ALLAH. Ada hikmah & memastikan aku lebih persediaannya. Kena study dulu la ni utk exam kn? Huhu 

Masa nak hantar draft minggu lepas.

kunun study tesis
Tutup tesis! Buka movie sat. sat tu tak tahu bersamaan berapa jam. Sama la kawan aku sorang lagi ni. we olls mmg geng habeh! 



Thanz uols! :) 

Thank you for reading. Wassalam




Tak kira, nak buat jugak entri ni: VIVA

Assalamualaikum & morning semua!

Hari ni aku bangun pagi-pagi lagi sebab semalam tak buat pun persediaan untuk nak viva hari ni. oh yea, meh ceq kak nak terangkan sikit viva tu apa.

To pronouns ‘viva’ is vaiva NOT viva. ‘Viva’ ialah presentation bagi final year project a.k.a tesis bagi final year students. Selalunya kat universiti, kolej-kolej konfem ada la. bukan kereta viva tu. hehe

So, hari ni turn aku. Supposedly, my turn macam biasa la yang ke 4. Ntah bagaimana, angin menerjah ttbe plak aku kena yg ke 2 terakhir bg sesi pada hari ni. Jam 330 petang uols. Doakan aku.

Saat ini aku masih menelaah tesis sendiri. Huhu 


kini, aku diibaratkan seperti telur ini. menanti masa untuk dihentam! arghhhhh!! takutnya. ya ALLAH, permudahkanlah.

Wassalam


June 4, 2013

Tips untuk pelajar matrikulasi Part III

Assalamualaikum & hi readers! ;-)

Entri kali ini pula adalah sambungan dari entri INI dan INI. Klik untuk membaca. Thank you. J

§      Susun atur jadual
-         Jadual yang aku maksudkan ni bukan jadual yang macam biasa sangat yang kita tahu tu. Yang ni luar biasa. Ya latteww.. hahaha. Jadual ni sebenarnya bagi memastikan semua perancangan hari anda berjalan dengan lancar. Giteeww..
-         Ini ada dikepilkan sekali cth. Adik-adik boleh buat ikut citarasa adik-adik. J


§      Bersukan
-         Common again, ‘badan sihat otak cerdas!’yes, you got it. Memang agak sibuk bila di matrikulasi ni. that’s why masa kokurikulum tu gunakan sebaik mungkin. Kalau aku dulu ko-k jenis yang memang kena main kat padang. Lari satu kluster C .. kalau ingat memang syok habis.. hahaha. Take time untuk badan anda jugak k. ;-)

§      Hubungan dengan ALLAH, ibu bapa & kawan-kawan
-         Usaha-usaha jugak dik oi. Paling penting ini sebenarnya. Hubungan tu. Jangan tinggal solat. Solat tu wajib. Susah senang biarlah kita bersama ALLAH. Hanya ALLAH yang layak menolong kita. Bagi non-muslim, saya percaya tuhan kamu juga sentiasa bersama kamu.
-         Lepas dah usaha, buatlah jugak solat hajat. Minta ALLAH permudahkan segala urusan. Doa banyak-banyak dan tawakkal..


-         Jangan juga kita lupa pada kedua-dua ibu bapa kita. Ingat ye ‘redha ALLAH terletak pada redha kedua-dua ibu bapa kita’.. at least call parents sekali sehari. Kejap je. Mak ayah sentiasa mendoakan kita sebenarnya. Hehe :D
-         Hubungan dengan kawan-kawan juga kena jaga. Ada masalah terus bincang. Kalau setakat masalah kecil tu, lupakan je la. Tapi orang kata kecil-kecil tu la permulaan untuk jadi yang besar. Ye idak? Jangan nak merimaskan kepala sangat. Fikir apa yang lagi penting dan patut diutamakan. Jadilah SAHABAT bukan kawan. Bukan senang nak cari SAHABAT. Kawan memang ramai. Elakkan talam dua muka


<3 Bff <3
Alhamdulillah. Mampu jugak share dengan adik-adik semua. Saya bukanlah pelajar cemerlang namun sekadar ingin berkongsi tips yang sepatutnya diamalkan oleh pelajar matrikulasi untuk berjaya. insyaALLAH, dapat membantu. ALL THE BEST!

Jumpa lagi di lain entri.
Add on! ;-)







Thank you for reading. Wassalam.


Exam dibatalkan?

Assalamualaikum & hi readers! ;-)

Uahhh! Pejam celik, pejam celik.. dah nak final exam rupanya. Tapi macam mana nak final kalau tarikh exam tak ada? Tak ada exam la ni?



Itu gimik sahaja ye. Mula-mula tu memang ada masalah teknikal sikit jadual exam we olls. Gigih pergi jumpa puan zila a.k.a akak yang menguruskan latihan industri kitorang (LI @ praktikal)..then, pergi ke bahagian akademik UKM yang kini terletak di perpustakaan lingkungan ke 2. Jauh plak. Nasib baik ada my pinky. Hiks! Ni jadual yang salah.


Haa.. ni plak jadual baru.. 23 Jun dah start LI. At least ada la masa nak kemas-kemas barang kan. hehe. 

STAB 3043 ANALISIS STATISTIK BIOLOGI-12/06/2013
STAB 3122 EKOLOGI PENGURUSAN SUMBER-13/06-2013
STAB 3023 PEMULIHARAAN & PENGURUSAN SUMBER GENETIK-17/06/2013

Wish me luck! doakan aku. nak pakai jubah purple oktober ni..insyaALLAH. :)

Wassalam


June 3, 2013

Terima kasih blogger Rien Rose!

Assalamualaikum semua J

Terima kasih kepada blogger Rien Rose sebab dah bagi doodle muslimah pada aku…

Comel kan?

Doodle ni dapat dari SINI.

Thank you so much!

Dah lama dapat sebenarnya (27 Mei). Tak sempat nak buat entry. Sory. Hee~ ;) 

Jom singah2 blog beliau.. cantik!

Wassalam.