GENG KITO

Orang Nengok

July 20, 2014

MH17: Tiada kata-kata

Assalamualaikum semua.

Allahuakbar! Pada 18 Julai 2014 lepas, tak tergambar perasaan saat menerima berita satu pesawat mas ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Russia. Clueless. Masa tu bangun sahur tak sempat lagi nak g basuh muka, my housemate K.Mira bagitahu “Dayah, ada satu lagi pesawat mas terhempas. Katanya kena tembak”.



 
Allah! Terus bukak tv. Baca news line je mampu. Masa tengah sahur tu macam-macam fikir. Kenapa Malaysia? Apa lagi ni? Rancangan ke ni?  Konspirasi ke ni? Dorang tak bersalah.

Tengah bawak moto odw nak ke tempat keje, otak aku masa tu tak payah cakap la. Memang fikir pasal keselamatan Malaysia. Dari dulu lagi, masa kehilangan mh370 tu, aku teringin sangat nak g jumpa family mangsa. Sebab rasa macam mangsa-mangsa saudara aku. Ya, kita bersaudara hakikatnya. Saudara Islam.

Al-fatihah. Duhai keluarga, Allah memilih kalian kerana Allah tahu kalian mampu menghadapinya. Tabahkanlah hati kalian. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita semua. Hari raya tahun ini takkan dilupa hingga akhir hayat ini. Paling menyedihkan. 2014, adalah tahun tragic Malaysia.

Wassalam

#keeppray4mh370
#alfatihahmh17
#savegaza

July 15, 2014

Bloggers, readers! please read and thank you

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan hi semua.

1.06am, keep face the laptop’s screen just to post an entry. insyaAllah. Alhamdulillah, 17 Ramadhan. ½ already? Sekejap je kan. pejam celik pejam celik dan separuh Ramadhan. Syukur.

Ramadhan kali ini kita dikejutkan sekali lagi dengan serangan Zionist terhadap Gaza. Menitis air mata bila scroll facebook tengok gambar anak-anak kecil yang menjadi korban. Anak-anak kecil yang menangis kehilangan mak ayah, saudara mara, adik beradik. Anak-anak kecil yang berani lantang bersuara bertanya dimana ummi dan abiku terhadap Zionist itu. Anak-anak kecil yang penuh darah. Ya Allah, anak itu. Jika anak-anak kecil itu adalah adikku? Bagaimana?

Kalau di Malaysia, isu 2 orang polis marin menjadi mangsa penceroboh. Salah satu daripada mereka telah ke dunia sebenar menghadap Illahi, bagaimana pula seorang lagi yang diculik? Again, i'm trying to put myself in that situation. Cannot breath for a few seconds. Dengan isu MH hilang tu tak settle lagi.Allahuakbar! Out of box.  

To all my blog’s readers, can you help me? Saya tak perlukan masa anda utk saya, saya tak perlukan duit anda untuk saya, TAPI masa dan duit itu adalah untuk anda sendiri.

1st, masa.

Sedarlah masa yang diberikan oleh Allah adalah milik Dia juga. Apa salahnya pinjamkan beberapa minit sahaja, angkat kedua-dua belah tanganmu, memohon keampunan dariNYA dan memohon kesejahteraan, keamanan serta keselamatan bagi kita semua ummat islam. Kejap aje kawan. Mohon diberikan kemenangan ke atas tentera Palestin yang berjuang mempertahankan Islam. Mohon Allah hancurkan tentera Zionist sepertimana Allah hancurkan tentera bergajah dengan burung ababil. Mohon Allah selamatkan Malaysia kita, dijauhkan dari segala pencerobohan. Al-Fatihah untuk Koperal Ab Rajah Jamuan.

2nd, duit.

Lebih kurang 2 minggu sahaja lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Saya yakin most of us mesti dah shopping raya kan?kenapa tidak berikanlah sedikit rezeki anda itu kepada mereka di Gaza sana. Mereka memerlukan duit bagi kos perubatan. Mana nak cekau duit bila rumah dorang kena bom? Tempat keje kena bom? Makanan mereka tiada. Pakaian mereka hangus. Pakaian mereka sekarang ni darah sahaja. DARAH. Sumbangkanlah seikhlas hati anda kepada mereka. Lillahitaala. Syukran.
:)


Recall to the 4th pharagraph, mengapa saya mengatakan masa dan duit itu adalah untuk anda? Kerana apa yang ada lakukan di muka bumi ini, Allah ganjarkannya di akhirat kelak. Namun, jangan difikir urusan Allah itu, ikhlaskan seikhlas ikhlasnya. Sekali lagi, lillahitaala. Berbuatlah kerana Allah.

Salam nuzul Quran dari saya, Hidayah Abdullah. Disini, saya ada attach cover photo for facebook ; prayforgaza, prayformh370, prayforsabah, mayAllahsaveus. FREE! Free to download it, and free for make it as your cover photo. Thank you everyone.


Wassalam


July 4, 2014

Berbicara mengenai Ramadhan

Assalamualaikum & hi readers!


Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Illahi kerana dengan izinnya kita sekarang sudah berada dalam bulan Ramadhan, hari ke 7. Eh, dah seminggu la.. Mesti dah tak de ‘ter ter’ lagi kan. hehe. 2 hari lepas,  tengok Selamat Pagi Malaysia, hostnya berkongsi cerita, masa bancuh air, kakak iparnya ‘ter’cuba air yang dibancuh tu. Mungkin ia normal untuk sehari dua tapi bukan untuk tempoh waktu sekarang.

Semua orang tahu bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh kelebihan. Aku rasa non-muslim pun ada yang tahu cuma mungkin tidak dapat merasainya


Ya, ramadhan ialah kawan anda. Mungkin tahun ini kita berkesempatan untuk bersamanya dan adakah kita yakin tahun depan kita bersua kembali? Siapa tahu 'waktu' itu bila masanya. 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu: kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu DIA memberitahu kepada kamu apa yang telah kamu lakukan (serta membalasnya)."
-Al-Jumu'ah:8

Kenapa tidak ketika diberi peluang ini kita menggunakannya sebaik mungkin? At least, kita mencuba untuk sama-sama mendekatkan diri kita pada Allah azza wa jalla. Dan ikhlas. InsyaAllah, ketenangan kerana kerahmatan dan kasih sayangNya akan dirasai. 


Selamat beribadah. 

Wassalam. 
#keeppray4mh370