GENG KITO

Orang Nengok

November 14, 2013

G-day!

Assalamualaikum & hi!
Kalau sesiapa yang ada baca entri before ni yang aku nak tukar status. Kalau tak baca lagi klik SINI. So now, nak tukar la ni. hahaha.. Alhamdulillah, 3 tahun selesai sudah bergelar pelajar UKM jurusan sains biologi modul tumbuhan.

Pada 29 Oktober 2013 (Selasa), sah dan sahih bergelar graduan dan alumni ukm di Majlis Konvokesyen ke 41. Before naik pentas tu, nebes yang amat. Macam nak akad nikah gitteww.. yo la tu.. macam dah biasa akad nikah je.. haha.. bukan nebes je, tapi terharu. Masa majlis mula n kena nyanyi lagu Negaraku dan Varsiti Kita (lagu UKM), mata aku dah bertakung dengan air mata dah. Tak leh blah. Sedih la wei bila kena rasa tu mungkin kali terakhir nyanyi lagu universiti kan. Huhu.

Pre-convo photos dulu ye...hehehe.. 
Memperkenalkan terlebih dahulu ahli-ahli gambar. :)

Tak kan tak kenal.. of course iols kena ada.. :p
Fatin syahirah a.k.a atin
SyafiQ johari a.k.a capik
Raddatul ain a.k.a Ain
Azwir a.k.a Awe
















Credits to : Awe as a photographer
Location: Padang UKM

Sepatutnya, ada sorang lagi yang WAJIB terlibat dengan photoshoot ni. tapi she has something to do. Huhu.. sedih..

Ni ha budaknya.

Wan Nur Ain a.k.a Mc Ain
Wassalam


October 24, 2013

Our last trip PART III


                                     


Assalamualaikum & petang!
Finally, tiba jua di PART yang terakhir. Kena buat a few parts sbb banyak gambar.. Hewhew
Lokasi 3: Taman Herba, Perlis
&
Lokasi 4: Zoo Taiping Perak
Bagi lokasi-lokasi ini, kamera iols habis kuasa bateri. Kuasa bagai ye.. huhu. Tapi ada jugak ni haa gambar kenangan bersama kat zoo taiping. 


Gambar tunggu bas nak balik dah.. dengan iols punye gelifren..:) 






Wassalam~



October 23, 2013

Our last trip PART II

Assalamualaikum & hai!


Kat sini lah tempat yang kami nak tuju sebenarnya. Kena naik bot okay nak pergi sini. Bukit merah ni menempatkan orang utan yang semakin hari semakin nak pupus spesiesnya. Jadi, langkah kerajaan mewujudkan tempat perlindungan orang utan bagi melindungi orang utan yang masih lagi wujud.


 99% DNA orang utan adalah hampir sama dengan manusia. Wow! Tapi, jangan ingat manusia ni berasal dari monyet macam Teori Darwin tu kan. Hohoho.. Kita kan ada Al-Quran dimana ada menceritakan asal-usul manusia sebenarnya. Usah ragu dengan kebenaran Al-Quran kerana kesahihannya tidak dapat disangkal. J

















Ini adalah ICU. Konsepnya macam ICU kita jugak, iaitu Unit Rawatan Rapi yang mana menempatkan bayi Orang Utan yang dilahirkan tidak cukup bulan. Cara penjagaannya pun lebih kurang sama dengan manusia. Unik kan.

Orang utan pun ada surat beranak jugak tuu.. Teruja! Sebab baru tahu.. =.=!


Okay guys! Guess who is this (Gambar dibawah)? 


BJ!!

Now, korang perasan tak pipi BJ ni terlondeh panjang sangat. Pipi tu menunjukkan betapa hebatnya BJ ni. Pipi orang utan akan makin terlondeh bila dia memenangi satu pertandingan bagi menujukkan kehebatan masing-masing. Cam pertandingan gusti gitu.. tak pun WWF.. :P Yang menang akan bertambah kelondehan pipi tersebut , manakala yang kalah terus mati di tempat kejadian ataupun mengalami kemurungan dan akhirnya juga mati. Terlondehnya pipi tu disebabkan satu hormon. Hormon apa tu aku tak pasti,. Samada pegawai kat situ terlupa nak cakap atau aku yang terpegun sangat ngan BJ sampai hilang info tu. Info ni dapat dari pegawai kat situ jugak. Huhuhu.. BJ ni adalah orang utan yang paling lama menginap dekat sini. Kiranya cam ketua la. Umur BJ 28 tahun sudah. Lagi lama hidup dari aku. Hahaha





To be continue again.. hehe.. 

Wassalam 



October 22, 2013

Our last trip PART I

Assalamualaikum..

Ketika sibuknya menggodek-godek gambar kenangan kat UKM, tetiba (macam surprise sangat je) jumpa balik gambar2 masa last trip kami dulu.. seronok sangat tengok and of course rindu weii.. Malas nak cakap banyak, jom tengok trip kami Kedah, Perlis & Perak. J 

Lokasi 1: Taman Ular, Perlis.

Nama je taman ular.. Tapi macam2 boleh tengok. Rusa, monyet, arnab. Cuma yang mendominasi ialah ular la kan.. ;-) 







Aksi classmates yang gagah perkasa. Berani gittteww ...

Sebenarnya aku tak rasa si Acap ni berani.. cam cover je.. :P



Bella dengan beraninya..


Syafiq juga mungkin menyembunyikan perasaan gentar.. Tak yah control keh.. :P
Geli gak upload gambar ni. Mak aku lagi la. Dia jerit time aku tunjuk gambar ni. Hahahaha


Anak arnab.. baru sahaja dilahirkan.



Lokasi 2: Bukit Merah, Perak
Seronok kemain semua orang bila sampai sini. Dapat jumpa BJ, kawan lama la katakan.. hahaha








Banyak gambar dan info yang nak dikongsikan. Nak tahu siapa BJ??? To be continue~ 

Wassalam