GENG KITO

Orang Nengok

April 29, 2012

May I go out...


Sejak kebelakangan ni aku memang stress.. (*xhabis2 lagi ke crita sal stress)..nk habiskan la ni..hehe.. so, aku rasa macam nak kluar g jalan2 jap dgn kawan2..mula tu aku nak kluar hari jumaat lepas habis kelas..tapi dah nk buat mcm mana…mcm2 la plak bnda yang nk kena settle hari jumaat tu..nk kna g jumpa lecturer la..nk kna jemur kain la..nk kna kemas bilik..kawan aku ramai xfree la…dan sewaktu dengannya…kebetulan plak pada mulanya mesyuarat JAKSA bersama felo akan diadakan pada pukul 9 malam tu..tup2, pas maghrib tangguh plak kol 1030 malam..alahai….

Dah terfikir nak kluar je smalam…sampai aku terlupa yang aku ada kelas Bahasa Arab pagi tu..mmg nyanyok sunggoh aku!tu la fikir nak kluar je…huhu…*harap ustaz maafkan aku…semalam aku kluar ngn kak ma @ noormawati jauhari…kitorang g tgk battleship dan shopping..haha…mmg keje pompuan shopping tu…Best la cite dia…hehe



*org dah the avengers..aku baru battleship..=.=

Tiada yang lebih indah semalam selain dari aku beli baju baby utk mak aku..hahaha..masa masuk part baby tu kn..kbnyaknnya perempuan mngandung bersama suami..ramai gak yang baru kawen aku tgk…so sweeett bila tgok si suami mnyentuh lmbut perut isterinya..oh..sukanya..terasa gatal di situ utk kawen.. *ingat dayah!!ko tu apa je tahu bab rumahtangga ni...blajar masak dulu ye..

baju baby..;-)
Tak banyak pon aku shopping...beli la bbrapa barang keperluan...beli makanan diet..shhh.jalan2 utk hilangkan stress je pon..dah lama rasa xtengok wayang..huhu..

salam
p/s:baju dinner xbeli lagi..huhu





7 kelebihan gemuk macam aku.peace!


Aku sedar aku memang xcantik macam orang lain.aku memang bukan seorang perempuan yang menjadi kegilaan ramai lelaki. Aku gemuk. Aku macam orang tua..dah la bergaya xpandai..macam budak kampong..semua tu mmg aku tahu..mmg aku sedar yang aku sangat laaa xpandai bergaya..aku macam mak2 budak yang mmg seolah2 dah ada ramai anak.. (*nmpak sangat muka aku macam pemyayang kn....lembut je,:p)..aku tahu..ak pon berusaha juga untuk jaga pemakanan aku…xpayah la nk kutuk2 aku k…aku bersyukur sbb :

1. Orang macam aku ni la llk xpndang sangat…xg*ai*a* pon…so, xde la aku dapat dosa tang cni.

2.    Orang macam aku ni la malu nk berpakaian ketat dan seksi..kalau pkai ketat kn nmpak plak selulit kat semua bahagian. Malu yoeppp!

3.      Orang macam aku ni la yg akn sentiasa support baju bersaiz XL dan ke atas..xde la bankrupt syarikat baju yang keluarkan baju saiz tersebut..

4.      Orang macam aku ni la llk xramai yg minat…nnt dapat suami pon yang terima aku seikhlasnya la..bukan pada bntuk tubuhku.

5.      Orang macam aku ni la mmbuatkan orang ramai berjaya..nak tahu sbb apa?dorang ni berusaha mencari jalan penyelesaian bagaimana cara nk kuruskan kami…nk jaga kesihatan kami…xke dorang dapat pahala.??knnn…

6.      Orang macam aku ni la buat korang gembira ngn hidup korang..msti tertanya kn sbb apa…sbb nnt xde sape korang nk kutuk…kutuk ssama sendri jekkk..hahahahahaha. *yeayyy..dapat pahala free..pahala org kutuk..alhamdulillah..

7.      Orang macam aku ni la yang korang kata COMELLLL…ataupon “ala…tomei2”..huahuahua…sunggoh menggelikan…


Peace!!wassalam…



*renung-renungkan…aku ttap bersyukur aku gemuk, tembam, montel, gedempol, gendut, montok..asalkan aku BEBAS dari penyakit..hahaha..=)))
*jangan jeles...i ttap sayang u...suka sayang yg suka kutuk2 i..


April 28, 2012

..MR. SG men again..



Sekadar iklan..(*komersial sangatt)
Rasa dah lama xbuat entry pasal my MR. SG men..agakla…huhu…mungkin sbb xde apa sangat yang berjaya mencuit hati ku..perghh..ayat aku…haha…ok.jujur aku katakan bila aku jumpa dia (*bukan date) balik tu mesti tersenyum sorang2..seyes macam gedik sangat…hahaha…susah jugak nk pendamkan perasaan ni,..mmg syaitan ni betul2 patuh janjinya pada ALLAH…asyik nak goda hati dan fikiran aku supaya aku ingat dia…sabar je la…bdw, aku tahu sebenarnya dia busy…rasa juga kegatalan ni nk tolong tapi xpe la…banyak lagi keje aku yang lagi penting..haha..jeles bila tgk dia mesra dgn org lain..tu yg sakit..tapi muka HARUS cover k supaya x terkantoi..

#Mata sangat berat nk bukak sbb hari ni nangis..sob3…stress je nangis..tu je mampu..

Nite..;-)


April 26, 2012

Insomnia- Am I??


Sebenarnya sedar dan xsedar aku dah tahu dah pon aku mngalami imsomnia..Cuma aku xpasti imsomnia aku tu tahap bagaimana.. Tadi pergi “date” ngn lecturer aku jap ditemani Fatin Syahirah (pencinta rama2)...Aku pon story mory la kat dia yg aku ni insomnia..Dia pon bg la tips ckit..Punyela smngat nk thu lagi..Aku pon mnx tolong “pak cik google” cari maklumat ckit2 ttg imsomnia ni…Dengan sukacitanya dimaklumkan, entry ini pon wujud…lets find..;-)




Insomnia adalah satu penyakit atau gejala yang menyebabkan kesukaran untuk tidur atau mengalami tidur yang berkualiti rendah..jangan kita fikir barang-barang je ad kualaiti tapi tidur tu pon harus ada kualiti yang baik (A++) ..tidur yang berkualiti tidak semestinya tidur dalam jangka masa yang panjang..tempoh tidur yang disyorkan oleh pakar kesihatan antara 6-8 jam satu hari..emm..agak2nya lebih atau kurang??=)

Beberapa fakta yang menarik bila aku baca bab insomnia ni ialah apa yang menyebabkan seseorang tu imsomnia…

  1. Waktu tidur yang tak teratur
  2. Tidur di siang hari
  3. Persekitaran tidur yang tak sesuai..cth:bising dan banyak cahaya
  4. Tidak melakukan senaman (*mmg tak..feel bad to me)
  5. Bila terjaga dari tidur tu, spend time plak kat atas katil..
  6. Menggunakan alat2 elektronik di atas katil .. cth: telefon bimbit, laptop (*bahaya)
  7.  Guna ubat-ubatan yang mengandungi alcohol atau dadah pon blh menyebabkan imsomnia…ye la..sbb waktu tdo dah x teratur..

Antara ketujuh2 yang aku senaraikan ni…no 7 tu je ak yang ak xamal..so, 85.7% telah menunjukkan mmg SAH aku insomnia…Macam mana pulak nak mengatasinya??

  1.  Banyakkan exercise…(*kalau g kelas naik moto je..mmg patut la..erkk)
  2.   Tidak makan hampir dengan waktu tidur
  3.  Rehatkan minda sebelum tidur..jangan tonton tv..Jangan terlalu berfikir masa nk tidur tu..
  4.  Memperbetulkan “biological clock” (*thu la bdak biologi!)..haha..”biological clock” ni ialah system aturan badan kita..badan kita pon sebenarnya diatur..dan system ini mengikut waktu yang telah kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita…nak betulkan mcm mana ni??selalunya kalau kita tidur kol 3 pagi tapi cuba didik diri untuk tidur 12 tghmalam…mmg sukar buat pertama kali..sbb tu la elakkan ambil kaffein atau makan before tdo tu..amalkan utk beberapa hari, insyaALLAH ia akan berjaya.=)
  5.  Tidur dalam lingkungan yang nyaman...maksudnya jangan tidur di tempat yang bising, kotor.dengan kata lain..tdo d tempat yg selesa..=)
  6.  Jadikan katil hanya tempat untuk tidur…sbb kalau dah biasa guna untuk buat bnda lain, rasa nk tdo tu x akan datang.
  7.  Tidur dan bangun dalam tempoh yang teratur.
  8. Ambil wudhu’ sebelum tidur.. dan maafkan semua orang..;-)


biological clock of human



Oleh sebab I’m one of insomnia's patient ni..aku harap aku blh amalkan tips utk merawat insomnia ni..hehe..amin..Sleep well tonite..


Selamat beramal..wassalam~










April 25, 2012

Menangis bila stress


Cara terbaik bagi aku menangis untuk hilangkan stress aku.. Aku tahu aku xkan kuat untuk tempuh semua seorang diri..aku tak tahu nak cakap apa skarang ni..kepercayaan aku dah semakin kurang terhadap org lain…aku hanya mengadu pada Yang Satu sahaja…bukan aku tak nak cerita tapi pengalaman lepas sangat mngajar aku erti serik. Serik sangat..kalau aku asyik fikir nak jaga hati orang tanpa aku fikir perasaan aku..tanpa aku fikir hati aku..tanpa aku fikir diri aku…last sekali aku sakit sangat..sakit sbb orang tuduh apa yang kita tak buat…sakit bila kita dituduh macam2..sakit bila kesan itu pada kita…aku tahu ni semua ujian ALLAH untuk aku...aku hanya manusia biasa…yang mmpu menahan di dalam hati..ada batas untuk aku bersabar,,,sbb tu kadang2 aku buat keputusan untuk mendiamkan diri bukan menjauhkan..aku malu dengan Sang Pencipta, mak ayah aku, kawan2 aku dan diri aku sendiri..Yes, I'm stupid but dont treat me like I'm really stupid.

Menangis je aku mmpu…






April 24, 2012

Road to success --->




Alhamdulillah…dah 3 paper mid-test yang dah lepas…tapi aku mula rasa hidup aku makin gelap..aku tahu ini semua salah aku..rasa hidup dah xde makna lagi selepas aku dapat keputusan mid-test aku yang pertama...bukan aku x belajar langsung tapi aku masih lagi belajar..ya, belajar last minit..itu lah sebabnya…hanya aku yang mengenali diriku yang sebenar..samada aku seorang yang lembap atau bodoh kurang pandai..tapi setakat tahu tanpa bertindak untuk berubah mmg xde makna la…mmg xkn kemana pon…

Hari ni mid-test fisiologi tumbuhan..aku bukan xsuka subjek tu..aku mmg suka tambah2 lagi lecturer yang baik..mmg salah aku..aku bukan nk study awal2..malah aku langsung xstudy sbb aku sangat kecewa..bila aku fikir aku study atau tidak tetap sama..ini lah yang aku rasa..hidup aku makin gelap…gelap gelita...

Adakah disebabkan aku terlalu sibuk?mmg busy x dnafikan tapi sbnrnya aku yang xpandai nak uruskan masa sendiri..aku yang xtahu macamana nk arrange masa aku dgn betul..ak tak tahu nk bezakan mana yang lebih utama dan mana yang lebih penting…yang aku tahu ak SANGAT suka buat keje main2 dan last minutes..i’m really stupid!tahu salah, tapi xgheti nk baiki kesalahan tu..aku tahu aku jenis orang yang ssh nk tangkap dalam kelas..ssh nak faham.tapi ad aku berusaha untuk berubah???arghhh!!ak stress tgk diri aku…

Kalau setakat buat entry tapi xberubah pon xguna dayah..wake up!!!ALLAH ada di sisi dan DIA xpernah melupakan hamba2nya melainkan hambanya yang lalai..DIA uji ko sbb DIA nak dengar suara ko…tolong la faham..!!berubah la!!ingat ma ngn abah..ko anak harapan mereka..sanggup ke ko hancurkan harapan tu…tolonglah jangan banyak main dan kurangkan tdo…ko mmg banyak main dan tdo...cuti ko tdo..ad masa sikit main3...kesian..

p/s:utk sedarkan diri yg xpernah nk sedar.




Wassalam.



April 23, 2012

Masuk tv kejap ! :p


“Ma gosok tv tgk ko masuk tv”kata adikku semasa menelefon kepadaku…

Hahaha..lawak sungguh mak aku ni...semalam Alhamdulillah aku berkesempatan bersama beberapa pelajar lain dari ukm (9 dari ktho) pergi menonton rancangan Bicara Kampus di studio 1, angkasapuri, rtm, Kuala Lumpur...

“Ko dok depan taw dayah…baru masuk tv”

Pesanan kawan aku selepas dia berpengalaman menjadi penonton juga secara live utk rancangan Bicara Rakyat 2 hari sebelum aku pergi…tibanya aku kat sana, dengan sopan santun lagi ayu sila buat jadi menantu ak melangkah ke depan..dan dah jadi kesukaan ku, ak sengaja xdok rapat..ak selangkan satu kerusi dengan org sebelah…

TIBA-TIBA

“Ok.tempat ni reserve utk pengacara kita,”kata salah seorang crew rtm.

Terbeliak biji mata dan terkedu seketika..pengacara akan dok sebelah aku..dalam hati nervous..oh!!gatalnya!!utk shot dalam Berita Nasional je pon..masa shot tu xsampai 2 minit if im not mistaken..ak senyuuuummm je… ^_______________________^

*pipi dah la tembam macam epal..punye la ak control utk senyum semanis mungkin.haha

And here..i would like to share a few photos taken.cekidout!!







Pengacara Bicara Kampus: Saudara Syamsul

Disebabkan aku xkenal siapa pengacaranya..semangat sunggoh aku ask pak cik google..rupanya2 dia ialah mantan YDP UPM batch 2008/2009..masa tu aku kat matrix..haha…




Akhir kata, jemput la lagi ye rtm..k bai..;-)
*even first2 berat hati nk pergi..tapi seronok gak..dapat la knal mcm mna..xpernah pergi la katakan.






Keluar kolej-adakah keputusan tepat?


Dari hati yang hanya ALLAH sahaja yang tahu..memang berat untuk aku putuskan hal ni..Aku betul2 sayang kolej aku…sbb kat cni la aku banyak belajar benda baru..ak sayang  bilik aku..dari aku tahun1 sampai sekarang (*1/2 sem 4) aku masih tinggal dalam bilik yang sama..kolej aku dekat dengan semua pusat exam.kalau hujan pn blh jalan kaki je..kalau xde bas pon blh jalan kaki..xpayah nk fikir pasal bas…aku sayang kolej aku sbb dia ada tempat lepak yang best..kat teko..even aku jarang lepak kat ctu..tempat tu sejuk best sbnrnya..aku sayang org2 kolej aku..Pengetua, timbalan pengetua, felo2, jaksa2 semua aku sayang..pengetua aku seorang yg sangat baik..timbalan pengetua aku Dr. Kartini..subhanaALLAH!lembut sahaja orgnya..kalau bercakap dgn dia…seolah2 bercakap dengan ibu..she is really caring people…felo dan jaksa..org yg pernah mengalami sahaja yg thu..kalau ak ad masalah ak cerita je…especially kalau ad masalah dengan studens kolej..sbb mereka je faham..

Adakah semua ini akan  bertahan sehingga ke akhirnya??

Adakah di antara kita satu kefahaman??

Adakah antara kita boleh menyimpan rahsia di antara satu sama lain??

Adakah kita hanya menunding jari kepada sesiapa sahaja yg kita suka??




Kenapa sampai sekarang aku xblh bagi keputusan muktamad??itu lah jawapannya..

Dan hari ni 70% telah berada di pihak keluar kolej. TERKILAN. Itu jawapan yang paling pasti...segala-galanya telah berubah..ye..mmg dimana2 sahaja ada sahaja orang yg xkn puas hati ngn kita…tapi kali mmg aku xblh tahan..sbb bg aku ianya terlau besar..terlalu melampau..its over!!!

tQ so much 4 everythings..



April 22, 2012

Sudah cukup sudah


Title of d entry sama plak ngn tajuk lagu yg sedang mningkat fofular skang ni kn…hahaha..bukan nk tulis lirik..dah banyak dah pon blogger yang tulis lirik lagu “Sudah Cukup Sudah” ni…tny pak cik google je..konpem tepat jawapannya..=)

Sudah cukup2 sudah…cukup sampai di sini saja..daripada batin terseksa…lebih baik ku diam saja…

Malam ni je lepas satu satu masalah aku datang..kadang2 terdetik jugak kat dalam hati ni..agaknya hidup aku ni dipenuhi masalah…Astaghfirullahalazim…didik jiwaku utk katakan itu bukan masalah tapi ujian dari yg Maha Esa..ALLAH swt..masalah itu ialah corak yg mncantikkan perjalanan hidup aku..menjadikan aku lebih matang (*tapi still xcapai tahap matang yg equilibrium),lebih tahu bagaimana nk settlekan masalah dengan kadar segera..dan paling penting bagaimana nk mngahadapi situasi bila hati sendiri dan hati org perlu dijaga dengan rapid rapi dan lembut pada waktu yang sama…




Sudah cukup2 sudah…cukup sampai di sini saja..daripada batin terseksa…lebih baik ku diam saja…

“Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah.”

Malam ni betul2 mlm yang sangat berat bagi aku…menerima panggilan seseorang dan menerima tohmahan dari org yang berlainan..hnya berjarak saat waktunya..pantas!plus minus sejam kemudian…sekali lagi aku dipersalahkan dalam hal yg berbeza. Ya ALLAH..mungkin ini balasan aku sbb terlalu ambil berat pasal org..mungkin ini juga amaran utk aku lebih baik ku diam saja..im sory..

Sudah cukup2 sudah…cukup sampai di sini saja..daripada batin terseksa…lebih baik ku diam saja…

Seolah2 tidak mmpu ku hidup lagi..
*bertahan utk 5 minggu terakhir

Wassalam..






April 21, 2012

Nota cinta untuk kamu


Mungkin ini hanya mainan perasaan seorang pra-dewasa mcm ak ni..suka org..rasa macam jatuh cinta..tapi hakikatnya itu hanya mainan perasaan.,,wallahualam…aku sendiri tidak pasti…yg aku pasti..hnya lah mmpu berdoa kepada Allah yg Esa supaya dijauhkan dari segala jenis zina..nauzubillah~

Mencintai orang dalam diam memerlukan kekuatan..insyaALLAH jika cinta itu milik aku dan dia..hnya dengan lafaz itu mampu menyatukan kami..aku hanya mmpu berdoa..amin~




p/s: rahsia sayang dan cinta saya akan saya pertahankan sehingga ALLAH akan mengizinkannya..



April 16, 2012

Pre- mess nite PALAPES UKM + USIM


Jadi jemputan bidang terjun kejap..pagi tu c SUO Mohamad Noor Afinddie bin Rositi kol ak ajak p mess nite..mungkin xde org kot…pergi je la...haha

Nah..untuk tantapan mata…


Palapes usim bersama felo ktho

Zarina yg peramah

Si gemuk sunggoh!!!


PALAPES ukm dan usim bersama pegawai2 tertinggi

Nad Nid Nod-palapes ukm

Tuan karim (felo merangkap palapes)

Sekitar foyer sebelum masuk

Kak Nur dan Kak Qila

Dari kiri: Jejaka tampan ktho  (*dia sendri yg letak) , k.qila (felo), fendi (YDP)
1st time g..mula2 tu takut..sbb ak ni bab2 protokol tentera mana la thu even ayah aku tentera..mana la pernah aku join even segala bagai ni..tapi sangat enjoy sbb satu pengalaman yg menarik..tambah plak ak dok sblh penerima Anugerah Palapes Paling Peramah : Nor Zarina..hahaha…thanz 4 invitation even bidan terjun..


Wassalam..

April 14, 2012

~Doa Dalam D!aM~


Entry ini adalah kesinambungan entry ~Dalam Diam~click here!!


Seandainya telah kau catatkan dia milikku...
Tercipta buatku, dekatkan dia padaku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu abadi…
Seiringan kami dalam melayari…
Hidup kesepian yang sejahtera… 
Tetapi Tuhanku…
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku…
Luputkan dia dari ingatanku… 
Ya Tuhan…Maha Mengerti 
Gantikanlah yang telah hilang, 
Meskipun tak akan sama dengan dirinya…
Ya Tuhanku…
Berikanlah kekuatan agar aku rasa bahagia walaupun tanpa dirinya… 
Jika benar cinta itu cinta sejati…maka bebaskan itu.
Jika benar cinta itu suci…ia akan datang dengan sendirinya…
Tetapi jika cinta itu pergi dan tidak berkunjung lagi, 
Maka anggaplah cinta itu memang tidak wujud dari awal lagi… 
Jika benar dia dijadikan untukku…
Maka rapatkanlah hubunganku dengannya…
Tetapi…
Jika dia bukan dijadikan untukku, maka jauhkan aku daripadanya dan 
Hapuskanlah perasaanku terhadapnya. 
~ AMIN~




Dalam 1 jam.. #ttbe

Ttbe rasa nk buat satu entry mlm ni…ni msti sbb dah lama xbuat sntry baru..hehe

Emm…sedar xsedar dah nk habis dah pon mid sem breaks aku…kejap je,..pejam celik pejam celik sekali dah jumaat..jumaat last week aku balik…jumaat pagi ni ak dah menapak kat k1b301 ni…rindu sgt ke kat bilik kesayangan ni???rindu la jugak….kemain lagi…

Sebenarnya balik awal ni canonnya KONONNYA nk study sbb selasa dan rabu ni  aku ad mid test..huh!cuti kat rumah mmg xstudy pon…banyak dugaan…yg pasti tdo mmg TERover…haha…itu mmg wajib bagi aku….hari ni dah sabtu…2 subjek plak tu ad mid test…adoii..mmpu ke nk study ni…insyaALLAH…

½ jam before entry ini ditulis..ad 3 perkara berlaku..

1)      Aku terbaca post “someone” to “someone”…

Ttbe plak terbaca post ni yg naik kat home fb..ekceli post ni biasa je…tapi tu lah..ak plak yg terasa..sape yg makan lada dia yg terasa pedasnya kn..sbb seolah2 ak terlibat dalam post tersebut..dah lama ak xterasa ngn post org..ttbe mlm ni terasa plak…ap yg aku tacing2 sgt ni??be strong girl!aku tahu “org yg berkenaan tu” kawan ngn aku pon hipokrit je.nmpak jelas.namun ak cuba jugak husnuzon.ttap lagi kawan ngn “org yg berkenaan tu” mcm xde pape brlaku..tapi mgkin ALLAH nk tunjuk ap yg berlaku…ak kna trima bnda ni…demi ALLAH xpernah terniat dihatiku utk memecahbelahkan hubungan sape2..tapi bnda ni semua atas diri sendri…aku dah cuba bgth yg rapatkanlah balik hubungan tu..mungkin ad rancangan ALLAH yg lain utk kamu semua.yg lebih baik.moga2.amin~

Ps:kalau aku jahat sgt.janganlah kawan.xyah nk tpu dri sndri sgt.=)

2)    Seorang junior msg aku

Lepas yg pertama ttbe ak dapat msg (*via fb) dari seorang junior ni..kisahnya dia komen kat fb je..then, aku reply la lbih kurang cani:

“insyaALLAH ***!all d best! *jgn main perasaan prmpuan”

Lbih kurang gtu la..aku pon dah lupa sbb terus delete lps dia msg..well, mmg aku xknal dia..dan xramai org knal dia..bukan nak kata dia mainkan perasaan pompuan..tapi..cane ek nk cakap..ad la bbrapa org th sal ni..emm…ntahlah..kadang2 mata ni mnipu kn…wallahualam…tapi statement tu gurau je…huhuhu..but then, ak sakit ati gak la…sbb bnda ni kecik je bg aku…dan bukan dari mulut ak pon dia cam tu…abaikan je la..proses mmatangkan dri camni la..malas nk ambik thu hal cani..

3)     Ustaz @ IM

Dok tgh sakit ati ngn perkara 1 & 2 tu, ak ad la sikit share2 masalah ak sepanjang thn 2 di UKM ngn seorang kawan aku ni..hahahahaha…mmg klakar habis la dia ni…pes of ol, ak cuma nk tny cane xnk bg hati sensitive sgt dan cara nk rawat hati..sekali dia tny ap masalah ak..so, bermulalah story mory..ak buat ringkasan je la..

“TAHNIAH!karangan terbaik sem ni”

Tu lahh dia reply..mmg dah gelak barai aku..bukan tu je..mcm2 la…alhamdulillah..terubat sakit ati ngn perkara 1 & 2 tu sebanyak 90% hasil dari nasihatnya.syukran ustaz…^_____^

Pesanan ustaz tu:”Berkawanlah dengan seorang kawan yang boleh mmbawa kita kepada ALLAH swt”..hehe



"Ketahuilah, bahwa di dalam tubuh ini terdapat segumpal darah. Apabila segumpal darah itu baik, maka baik pula seluruh anggota tubuhnya. Dan apabila segumpal darah itu buruk, maka buruk pula seluruh anggota tubuhnya. Segumpal darah yang aku maksudkan adalah hati." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Tak nak merepek pnjang2 lagi..wassalam..
*sesi luah dan ubat.
*layan playful kiss…best~~



April 13, 2012

Just 4 u-my love




Ibu,
Ingin sekali aku bertanya,
Ingin sekali aku katakan,
Ingin sekali aku luahkan,
Ingin sekali aku lafazkan..

Ibu,
Aku tahu jawapanmu,
Aku tahu setiap tuturmu,
Aku tahu sifatmu,
Aku tahu perkataanmu..

Ibu,
Kenapa perlu engkau lakukan ini semua?
Tidakkah engkau tahu erti penat?
Bagaimana engkau mampu melakukannya?
Apakah ini yang dinamakan pengorbanan?

Ibu,
Aku hanya melihat..
Melihat dirimu yang sentiasa sibuk,
Melihat dirimu yang sentiasa rajin,
Melihat dirimu yang tidak pernah diam..

Ibu,
Rapi rumahmu,
Segak suamimu,
Cantik pakaian anak-anakmu,
Bahagia keluargamu..

Ibu,
Terima kasih, terima kasih dan terima kasih.
Maafkan aku kerana aku xmmpu mmbalas jasamu.
Sayang ibu..

Just for u mama~~~

From:
-hidayah, hanis, hazirah, husna, hilman-

*Puisi ini ditujukan khas buat mama kami..0404 ialah hari jadi beliau..alhamdulillah..dah berusia 44 tahun..katanya muda lagi..hehe…congratulation mama!!!may ALLAH bless u always~~jaga baby baik2 ye,…dah 6 bulan tuuee..3 bulan je lagi..argghh!!xsabar nye…ak plak over dctu…(*blh ke entry ni dikategorikan sbg puisi??)

Entri ni lambat sbb otak lembap nk pk puisi ni…;-)dan nk upload kat rumah..tapi line mmg slow mngalahkan siput.kesian siput.xbersalah pon.