GENG KITO

Orang Nengok

November 22, 2016

Cerita balik kampung! ;)

Assalamualaikum dan hi readers.

Hampir 3 minggu dah xwrite up di blog ni. Minggu pertama busy fieldwork di Hutan Bandar Cyberjaya, minggu ke 2 kena key-in data bagai, pastu balik kampung.. hehehehehe. Minggu lepas plak busy sebab kena submit sasaran kerja tahunan. Wahhh, fully worked. Gittewww..

Post kali ni kisah pasal balik kampung last week. Tapi saya balik 5 hari je. Apply cuti 2 hari, Isnin & Selasa sahaja sebab komitmen kerja. Sobs! Tapi cuti kali ni memang best. Sebab enjoy gila bab makan. Hahahaha.

Jumaat malam fly. So, sabtu dah ada kat rumah. Hari sabtu tu mak masak ikan tenggiri masak kari alagapas, kerabut perut + pucuk paku dan udang goreng sambal. Perghhhh, terangkat beb. Hahahaha.

The next day, kami masak bubur as-syura Kelantan. Siapa yang suka, suka la. Kalau saya memang saya suka syura Kelantan sbb macam kuih bukan bubur. Lagipun ada daging. Sebab tu sedap. Hihihi. Belanja satu gambar kacau syura. Dah lama okay ngidam nak makan. Dah 8 tahun rasanya. Finally, dapat. Alhamdulillah.


Ada 3 lagi makanan yang diidamkan xsempat nak makan masa balik hari tu. Nasi kerabu, ketupat sotong dan ikan merah bakar. Next plan plak okay.
That’s all for today. Saje nak share gambar syura tu sebenarnya. Hiks!


Thanks for reading.


Wassalam 

November 9, 2016

Cara cari hidden file (fail tersembunyi) dalam pendrive dengan mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Disebabkan kerap berlakunya pendrive/thumbrive tiba-tiba jadi kosong ataupun fail anda telah disembunyikan (hidden file), elok kiranya jika saya share cara detect hidden file dengan mudah (bergambar). InsyaALLAH. *ni semua sebab bos pun dah mula cari saya bila pendrive dorang ada masalah*

1.     Cucuk pendrive anda. Cam biasalah kan.

2.     Klik pada my computer. So, akan keluar nama pendrive anda. Cuba open pendrive tu. Size content dalam pendrive banyak, tapi bila open, kosong kan. Maksudnya, file anda telah disembunyikan (hidden file). 



3.     Next, tengok  abjad pendrive/thumbrive anda. Rujuk gambar untuk lebih jelas.


4.     Sekarang, klik start button.

5.     Taip cmd pada ruangan search.

6.     Klik cmd. Sekali lagi, sila rujuk gambar untuk lebih jelas.


7.  Sekarang ni dah keluar kotak hitam tu kan.

8.   Next, taip abjad pendrive tu diikuti dengan nokhtah dua bertindih. Kalau pendrive saya, abjad pendrive ialah H. So, saya taip H: di dalam kotak hitam tu. Rujuk gambar.


9.     Klik enter. Lepas klik enter, keluar pulak seperti gambar dibawah.


3.     Okay. Sekarang taip attrib –s –h /s /d *.* . Perhatikan betul2 tempat mana yang perlu anda tekan space. Sila rujuk gambar. Taip perkataan yang berwarna OREN sahaja. Dan tekan enter. 





10. Langkah seterusnya, balik ke My computer dan open pendrive anda. 


11. Sekarang ni ada folder yang tiada nama kan? So, folder tu ialah folder yang mengandungi semua folder/file anda yang anda dalam pendrive anda.  So, klik la folder yang tiada nama tu, anda boleh tengok semua folder/file yang telah disembunyikan kini telah ada kembali. 




Itu sahaja. 
Semoga berjaya dan semoga entri ini dapat membantu anda. 

Wassalam. 





October 28, 2016

Bicara Jumaat: Jangan suka mencari kesalahan orang lain

Assalamualaikum dan salam Jumaat.

Bicara Jumaat kembali lagi dengan tajuk: Jangan suka mencari kesalahan orang lain.

Saya kira tajuk ni sangat direct to the point. Zaman berteknologi tinggi ni sepatutnya masyarakat yang hidup di zaman ini dah boleh tinggalkan perangai ni. Biar seiring dengan teknologi tapi malang masih ramai yang bersikap jahil seperti ini.

Adakah kita sudah cukup sempurna bila suka mencari kesalahan orang lain? Sedangkan yang maksum hanya Nabi ALLAH dan yang sempurna hanya ALLAH swt. Hakikat sebenar orang yang mempunyai sikap ini ialah kesalahan mereka sendiri pun belum tentu diperbaiki. Berhentilah mencari kesalahan orang lain dan mempertikaikan kekurangan mereka. Lihat ke dalam diri kita, berapa banyak aib kita yang ALLAH sembunyikan. Dengan itu, kita Nampak mulia dan baik dimata umum sedangkan hakikatnya hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.



Ingatlah!

Manusia yang suka mencari-cari kesalahan orang lain (Tajassus) adalah manusia yang menghidap PENYAKIT HATI.

Thanks for reading.


Wassalam  

October 27, 2016

Sedih sangat :(

Assalamualaikum dan selamat petang.

10 minit je lagi nak balik keje tapi sempat curi masa nak post satu entri kat blog. I just want to share my feel right now when this morning one of my officer told me about contract staff status which is to be ended.


Sedih. Sure. Sedih sangat. Yes, nak kata berharap sepenuhnya tu tidak. Tapi memandangkan peluang pekerjaan sekarang memang susah nak dapat sedih sangat. Fikirkan pasal keluarga, komitmen, kawen semua. Buat masa skang ni soal kawen memang saya dah tolak tepi sungguh2. Biarlah. Takde masa nak fikir yang tu.

2 hari lepas salah sorang officer unit lain ada call and was asked about kenapa lama sangat saya kontrak kat frim. Xde cari keje lain ke? Kecik hati taw tak dengar soalan tu. Mana mungkin saya tak cari kerja lain. Macam-macam saya dah apply. Ye la, saya mengaku tak sebanyak lepas habis degree dulu apply. Ada masa ke nak mengadap jawatan kosong lama-lama. Dengan komitmen kerja lagi.

Esok saya sambung nak balik dulu. Sedih.

Assalamualaikum dan salam Jumaat readers.

Ada 2 salam dalam satu entri sebab semalam saya ada kata nak sambung post ni. Saya balik awal semalam tu pun sebab dah janji ngan kawan nak g pasar malam. Kalau tak, sanggup je sambung entri ni dek kerana kesedihan melampau. Malam tadi pun asyik terfikir sampai tidur pon lambat. Kalau cerita ngan orang, tak semua orang akan faham perasaan kita dan tak semua orang nak dengar cerita kita. That’s why saya pilih blog ni untuk saya share.

Cerita pasal ada salah sorang officer yang call ofis saya kata tak apply keje bagai tu kan. Bukan tak nak apply, macam saya cakapla komitmen keje 8 hingga 5pm. Berapa hari sangat je dalam setahun boleh balik sharp. Itu satu hal. Pastu, satu hal lagi jawatan kosong sekarang banyak. Tapi bila bukak tak de. Iklan penipu. Okaylah. Saya memang dah serik untuk apply keje gaya gini. Lepas ni, insyaALLAH usaha perlu lebih keras. Hendak seribu daya. Seribu kalikan daya itu. InsyaALLAH.

Ada beberpa perkara sebenarnya pihak kerajaan perlu berbincang terutama sekali bab penjawatan di sektor awam. Memang betul kita dah tak boleh berharap dengan kerajaan. Betul la tu. Cuma sekarang ni saya nak tanya. Kita nak system kerajaan lebih cepat, membantu dan memudahkan kerja kita kan? So, kalau kerajaan sendiri masih di takuk lama tak ke mana jugak. Kita jugak yang akan marah. Berapa ramai penjawat awam yang dah berumur 50 tahun ke atas adalah celik IT? Mungkin golongan ini hanyalah dalam kalangan sokongan tapi jangan terkejut andai ada juga diperingkat professional. Realiti okay. Org2 macam ni akan guna generasi baru ni untuk kerja-kerja mereka. So, nampak sangat generasi baru memang sangat diperlukan. Tolonglaaa. Generasi muda pon boleh buat kerja. Ada idea yang lebih bernas. Cuma tak diberi peluang untuk dorang curahkan idea dan tenaga dorang. Entahlah. Nak tulis lebih-lebih kang teremo plak.

Cukuplah dulu untuk pagi ni. Post Bicara Jumaat akan menyusul.

Thanks for reading.

Wassalam


October 26, 2016

Salam Takziah: Hospital Sultanah Aminah (HSA)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Semalam pada 25 Oktober 2016, Malaysia digemparkan dengan berita Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu terbakar. Sehingga kini punca kejadian masih dalam siasatan. Tak sangka sebenarnya bila kejadian ni meragut nyawa. Semuanya luar kawalan kita.




Saya dan keluarga ingin mengucapkan salam takziah kepada semua mangsa kejadian. Sesungguhnya daripada ALLAH kita datang dan kepadanya jualah kita kembali. RIP kepada semua mangsa bukan beragama Islam.

Terima kasih kepada kakitangan HSA sendiri dan orang awam yang bertungkus lumus demi menyelamatkan pesakit. Saya rasa mana2 staf yang terlibat tu memang patut diberi penghargaan. Bila dilihat gambar2, nurse, doctor, medical assistant semuanya betul2 berusaha nak selamatkan patient. Siap angkat, tolak katil patient lagi. Pastu, dalam keadaan macam tu ada lagi yang bagi rawatan pada patient. Sungguh besar pengorbanan kalian. Hanya ALLAH yang mampu membalasnya.  




Terima kasih juga kepada pihak bomba yang pantas menjalankan tugas bagi memadamkan kebakaran.


Salam takziah dan terima kasih sekali lagi. 

Wassalam


October 25, 2016

Cara transfer duit dari CIMB ke akaun lain menggunakan CIMB clicks

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Bila saya tengok carian di blog saya lebih kepada cara nak guna CIMB clicks, eksaited plak kan. Terima kasih kepada semua yang menggunakan blog ini sebagai rujukan. Ada juga yang request cara transfer duit dari CIMB (CIMB clicks) ke bank lain (Maybank, Bank Islam, RHB Bank, Public bank dan sbgnya).

Jadi, di bawah adalah cara transfer duit dari CIMB ke bank lain menggunakan CIMB Clicks (bergambar).




2)   Masukkan User ID, tekan NEXT


3)   Skrin akan memaparkan Secure word anda. Jika Secure word bukan milik anda sila JANGAN teruskan. Kemudian, masukkan password, tekan Login


4)   Klik ‘Transfer’ dan klik ‘To other banks’.


5)   From: Select an account. Pilih account anda.

6)   Klik method mana yang anda nak guna. Normal transfer (makan masa duit nak masuk akaun) akan dicas RM 0.11 manakala kalau instant transfer (duit akan masuk segera, xpayah tunggu) akan dicas RM 0.53.


7)   Utk ruangan ‘To’ pula masukkan no. account penerima. Pada siapa yang anda ingin masukkan wang tersebut.

Kes 1: Kalau no tu dah di ‘favourite’ kn, pilih sahaja no. account.


Kes 2: Kalau no tidak di ‘favourite’ kn lagi, klik pada ‘Open Recipient (Select Bank)’. Pilih bank mana. Masukkan no. account pda ruangan ‘Account No.’ dan nama pemegang account pada ruangan ‘Recipent’s name’. SILA PASTIKAN NO. ACCOUNT DAN NAMA TEPAT.


8)   Payment type: Pilih Fund Transfer

9)   Masukkan jumlah yang nak masukkan pada ruangan ‘Amount’.

10) Bagi ruangan ‘Recipient Reference’ pula masukkan apa2 sahaja. Contoh: Uols bayar hutang member, so tulislah bayaran hutang. Contoh: beli tudung di butik Qalaqisya, so tulislah bayar tudung Qalaqisya. Contoh: bagi duit pada parents, so tulislah gift for my parents (*eh banyak plak contoh)

11)  Ruangan ‘When’ plak, klik ‘Now’ la. Kalau anda nak transfer ni pada tarikh lain, klik ‘Later’ dan pilih.

12) Seterusnya ruangan ‘Alert recipient by’ tu tulislah email ataupun no. telefon penerima. Tujuannya adalah untuk bagitahu kita dah transfer duit pada akaun dia. Kira supaya bank bg notification ada duit masuk ke dalam akaun dia. Gituu..

13) Klik ‘Submit’


14) Skrin akan memaparkan ‘Confirmation’.
*Semak betul2 betul tak nama, no. account, amount, nama bank. WAJIB.


15) Klik request. Request ni adalah request TAC no. yang akan dihantar ke no. telefon kita. No. telefon ni adalah no. telefon yang kita telah daftar utk CIMB cliks.


16) Tengok hp, cek mesej dari CIMB dan masukkan no TAC yang telah dihantar ke ruangan ‘TAC’.

17) Klik ‘Confirm’



18) Maka, keluarlah Acknowledgement



19) Kalau nak print resit, boleh klik print. Kalau tak, semuanya dah setel.



Okay. Finish. Klik SINI untuk cara transfer duit dari CIMB ke CIMB menggunakan CIMB clicks. 

Thank you peeps for reading.

Wassalam. 







October 21, 2016

Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016

Kembali lagi dengan Segmen Bloglist Azhafizah.com untuk bulan November dan December. Segmen Bloglist yang terakhir untuk tahun 2016. Macam biasa syaratnya mudah je. Hanya perlu copy paste je coding yang Fiza dah sediakan. Mudah je kan? Mana yang tak sempat join haritu, boleh join untuk bulan November dan December ni ye. Macam biasa pemilihan 10 blog akan dibuat melalui random.org.


KLIK BANNER UNTUK SERTAI SEGMEN




Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016
2. Copy coding dalam kotak bawah ni dan paste di ruangan HTML entry



3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016 


Tarikh Tamat : 28 Oktober 2016
  Terima kasih atas sokongan semua ^__^


Read more: http://www.azhafizah.com/2016/10/segmen-bloglist-azhafizahcom-nov-dec.html#ixzz4NgagXYLw

Bicara Jumaat: Adab Tinggal di Rumah Sewa

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua.

Aishhh. Lama dah rupanya tak buat entri kat blog ni. Agaknya berhabuk dah kot. Tak pun bersawang kan. Hmmm.

Alhamdulillah, hari ni diberi kesempatan nak buat slot Bicara Jumaat: Adab tinggal di rumah sewa. Sebenarnya, senang je. Pokoknya, kena saling memahami, bertolak ansur dan bekerjasama. As simple as ABC. Hah, gitteww. Ala, macam pasangan suami isteri la. Kena ada jugak sikap2 yang dinyatakan tuuu. Kann…

I’m not talking about someone but im talking about adab. Tak kira lah siapa anda, kat mana atau apa2 lah mohon jangan terasa. Semua orang boleh applied benda ni ye.


1.    Jaga kebersihan

Haruslah yang ini yang utama. Benda paling penting ialah bila sesuatu yang kita guna tu guna bersama. Contoh, tandas, dapur, bilik (kalau share), peti ais. Semua yang kita kongsi/share tu kita WAJIB lah jaga kebersihan. Takkan lah nak ajar nak oi lepas guna tandas flush, tuang la sikit Harpic kan kasi wangi. Kalau yang ada kolah kat dalam bilik air tu jangan hang dok buat kolah tu tong sampah plak. P letak botol2 mandian atau syampu kosong dalam tu. Buruk sangat aih perangai. Pastu, reti2 la jugak bersihkan tandas. Jangan harapkan orang lain jeeee…

Dapur plak lepas masak tu, pepaham la lap percikan minyak sekitar dapur gas tu. Berminyakkk semacam je. Sampai kering la minyak tu. Pengotor taw dak. Lap, letak sabun sikit. Ceit, siap ajaq tu. Hahahaha. Ada satu lagi yang common sangat, bab pinggan mangkuk. Mak aihhh, kalau tak penuh tepi sinki tempat hang teghap pinggan mangkuk tu tak susun dah kat atas rak kan. Jangan gitu nak oi. Cuba rajin sikit susun lelawo kat atas rak pinggan.  *dah macam mak2 dah aku rasa aku bebel*

Kekadang tu.. Kekadang ke. Macam selalu je. Rasalah betul2 tapak kaki hang tu berpasir ke dak. Apa salahnya ambik penyapu sapu2 sat ja. Klau orang tak sapu, mau penuh pasir satu penyodok. Biar sensitive sikit tapak kaki tu. Jangan nampak sangat tapak kaki kita kasar. Cover sikit. Kita kan anak dara. Hihi

Apa lagi? Banyak plak kan bab kebersihan. Hahaha. Sama la jugak segala jenis tingkap yang ada. Apa salahnya setiap skali sebulan je uols gotong royong bersihkan rumah sama2. Cuci tingkap tu. Ni mak tengok kalau tulis surat cinta pun boleh. Tebal semacam habuknya. Mop lantai, cuci kipas. Sekejap je kalau buat ramai2.

Okay. Dah banyak bab kebersihan. Boleh fikir sendiri.

2.   Hormati privasi

Privasi apa plak ni oi. Gini ha. Kita kena faham orang balik keje, kadang-kadang stress ka, banyak keja ka, kena marah ngan bos ka, officemate tegur dah debab ka (*eh ini aku), hang plak pasang radio memekak dalam bilik. Ni kes bilik share la. Kena la hormat sikit, kawan tu nak balik rehat. Bila dia tengah tidur, jangan la hang p bukak radio. Hormat dia jugak. Contoh lain, bila rumet hang tengah on phone ngan kawan dia/family/bf dia, hang tak payah la nak pasang telinga. Melainkan la kalau dia gayut sampai ganggu waktu hang tidur. Kes ni hang boleh masuk bilik. Kawan hang pon kena paham la ‘sila gayut di luar bilik’. Gitteww kan. Dah nama lagi bilik share. Nak gayut awal2 kat ruang tamu still ada orang. Contoh lain, katakanlah, rumet hang ada diari. Hang jangan dok gila p baca diari dia plak. Tak kisahla dia tulis apa pon. Jangan bukak diari orang. Tak baik taw dak. Hormat privasi masing2 la. Kang bagi contoh buat tuisyen kat rumah sewa tanpa perbincangan dan persetujuan takut ada terasa. Abaikan la. Post ni bukan untuk sape2.

3.    Bertolak ansur

Bertolak ansur ni pon penting. Nak kena bagi contoh la kan baru paham. Hahaha. Contoh, hangpa share beli barang dapur. Bulan ni kawan hangpa beli. Apa kata bulan depan hangpa plak beli. Gilir2. Contoh 2, parking space kat rumah hang muat 2 keta ja. Yang pakai keta rumah hangpa 6 orang. Buat lerr system giliran. Gitu.

4. Katakan TIDAK pada batu api

Ni bahaya oi. Mak nak share hadis yang ni.

Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Hadis Riwayat Ad Dailami 

Tak payah la nak memecahbelahkan orang. Orang batu api ni tak senang tengok orang senang. Ada je yang nak dihasutnya atau nak diumpatnya. Orang macam ni jangan layan okay. 



Aihhh.. Malas dah nak taip panjang2. Takut bosan orang baca. Okay peeps. Thanks for reading.

Wassalam