GENG KITO

Orang Nengok

February 25, 2015

Cara reload/topup menggunakan CIMB clicks

Assalamualaikum dan petang semua.

Lately, dapat tahu rupanya ramai newbie yang menggunakan CIMB clicks ni. Alhamdulillah. Hanya ‘Cliks’ sahaja boleh menjimatkan masa dan mempermudahkan urusan anda. Ye x? Wah! Kemain, macam keje dengan CIMB dah. Hahaha. Click click jugak. Haruslah ada amaun kat dalam tu. :p

Disebabkan dah ramai yang guna CIMB clicks ni, uols kena tahu salah satu fungsinya adalah dapat memudahkan urusan anda untuk reload/topup kredit anda. Heee. Dah tak payah nak kluar memalam semata2 nak cari topup ataupun mintak bantuan kawan anda. Kalau kawan okay, bolehlah kan. Kalau yang mulut boleh tahan tu, sebelum masuk tu kena sesampah la dulu sedas dua.

Proceed cara topup/reload kredit menggunakan CIMB clicks.

1)    Login seperti biasa. Masukkan username dan password anda serta pastikan Secure Word anda adalah betul dan tepat.

2)   Pilih menu “Topup” seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah.


3)   Skrin anda akan memaparkan seperti dalam gambar rajah di bawah. Masukkan maklumat yang diminta. Product type tu, pastinya “Mobile Reload”.


4)   Seterusnya, untuk ruangan “Buy”, pilihla korang nak yang mana. Celcom, Maxis, Digi smua ada. Amaun reload/topup tu ada dinyatakan tu.


5)   Bagi ruangan “Reload To”, masukkan nombor telefon yang anda ingin reload/topup. Klik ruangan “others” dan masukkan nombor tersebut.


6)   Ruangan “Amount” paling bawah tu akan auto keluar sebab korang dah pilih pada ruangan “Buy” tadi.

7)   Seterusnya klik “Submit”.

8)   Lastly, klik “Confirm”.


9)   Setel!

*Kalau ada yang minta TAC number tu, click request. TAC number akan dihantar ke telefon anda melalui sms. Bila dah dapat TAC number, masukkan number tersebut dan follow step 7-9.

Thanks for reading and make this entry as ur reference.

Wassalam

#AlfatihahTGNA
#Pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501





Tips kekal sihat di musim panas


Assalamualaikum & hi readers!

Biasanya kalau ofis aku ni on aircond dengan suhu 16oC, automatically aku akan sarung sweater. Sejuk. Al maklumla aku kan keje dalam hutan. Tak de la rasa panas sangat macam kat tempat lain. 

Tetapi. 

Ya. Tetapi, musim sekarang ni dah tak la. Even keje dalam hutan pun dapat rasa jugak bahang kepanasan tu. Nampak sangat memang panas sangat-sangat. Katanya cecah 33 oC-35 oC jugak (sumber: Berita Harian). 

Bila dah musim panas ni, macam-macam penyakit akan datang. Paling common kita dengar demam panas. Kena tahu ye, demam pun ada bahayanya jugak. Kalau dah enzyme dalam badan denatured, kita pun ‘ek’ jugak taw. Apa kata kita amalkan tips ini. Pm kita pun ada sarankan. 




Wassalam

#AlfatihahTGNA
#Pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501

February 24, 2015

Cara "Add to Favourite" dalam CIMB clicks II

Assalamualaikum dan petang semua.

Dah seminggu lebih rupanya tak mencoret kat blog kesayangan ni. Bukan mencarut ye tapi mencoret. Kah! Bila aku baca entri cara “Add to Favourite” dalam CIMB clicks (SINI) baru tersedar yang aku ada janji pada sesiapa yang nak “Add to Favourite” selain dari cara yang dinyatakan dalam entri tersebut. Sorry korang.

Senang je. Okay. Anda semua boleh ikut steps berikut.

1)    Log in seperti biasa. Masukkan username dan pasword serta sila pastikan Secure Word anda betul dan tepat.

2)   Pilih menu “My Accounts”.


3)   Klik “My Favourite” seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas.


4)   Klik “Add New Accounts”.


5)   Masukkan maklumat yang diminta.

6)   Langkah berikutnya seperti yang dinyatakan pada langkah 5-8 dalam entri INI.

Terima kasih readers.

Wassalam

#AlfatihahTGNA
#Pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501


February 13, 2015

Bicara Jumaat: Gelaran untuk si mati

Assalamualaikum dan selamat petang readers.

Alhamdulillah. Hari ni 3 entri terhasil. Banyak sebenarnya perkongsian yang ingin dikongsikan. Diri ini amat terasa kerdil sekali pabila melihat lautan manusia yang menziarahi Allahyarham Tok Guru Nik Aziz. Ketepikan isu politik. Apa yang saya lihat Allahyarham sangat tegas dalam agama. Itulah yang dituntut.

Saya memilih slot Bicara Jumaat pada minggu ini mengenai panggilan pada si mati. Kalau sebelum ni, saya yang cetek ilmu ini main sebut je.. sekejap arwah, sekejap Allahyarham.. Alhamdulillah, hari ini saya tergerak untuk membaca artikel dari web iluvislam.com.

Ini intipatinya.

01.Allahyarham vs Allahyarhamah

Merupakan sebaik-baik gelaran yang kita gunakan. Allahyarham bermaksud ‘Allah merahmatinya‘, atau secara teknikalnya, ‘mudah-mudahan Allah merahmati rohnya’.

Adapun gelaran ‘Allahyarhamah‘, maka ia merupakan gelaran yang penulis dapati amat lucu sekali. Ini kerana perkataan Allahyarham itu adalah kata kerja, maka mana mungkin kata kerja kita berikan sifat lelaki dan wanita?
Dengan mengatakan Allahyarhamah, samalah seperti kita mengatakan ‘muhammad menulis‘, dan ‘Aisyah menulisah‘. Atau ‘Ali pergi ke kedai‘, dan ‘Fatimah pergiah ke kedai‘.

02.Al-marhum

Merupakan gelaran yang tidak berapa sesuai kita gunakan ke atas si mati. Ini kerana, al-marhum bermaksud ‘dia telah mendapat rahmat Allah’, atau secara teknikalnya ‘secara pasti Allah telah merahmatinya‘, sedangkan hak mutlak untuk merahmati atau menyeksa seseorang insan bukanlah hak kita. Itu adalah hak Allah semata-mata, jika Dia hendak merahmatinya, Dia akan merahmatinya, dan jika Dia berkehendak untuk menyeksanya, Dia akan menyeksanya sebagaimana yang Dia Mahu. Kerana itu penulis katakan, gelaran Allahyarham adalah yang terbaik, kerana ini merupakan doa kita, ‘mudah-mudahan Allah akan merahmatinya’.

Perlu diingatkan juga, gelaran ini merupakan gelaran yang tidak berapa disukai oleh golongan ahli hadis. Adapun gelaran yang menunjukkan seseorang itu secara pasti mendapat rahmat, hanyalah gelaran yang kita guna pakai ke atas:
1) Para rasul
2) Sahabat Rasulullah S.A.W.
03.Arwah

Seperti kita selalu gunakan, ‘arwah aki‘, ‘arwah atuk‘ dan sebagainya. Penulis ingin nyatakan di sini, bahawa perkataan arwah itu merupakan kata jama’, atau plural bagi ‘roh‘. Maka bila kita katakan ‘arwah aki’, bermaksud ‘roh-roh aki‘. Jelas itu tidaklah bertepatan dengan maksud yang ingin kita gunakan.

04.Asy-Syahid

Gelaran yang kerap kita gunakan ke atas para ulama’ yang kita anggap mati syahid di jalan Allah. Seperti penulis nyatakan di atas, gelaran yang berupa bentuk ‘secara pasti’ ini, di dalam ertikata ini, ‘secara pasti dia telah mati syahid‘, merupakan gelaran yang tidak berapa disukai oleh para ahli hadis.

Ini kerana, memang betul kita mengharapkan beliau mati syahid namun untuk mengatakan secara pasti dia mati syahid, itu bukanlah hak kita. Malah, itu adalah hak Allah semata-mata.
Walaupun pada mata kasar kita dia mati syahid, namun isi hatinya yang sebenar di saat kematiannya dan juga niatnya ketika mati merupakan pengetahuan Allah semata-mata, tiada seorang pun dalam kalangan makhluk-Nya yang mengetahui secara mutlak akan isi hati makhluk yang lain.
Menurut penulis, gelaran yang terbaik ialah Allahyarham, sama jugalah dalam kes tadi.

05. Rahimahullahu taa’la

Seperti selalu kita gunakan ‘Imam Abu Hanifah rahimahullah‘, ‘Imam Malik rahimahullah‘, dan seterusnya. Gelaran ini merupakan setaraf dengan Allahyarham, cuma didatangkan di dalam bentuk perkataan yang lain sedikit. Ertinya juga sama, iaitu ‘Allah merahmatinya‘, atau teknikalnya ‘mudah-mudahan Allah merahmatinya‘.


06.Alaihis salaam

Merupakan gelaran khas bagi para Nabi dan Rasul, dan gelaran ini bermaksud ‘kesejahteraan ke atasnya‘. Ini merupakan pegangan ahli sunnah wal jamaah, apabila menyebut mana-mana Nabi dan Rasul, kita sertakan dengan ungkapan alaihissalam.

Adapun puak Syiah Imamiah akan menyebut perkataan ini setiap kali menyebut nama imam-imam mereka, seperti Ja’far As-Saadiq alaihissalaam dan sebagainya. Ini kerana, mereka menganggap imam-imam mereka bersifat maksum, yang mana pegangan ini bercanggah dengan al-Quran dan sunnah yang sahih.

07.Radiyallahu ‘anhu

Gelaran yang khas kita gunakan kepada para sahabat baginda Rasulullah S.A.W. Gelaran ini bermaksud ‘Allah telah redha kepada mereka (untuk mereka masuk Syurga)’, atau dengan kata lain, syurga itu merupakan janji Allah kepada mereka, di atas keimanan dan pertolongan mereka ke atas Nabi akhir zaman, Muhammad S.A.W.

08.Al-Hafiz

Ini bukanlah gelaran yang digunakan bagi si mati, cuma penulis memasukkan di sini untuk menilai serba-sedikit konteks penggunaannya.
Dalam masyarakat kita, al-hafiz digunakan bagi mereka yang menghafal al-Quran secara keseluruhannya. Penggunaan ini tidaklah salah kerana dapat memberi kefahaman kepada orang ramai.
Tetapi hakikatnya, al-hafiz merupakan gelaran bagi mereka yang menghafal 300,000 hadis berserta sanadnya, seperti Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Katsir, Ibnu Hajar dan lain-lain. Ini merupakan penggunaan gelaran al-hafiz yang tepat seperti terkandung di dalam buku-buku akademik.
Sesungguhnya gelaran-gelaran yang kita gunakan ini, mempunyai maksud-maksud yang tersendiri, yang mana jika kita lihat secara teliti, terdapat unsur aqidah di dalamnya.
Seperti juga di dalam penggunaan ‘almarhum‘, berkait rapat dengan hak Allah, dan juga batas hak kita sebagai makhluk dalam menentukan siapakah yang mendapat rahmat, dan siapa pula yang mendapat azab seksa Allah.

Mudah-mudahan selepas ini, kita akan menggunakan gelaran yang berpatutan kepada si mati. Kerana gelaran yang patut itu, bukan sahaja sesuai dengan aqidah Muslim kita, malahan ianya juga merupakan doa yang baik bagi si mati, terutamanya mereka yang kita kasihi.
Artikel ini saya kongsikan dari SINI.
So, lepas ni biasakanlah diri kita dalam menggunakan gelaran yang betul pada si mati. InsyaALLAH. Semoga bermanfaat untuk semua. 


Wassalam

#AlfatihahTGNA
#Prayforpantaitimur
#pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501