Assalamualaikum dan selamat petang readers.
Alhamdulillah. Hari ni 3 entri terhasil. Banyak
sebenarnya perkongsian yang ingin dikongsikan. Diri ini amat terasa kerdil
sekali pabila melihat lautan manusia yang menziarahi Allahyarham Tok Guru Nik
Aziz. Ketepikan isu politik. Apa yang saya lihat Allahyarham sangat tegas dalam
agama. Itulah yang dituntut.
Saya memilih slot Bicara Jumaat pada minggu ini
mengenai panggilan pada si mati. Kalau sebelum ni, saya yang cetek ilmu ini
main sebut je.. sekejap arwah, sekejap Allahyarham.. Alhamdulillah, hari ini
saya tergerak untuk membaca artikel dari web iluvislam.com.
Ini intipatinya.
01.Allahyarham vs Allahyarhamah
Merupakan sebaik-baik gelaran yang kita gunakan. Allahyarham bermaksud ‘Allah merahmatinya‘,
atau secara teknikalnya, ‘mudah-mudahan Allah merahmati rohnya’.
Adapun gelaran ‘Allahyarhamah‘, maka ia
merupakan gelaran yang penulis dapati amat lucu sekali. Ini kerana perkataan Allahyarham itu adalah kata kerja, maka
mana mungkin kata kerja kita berikan sifat lelaki dan wanita?
Dengan mengatakan Allahyarhamah, samalah seperti
kita mengatakan ‘muhammad menulis‘, dan ‘Aisyah menulisah‘.
Atau ‘Ali
pergi ke kedai‘, dan ‘Fatimah pergiah ke kedai‘.
02.Al-marhum
Merupakan gelaran yang tidak berapa sesuai kita
gunakan ke atas si mati. Ini kerana, al-marhum bermaksud
‘dia
telah mendapat rahmat Allah’, atau secara teknikalnya ‘secara pasti Allah telah
merahmatinya‘, sedangkan hak mutlak untuk merahmati atau menyeksa
seseorang insan bukanlah hak kita. Itu adalah hak Allah semata-mata, jika Dia
hendak merahmatinya, Dia akan merahmatinya, dan jika Dia berkehendak untuk
menyeksanya, Dia akan menyeksanya sebagaimana yang Dia Mahu. Kerana itu penulis
katakan, gelaran Allahyarham adalah
yang terbaik, kerana ini merupakan doa kita, ‘mudah-mudahan Allah akan
merahmatinya’.
Perlu
diingatkan juga, gelaran ini merupakan gelaran yang tidak berapa disukai oleh
golongan ahli hadis. Adapun gelaran yang menunjukkan seseorang itu secara pasti
mendapat rahmat, hanyalah gelaran yang kita guna pakai ke atas:
1)
Para rasul
2)
Sahabat Rasulullah S.A.W.
03.Arwah
Seperti kita selalu gunakan, ‘arwah aki‘, ‘arwah atuk‘ dan
sebagainya. Penulis ingin nyatakan di sini, bahawa perkataan arwah itu merupakan kata jama’, atau plural bagi ‘roh‘. Maka bila kita katakan ‘arwah aki’, bermaksud ‘roh-roh aki‘. Jelas
itu tidaklah bertepatan dengan maksud yang ingin kita gunakan.
04.Asy-Syahid
Gelaran yang kerap kita gunakan ke atas para
ulama’ yang kita anggap mati syahid di jalan Allah. Seperti penulis nyatakan di
atas, gelaran yang berupa bentuk ‘secara pasti’ ini, di dalam ertikata ini, ‘secara pasti dia telah mati
syahid‘, merupakan gelaran yang tidak berapa disukai oleh para ahli
hadis.
Ini
kerana, memang betul kita mengharapkan beliau mati syahid namun untuk
mengatakan secara pasti dia mati syahid, itu bukanlah hak kita. Malah, itu
adalah hak Allah semata-mata.
Walaupun
pada mata kasar kita dia mati syahid, namun isi hatinya yang sebenar di saat
kematiannya dan juga niatnya ketika mati merupakan pengetahuan Allah
semata-mata, tiada seorang pun dalam kalangan makhluk-Nya yang mengetahui
secara mutlak akan isi hati makhluk yang lain.
Menurut penulis, gelaran yang terbaik ialah Allahyarham, sama
jugalah dalam kes tadi.
05. Rahimahullahu
taa’la
Seperti selalu kita gunakan ‘Imam Abu Hanifah rahimahullah‘, ‘Imam Malik rahimahullah‘,
dan seterusnya. Gelaran ini merupakan setaraf dengan Allahyarham, cuma
didatangkan di dalam bentuk perkataan yang lain sedikit. Ertinya juga sama,
iaitu ‘Allah
merahmatinya‘, atau teknikalnya ‘mudah-mudahan Allah merahmatinya‘.
06.Alaihis salaam
Merupakan gelaran khas bagi para Nabi dan Rasul,
dan gelaran ini bermaksud ‘kesejahteraan ke atasnya‘. Ini merupakan pegangan ahli
sunnah wal jamaah, apabila menyebut mana-mana Nabi dan Rasul, kita sertakan
dengan ungkapan alaihissalam.
Adapun puak Syiah Imamiah akan menyebut perkataan
ini setiap kali menyebut nama imam-imam mereka, seperti Ja’far As-Saadiq
alaihissalaam dan sebagainya. Ini kerana, mereka menganggap imam-imam mereka
bersifat maksum, yang mana
pegangan ini bercanggah dengan al-Quran dan sunnah yang sahih.
07.Radiyallahu ‘anhu
Gelaran yang khas kita gunakan kepada para sahabat
baginda Rasulullah S.A.W. Gelaran ini bermaksud ‘Allah telah redha kepada mereka
(untuk mereka masuk Syurga)’, atau dengan kata lain, syurga itu
merupakan janji Allah kepada mereka, di atas keimanan dan pertolongan mereka ke
atas Nabi akhir zaman, Muhammad S.A.W.
08.Al-Hafiz
Ini
bukanlah gelaran yang digunakan bagi si mati, cuma penulis memasukkan di sini
untuk menilai serba-sedikit konteks penggunaannya.
Dalam
masyarakat kita, al-hafiz digunakan bagi mereka yang menghafal al-Quran secara
keseluruhannya. Penggunaan ini tidaklah salah kerana dapat memberi kefahaman
kepada orang ramai.
Tetapi
hakikatnya, al-hafiz merupakan gelaran bagi mereka yang menghafal 300,000 hadis
berserta sanadnya, seperti Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Katsir, Ibnu Hajar dan
lain-lain. Ini merupakan penggunaan gelaran al-hafiz yang tepat seperti
terkandung di dalam buku-buku akademik.
Sesungguhnya
gelaran-gelaran yang kita gunakan ini, mempunyai maksud-maksud yang tersendiri,
yang mana jika kita lihat secara teliti, terdapat unsur aqidah di dalamnya.
Seperti juga di dalam penggunaan ‘almarhum‘, berkait rapat dengan hak Allah, dan juga batas
hak kita sebagai makhluk dalam menentukan siapakah yang mendapat rahmat, dan
siapa pula yang mendapat azab seksa Allah.
Mudah-mudahan
selepas ini, kita akan menggunakan gelaran yang berpatutan kepada si mati.
Kerana gelaran yang patut itu, bukan sahaja sesuai dengan aqidah Muslim kita,
malahan ianya juga merupakan doa yang baik bagi si mati, terutamanya mereka
yang kita kasihi.
Artikel ini saya kongsikan dari SINI.
So, lepas ni biasakanlah diri kita dalam
menggunakan gelaran yang betul pada si mati. InsyaALLAH. Semoga bermanfaat
untuk semua.
Wassalam
#AlfatihahTGNA
#Prayforpantaitimur
#pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501
No comments:
Post a Comment
Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!