GENG KITO

Orang Nengok

March 30, 2013

Tanggungjawab!



Assalamualaikum & haloo!

Mata mengantuk tapi tetap gigih nak buat entry ni sebab rasa macam ada suatu kuasa yang telah menusuk di kalbu dan ia menyeru supaya entri ini dibuat..
jangan nak mengarut sangat la cik dayah.. senang cite idea tu datang when it wants to come out.. hahahaha 

Berbicara mengenai tanggungjawab.. besar tu.. sebelum tu fahamilah hadis ini terlebih dahulu.. 

Sabda Rasulullah saw dari riwayat Al-Bukhari bererti: “ Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu juga diminta bertanggungjawab tentang apa yang kamu pimpin, ketua atau imam adalah pemimpin dan ia akan diminta tanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Suami adalah pemimpin dalam keluarganya dan dia akan diminta tanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Isteri juga dipimpin dalam mengendalikan rumahtangga suaminya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya dan pembantu rumahtangga juga pemimpin dalam mengawasi harta benda majikannya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.” 


Secara ringkasnya, apa yang aku nak katakan adalah setiap ORANG adalah PEMIMPIN. automatically, setiap ORANG ada TANGGUNGJAWAB.. aku tahu, biasanya orang akan kata siapa yang dilantik menjadi ketua, dia adalah pemimpin. so, hari ini kita sama-sama betulkan persepsi ini. Lets cekidout~

1) Kita semua adalah hamba ALLAH. Sudah tentu tanggungawab kita adalah sebagai HAMBANYA.
2) Kita semua ummat NABI. Tanggungjawab kita sebagai UMMAT.

3) Kita semua tinggal di dalam NEGARA. Tanggungjawab kita adalah sebagai RAKYAT demi bangsa dan negara.
4) Kita semua mempunyai KELUARGA. Tanggungjawab kita sebagai ANAK, KAKAK, ABANG ataupun ADIK.
5) Kita juga adalah PEKERJA. Tanggungjawab kita pada MAJIKAN.
6) Kita juga adalah PELAJAR. Tanggungjawab kita pada PENSYARAH atau GURU.
7) Kita juga adalah KAWAN. Tanggungjawab kita sebagai KAWAN. 

Ni baru 7 yang aku senaraikan.. pernah tak kita berfikir akan tanggungjawab ini?? 

“ Jika kita jaga hubungan kita dengan ALLAH. Kita jaga solat kita 5x sehari. InsyaALLAH, ALLAH juga akan menjaga kita”. (Cinta Kun Fayakun 2013) 

Aku berbicara berdasarkan pengalaman. Sungguh aku tak tipu, kalau lupa ALLAH dan hanya
mengejar dunia
meeting, program, assignment, berjimba jiwa akan rasa kosong. Ayat suci al-Quran langsung tidak dibaca (kecuali dalam solat), apatah lagi untuk memahami maksud ayat suci itu.. Jiwa memang kosong.. Semua kerja seolah-olah tiada keberkatan dariNya.. 

Ya, hubungan ALLAH wajib dijaga. Tapi kita jangan sesekali lupa hubungan kita sesama manusia. Ini juga merupakan sebahagian dari tanggungjawab. Habluminnas~ bila kita semaikan rasa tanggungjawab tu dalam diri, isyaALLAH kita akan jalankannya.. mungkin ada yang akan rasa terbeban atau sebagainya, tapi take ur time 4 a while.. inhale, breath.. n ask urself.. this is for what? What you’ll get if you done it?? insyaALLAH, ada jawapannya.. 


Rasa tanggungawab ni sebenarnya tidak memerlukan orang lain untuk memaksa rasa itu.. bila kita pinjam/ terambil barang orang, pulangkan.. bila kita terkata orang, mohon maaf.. tu paling senang nak faham... 

Rasa ilmiah sangat post kali ni..hihi.. kita kongsi barang baik punyeee..;-)

Wassalam..

Aku bukan sempurna. dan masih mencari kekhilafanku. Masih belajar kehidupan.. Tegur aku jika aku salah.





March 29, 2013

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara


Assalamualaikum..

Disebabkan k. Eca tersayang dah tag I ..dengan sukacitanya nak join jugak GA ni..hihihi.. harap menang..amin~


http://www.bicaramakdara.com/2013/03/malaysias-next-top-lucky-blogger-by-mak.html
GA by mak dara



Penaja-penaja yang mantap:

SheilaSalim, MrsVelentine, PuanGojes, MasZull, SeneoritaBaharin, Hazmanakaspecies1980, NadiaFarahida, mamahannybunny,SiMatatajam,DayangDeno, AimanAziz, SuWaRaEntertainmentt, BetaKupu, SyidaRasyida, HanaMaroo, DatinTyka,ShimaMazlan, MimeMF, ZamaniAbe, MrsValentine, NormiNieza, SayaSukaGelak, CTCHERRY, ERAY, AYUJEAN, Lynn Si Pipi Merah, Kesuma Angsana, Kyle Kesha, Mohd Ridzwan

Tag Rakan:


2) JIjah

3) Hlovate

Sekian..=)))



March 18, 2013

FESSAT kini kembali!


Hallooo uoolss~
Assalamualaikum…

Ewah3…ceria sakan..mana tak ceria, semalam adalah hari bersama yang tersayang... kesannya sampai hari ni..eceh!

Tukar minyak hitam, minyak gear dan mandi2 kan my pinky Ego S tuuu.. seronok! Even mula2 tu ingat mahal RM38 uncle tu cas tapi my pyend kata dah ok latteww.. then, kebetulan KKM offer service basuh moto..hanya RM3..apa lagi..mmg kasi cuci la wa punya kekasih hati..

Tengok tajuk entri pon dah tahu kan?? Hehe;-)

Yes! You are right..FESSAT kini kembali.. (sila klik pada imej utk lebih jelas)

















Jadi, apa lagi.. JOM ramai-ramai ke FESSAT 12 anjuran Kolej Tun Hussein Onn, UKM, Bangi.. konfem enjoy uolsss! Tempat Panggung Seni..dari luar UKM dah nmpak tempat tu kat mana..hehe

P/s: Bila lagi kan nak tengok Tun Dr. Mahathir bg talk live? Jom3!

All the best utk team #Fessat2013..

Wassalam


Mesti ada kan?


Assalamualaikum & hi!!

Masih terasa seram ye lepas habis tengok cite “Rumah Kentang”..betullah orang kata cite H indon ni seram..huh~

Ok. Tinggalkan cerita seram. Sbb aku bukan nak cite pasal seram2 nih…

Mesti ada apa ni???

Mesti ada pelajar 1st year kolej aku ni tak suka aku kan3?? Disebabkan most of them adik2 dari aku, so this entry nak bahasakan diri akak.. *okay…terasa sangat tua.. =.=

Wahai adik-adik, akak bukan sengaja nak cakap2, ambik masa adik2 semua..akak menjalankan amanah sebenarnya.. amanah ni bagi akak bukan dari orang-orang atasan namun ini semua amanah dari ALLAH.. Cuma ALLAH bagi amanah ini melalui orang-orang atasan.. akak faham sangat perasaan adik2 semua.. ye la, kena kumpul, kena panggil..

“ Apa lagi la jaksa ni nak?”

“ Agaknya jaksa ni x de keje ke??Aku ni banyak keje..”

“Eeee.. bosan la asyik perjumpaan je”

“Nak buang kolej?? Buang la…xkisah pon..”

Semua-semua ni akak dah rasa..persoalan2 tu akak tahu sebab akak pon pernah melalui zaman macam korang semua.. malah, lagi teruk.. siap gaduh ngn jaksa pun ada…huhu~

Ketahuilah adik-adik, suatu hari nanti adik akan tahu apa tujuan kami (jaksa@mep) buat...bak kata akak Mazian tadi.. kami nak mendidik..bukan memusnahkan..jauh sekali dik…kita sama2 Melayu terutamanya, nak Melayu bangkit.. *wait! Macam YB cakap nih..betullah tu, kami nak Melayu bangun, sedar..majukan bangsa kita..kita kena bijak..supaya bukan berada di bawah..tapi di atas..

Tapi ingat ALLAH is no. 1, & Prophet Muhammad is our best teacher..

Mohon maaf adik-adik..

1st year KTHO, UKM batch 2012/2013

Wassalam.. 




March 9, 2013

Bila kawan jadi lawan


Assalamualaikum…

Selesai sudah membaca novel yang bertajuk “Cik Blur dan En Ikhlas”..

Sila komen sikit..
“Kalau nak bagi stars tu aku hanya bgi 1 only..cerita tak de plot menarik..feeling kurang..ayat boleh dikatakan skema.. tak best!”
(*siapa aku nak komen ni?? Aku adalah pembaca..hahaha)

Memang dah tak de keje aku ni..malam2 camni nak update blog…jejalan kat blog org lain, suddenly terasa plak nk buat entri ni…

Macam mana boleh kawan jadi lawan?



Senang je.. kita ni dalam berkawan tak payah nak suka dan selalu makan hati sangat..cuba kita terima salah kita.. saling tegur-menegur la klau ada salah..kan3?? ni yang tak best, bukan nak tegur tapi sampaikan cerita yang tak elok pada orang lain pulak..ada jugak kes bila dah tegur, tak leh nak trima hakikat salah tu salah dia..yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan..

Elakkan MENGUMPAT…

Sabda Rasulullah SAW: “ Mengumpat ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya. (Riwayat Muslim)”.

Well, kita selalu dengar ni keje orang perempuan.. tapi zaman skang ni llk pun buat uollss..emm, biasala manusia ni..buat baik pon org kata, buat jahat lagi la org kata..tapi INGAT buat jahat tu jangan sekali..

And the last one utk malam ni.. jangan mudah sangat nak sampaikan pada orang apa yang kita tak pasti..nanti jadi FITNAH..zaman sekarang ni kan zaman canggih..whatsApp la, bbm, msg, fb, twitter, blog..semua2 ni boleh jadi medium kepada fitnah mmfitnah dan umpat mengumpat nih..dah tak payah nak bertentang mata dah..guna je semua tu dah cukup utk buat dosa..(* I olls xde hp canggih2 ni..sayang duit nak beli..=))))))))) )

Wassalam..
P/s: macam mana pun orang buat kat kita.. jangan ambik hati..maafkan..senyum okay?? Sayang orang yang tak suka kita.. dan belajarlah bersyukur..jangan lawan2..

Mata dah ngantuk..nite;-)



March 6, 2013

Tips kena saman tapi tak perlu bayar


Assalamualaikum ….

Haha..

Huhu…

Hoho…

Hihi…

Huahuahua…

Okay.. itu adalah bagaimana cara nak senaman muka.. sila buat dengan penuh emosi dan gerakkan semua yang boleh digerakkan di bahagian muka anda…hahahahaha…

Today, dengan rasa berbesar hati nak share tips kalau kena saman tapi tak payah bayar.. wow! Sapa yg tak nak kan??tapi tip ni hanya boleh diaplikasikan di dalam UKM.. kat luar aku rasa konfem tak leh..tapi utk uni lain im not sure la dear…hewhew

Kisahnya bermula lepas zohor aku g lab.. dalam 1 jam 30 minit dah siap..bila nak balik tu, I got “surat cinta” dari pengawal keselamatan UKM..atas sebab parking moto di tempat yang salah..

Arghhh!! Seteres tahu x mula-mula tu…tapi dengan gigihnya aku nak bayar terus saman tu hari ni jugak..dah setel keje aku ngan dak FESSAT..aku terus ke Wisma Aman UKM untuk bayar “surat cinta” tu yg bernilai RM50..

“Assalamualaikum..saya nak bayar saman..”, aku memulakan bicara..ceh! ayat cam novel..

“Okay.. boleh tunjukkan surat saman tu?”, jawab pegawai yang bertugas di kaunter.




Aku pun dengan jayanya mengeluarkan surat saman yang telah ronyok akibat letak cam tu je dlm beg..Bila dia cek no matrix aku..

“Ni kali pertama ye dik?”

“Ha’a..kali pertama.. Tak ley diskaun ke encik? JPA tak masuk lagi..tengah pokai..” (*straight to the point..jujur sangat aku..tapi muka senyum ikhlas)

“Boleh..tapi adik isi borang ni dulu .. (borang mohon diskaun).. dan ikot saya..”, arah pegawai itu kepadaku..



Lepas siap isi borang tu..aku pun ikot je pegawai tu bawak aku masuk ke dalam bilik seorang pegawai atasan mereka..masa tu aku nebes la jugak..tapi in my heart sempat lagi..

“ Ceit!! Hensem la plak pegawai ni..”

Muka aku memang seyes senyum sangat ikhlas..bila dia kata duduk, bermulalah sesi interview..rasa macam nak kena ngadap bos time nak minx keje..

“Siapa nama?”
Hidayah

“Tahun berapa?”
Akhir..

Muka dia blur..
“Tahun 3”, sambung aku.

“Fakulti mana?”
FST…erk, sains dan teknologi..

“ Ayah keje apa? Mak keje apa? Berapa adik beradik? Anak ke berapa?”
Aku pon jawab je semua soalan yang sama.. jujur k..xtipu..

“Encik, JPA saya xmasuk lagi..heeee~”sempat aku nyelit cakap bnda ni.

Ntah berapa banyak kali dia tanya aku anak ke berapa tu..dia kata dia xcaye.dan setiap kali dia tanya aku jawab jujur dan sambung..
“ Encik, saya ni jujur..saya tak suka tipu-tipu”.

Dia senyum..haissshh~

“Okay..kalau dah tahu tempat tu tak ley parking,,kenapa awak parking?”

Mak ai, banyak plak dia tanya.. 

Aku jawab “ camni, saya parking kat situ sebab tempat tu berbumbumg..helmet saya tak basah kalau hujan”.. * again..straight to the point..

Panjang lagi sebenarnya sesi “interview ni”..n lastly, dia suruh aku tulis nama, no ic dan no matrix..

“ Disebabkan ini kali pertama dan tak sampai 30 minit kena saman dh semangat nak bayar.. saya lepaskan awak.”

Perghhh..time tu nak je jerit.. yes!!

“Terima kasih encik”..muka memang puas hati tahap maksima.

Aku pun kluar dan serahkan kenyataan bertulis pegawai tu kat kaunter yg mula2 aku g td..pegawai2 keselamatan UKM siap cakap tahniah kat aku…dan sempat lagi puji..

“Bagus la kamu ni..terus nak bayar.. cepat!”

Tak kembang plak aku time tu..sebab aku fikir..

Duit aku selamat…hahahaha!

Dan dorang semua say

"Bye"..mesra nya dorang.. 

Sekian..

kata kunci: JUJUR




March 4, 2013

Terkini : Lahad Datu


Assalamualaikum & morning!
Alhamdulillah, kita masih lagi dipinjamkan nyawa olehNYA.. kecoh cerita Lahad Datu dan aku rasa terpanggil untuk menulis mengenainya..
Terkini Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan 2 pegawai & 4 anggota yang gugur dalam serangan penceroboh di Sabah. Mereka adalah:

1) Supt Ibrahim Lebar
2) ASP Micheal Padel
3) Sjn Baharin Hamit
4) Sjn Aziz Sarikun
5) KPL/S Salam Togiran
6) L/KPL Mohd Azrul Tukiran

Sumber: Metro



From my heart, terkejut sebenarnya bila aku tahu Sabah diserang…macam2 persoalan yang timbul..

Malaysia kena serang??
Malaysia berperang??
Malaysia dalam bahaya??
Habis, macam mana orang2 kat Sabah??

Everyday, I will thinking about this.. Takut, itu perkataan sebenarnya yang boleh digambarkan..tapi Malaysia negara yang kita semua sayang.. aku yakin kita mampu berjuang.. N here aku nak share apa yang aku baca..

Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?
Tipis.


Pertama, kerana waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

Kedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.
Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

Ketiga, geran pajakan yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885.
Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:

(Article 3)

The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.
(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)14

Keempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

Keenam, laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.

Ketujuh, Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).15

Kelapan, jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.
Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.



Wassalam..

#Pray4LahadDatu #Al-Fatihah #WeloveMalaysia


Jom!! tengok ni..


Ada satu lagi entri la..dan2 pulak ko rajin eh cik dayah..
Malas nak cakap banyak macam mak nenek..

Jom ramai2 ke Panggung Seni UKM bagi menyaksikan Kelab Teater Prasada dalam “Cinta Sang Arnab” jam 830 malam (4 Mac 2013)..lets go!!

Arnab pun bercinta??
Nite~




3P semua orang tak suka


Assalamualaikum and halloo~
Setelah siap semua kerja (asaimen, kemas bilik, lipat baju dll) , tetibe teringin nak post entry 3 perkara utama yang semua orang tak suka( *ni sebenarnya perkara yang aku sangat tak suka)..ceh! bajet retis orang nak tahu apa aku tak suka…tak pe lah, kalau sudi baca..kalau tak, isokey..=))



´        Pembohong @ Penipu
Aku tak nafikan kadang-kadang tu aku pernah je cakap bohong atau tipu ni…kita dalam dunia ni tak boleh terlalu jujur..tapi yang aku tak tahannya bila seseorang tu jadikan BOHONG sebagai hobinya..Astaghfirullahalazim…
Nak buat apa bohong?? Lama kelamaan akan terkantoi jugak..kadang-kadang tu tak payah tunggu lama-lama, kejap je kalau ALLAH nak tunjuk ..aishhh~
Kalau bab tipu mak ayah ni aku tak leh tahan la..rasa nak je sound direct..tapi apakan daya, itu anak orang ..dah besar panjang dah pun..xpayah nak tunjuk satu persatu..depan mak ayah kau, kau memang anak yang baik..tapi belakang mak ayah kau.. Nauzubillah~
Kalau tak busy, jangan cakap busy..Kalau tak buat tesis, jangan cakap buat tesis..aku pon final year student jugak=)))

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: “ Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”

Ha, tak takut???

´        Pengotor
Aku tak de la nak cakap aku ni pembersih sangat..well, basic things! Selimut kena lipat, cadar kena tegang (xyah tegang sangat pon xpe..just nampak la cadar tu ditarik), towel kena jemur, sampah kena buang ke tempat sepatutnya, bilik kena sapu..barang yang kena susun haruslah disusun..bilik tu kalau dah berpasir sangat, kena la sapu..adehh! ni kalau dok asrama..
Kalau dok kat rumah pon benda sama je..tak kan la semua benda mak kena buat..kalau yang kaya tu..tak kan la bibik uoollss semua kena buat kan..
Ha, satu lagi..perempuan ni mmg banyak masalah sikit..tapi kalau kita pandai jaga..bnda ni tak akan jadi masalah… Pad bukan untuk ditinggalkan dalam bilik air ye..huhu

Dari ‘Amr bin Syu’aib: Rasulullah SAW bersabda:
“ Sesungguhnya ALLAH itu mencintai kalau melihat bekas kenikmatan-Nya atas hambaNya itu dengan jalan menujukkan keindahan dan kesempurnaanya dalam berpakaian, makan, berumahtangga dan lain-lain”. (Hadis Riwayat Imam Tirdmizi dan ia mengatakan bahawa ini adalah hadis Hassan)


´        Pengambil kesempatan
Eh2..macam pelik je term tu..hahaha…tapi aku rasa orang boleh faham kot..;-)
Ni bukan kes yang ambil kesempatan untuk perkara baik..tapi jenis orang yang suka ambil kesempatan ke atas kebaikan orang lain.. huhh~~

Berdasarkan hadis Rasullulah saw:
Al-Hakin di dalam Mustadraknya dan at-Thabrani di dalam Mu’jam Kabirnya meriwayatkan dari Abdullah bin Amr bin al-‘Ash r.a, dia berkata:
Rasulullah saw bersabda: “ Sesunggunya iman akan using di rongga salah seorang dari kamu sebagaimana halnya pakaian, maka mintalah kepada ALLAH agar memperbaharui iman di dalam hati kamu.”

Biasalah, manusia ni iman ada turun naiknya..bila selalu buat baik ni orang suka pulak ambik kesempatan.. tu yang ada kes tak nak tolong lagi sebab asyik kita je kena buat itu ini..tak tahan la jugak kan..Ambil kesempatan ni macam kesinambungan pembohong la..hehe

Aku hanya manusia biasa..yang ada silap dan salah..

Wassalam..