GENG KITO

Orang Nengok

April 26, 2013

Segmen Simple-simple by Mohd Zuhri


Assalamualaikum..
Gelypren aku tag join segmen nih..tak leh tolak sebab asal aku ajak dia je, dia mesti join..hehe


Klik banner untuk join!

Tarikh tamat : 4 Mei 2013
*sehari selepas hari jadi tettttttt* 


Bye!


April 25, 2013

Segmen 24 Jam : Saya Mahu Header Itu! By Nabila Medan


Assalamualaikum…

Terbaca kat facebook Nabila Medan nak begi header free..memang aku nak la..so, tanpa buang masa tercetuslah entri ini..

klik banner kalau nak join..

Follow dah.. 


Derma kat tabung Nabila pun dah..

Aku tak pandai buat header ni..sebab tu nak..huhu..maklumla aku ni buta sikit bab2 design benda macam ni..sedih je..

WARNA
Dari segi warna ni biarlah kena ngn background blog aku..mungkin pink purple gitu…hehe

NAMA
Well, as you all know my blog’s name is Bahtera Life..

DESCRIPTION BLOG
Mencari satu kebahagiaan yang abadi. Bukan mudah hidup di dunia sementara. Namun, sementara ada rahsia tersembunyi.

FONT
Font plak, mengikut kesesuaian jugak.. yang penting jelas dan tak kecil sangat..senang orang nak baca dan menarik..hehe

DESIGN
Both of the design fit plak ngn blog aku..pink, purple kan..haha..dua-dua aku suka! :P. Walaubagaimanapun, aku kena pilih satu dan design 2 kot..kalau Nabila rasa sesuai design 1 pun aku terima je..hihi

#naksangat

Wassalam


Semakan keputusan permohonan ke matrikulasi sesi 2013/2014


Assalamualaikum..

Pada hari ini saya dikhabarkan keputusan kemasukan ke matrikulasi sesi 2013/2014 telah dapat disemak oleh para pelajar lepasan spm 2012..  oleh itu, dengan sukacitanya aku saya nak share bagaimana nak tahu dapat ke tak matrikulasi tu..kira nak semak la..hehe

Semakan keputusan permohonan ke matrikulasi sesi 2013/2014:


Pelajar boleh menyemak keputusan permohonan pada 25 April 2013 dengan menggunakan salah satu daripada cara berikut :

1.      Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083/4040/4036/4100  pada waktu pejabat bermula 4.00 petang.

2.       Melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia – www.moe.gov.my


3.      SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888


Pemohon digalakkan melayari laman sesawang kerana calon yang berjaya perlu mencetak surat  tawaran dan dokumen untuk dibawa semasa mendaftar di kolej matrikulasi.

Sebarang masalah atau keraguan adik-adik bolehlah layari bahagian matrikulasi di http://www.moe.gov.my/bmkpm/

Syabas dan tahniah! Diucapkan kepada adik-adik yang berjaya.. dan bagi yang tidak berjaya jangan bimbang ini BUKAN kegagalan adik-adik dan BUKAN menandakan perjuangan adik dalam bidang sains, perakaunan dan kejuruteraan telah tamat.. masih ada lagi bagi panggilan ke 2 ke matrikulasi.. kita tunggu..okay..hehe =)) 

Lihat SINI untuk tips belajar di matrikulasi..



Wassalam..


Hari ini aku hampir gila ='(


Assalamualaikum & salam sejahtera…

Ingat tak apa yang aku janjikan dalam post sebelum ini? Kalau tak tahu klik sini ..hehe

Ceritanya bermula~

Pagi tadi aku ada kuliah sumber genetik kol 8.00 pagi hingga 10.00 pagi…tapi pensyarah aku habiskan awal.. masa dalam kelas tu, perut aku ni mohon kebenaran dari aku nak ke tandas.. mula-mula tu tak nak pergi sebab aku fikir fakulti aku ni tak ada air.. maklumlah, UKM skang ni ada krisis air.. kalau tak ada air macam mana nak basuh kan? tapi bila perut ni ngada-ngada sangat nak gi tandas.. again, I ask my friend..

Aku: Agak-agak fakulti kita ni ada air x?

Kawan: Tak tahu lah dayah.. kau pergi je la tandas tu..survey dulu.

Aku: okay!

Lantas, aku tanggalkan cermin mata aku dan meletakkannya di atas buku aku.. semua barang-barang aku, aku letak je situ..purse, handphone, semua-semualah.. Bezanya, cuma cermin mata aku je yang aku letakkan di atas meja.. dan yang lain aku letak dalam beg harian ke kelas aku..

10 minutes later..
*lebih kurang..i don’t remember the exactly time taken*

Masuk ke kelas dengan perasaan lega..hehe

Aku: Wei D (bukan nama sebenar) mana spec aku?

Kawan: (tak dengar lagi sbb dia tgh tidur)

Aku: D, D ..bangunlah. ko ada Nampak spec aku? Aku letak sini tadi..

Kawan: (Bangun sambil mengenyeh-genyehkan muka)..Ha, apa? Spec ko? Emm, tak nampak la dayah..kau letak mana?

Aku pon dengan pantasnya keluarkan semua barang dalam beg aku..tengok spec box aku kosong.. cari bawah kerusi..merangkak2..then, aku terus keluar pergi tandas tu balik untuk cari spec aku..mana la tahu tetibe aku terbawa ke kan.. walau hati aku dan ingatan aku ni kuat mengatakan aku memang bukak spec sebab aku tak pakai spec masa masuk tandas… cari-cari, still tak jumpa..patah balik ke lecture hall , tengok-tengok kelas dah habis.. tapi aku still cari spec tu bawah kerusi.. tak de jugak..

Bagai nak gila aku sebab aku sayang spec aku.. aku balik bilik.. bawak moto sambil fikir spec tu..sampai bilik nangis..nak jerit kuat-kuat tapi tak boleh…tak lepas rasanya..this is hostel, I can't scream loudly.. Aku memang rasa nak gile.. masa dalam bilik tu aku rasa nak hempuk je kepala aku ni kat dinding..sambil pegang rambut..nasib baiklah, ada tulisan ALLAH pada dinding tu.. nampak kan lemahnya iman aku? Tapi alhamdulillah, aku masih ingat pada Dia..
tarik nafas..istighfar.. call kawan aku syafa..cerita semua benda and again mintak tolong dia temankan aku pergi cari spec tu dalam lecturer hall tadi..

The answer is: MENGHAMPAKAN..

Aku ni bukannya rabun sangat tapi kalau dalam kuliah tu tak pakai spec memang tak nampak apa la..aku ni silau pun ada..tu yang tak berapa jelas penglihatan.. aku terus call Linda kawan aku mintak tolong temankan aku buat spec baru..dalam hati time tu tak redha lagi sebenarnya..sebelum aku fikir sedalam-dalamnya kemana spec tu hilang baik aku cari yang baru..takut tak tenang..

Spec baru..



 kosong bekas spec lama ='( 
Hingga saat ini sebenarnya, I’m still thinking where is it? How it can be lost? Huhuhu…



Spec lama.. hanya tinggal kenangan..

Sedih, marah, geram, pedih, sakit bercampur-baur perasaan aku..

Wassalam..




April 24, 2013

Yaya Craft Giveaway


Assalamualaikum..

Bismillahirahmanirrahim,..harap bertuah kali ni..hihi..

Disebabkan k.eca iaitu kakak senior aku yg paling cool, boleh masyuk dan omei2 gitu (mesti comel kalau dia buat giyomi #eh) dah tag nama..rasa tidak sampai hati aku untuk menolak pelawaan dia.. iyolah, dia ni memahami sangat.. puji ni harap dapat makan tutti fruiti..

Jom followers join GA kali ni..senang gak syaratnya…

http://misteriomuchacha.blogspot.com/2013/03/yaya-craft-giveaway.html


Klik banner untuk keterangan lanjut.

Selamat mencuba..

Ops! Nak tag. 

1.      Syafa
2.      Jijah

p/s: nantikan post aku hampir gila =)


April 23, 2013

Ini semua kisah makanan. mmm sedapnya~

Assalamualaikum dan selamat tengah malam…
#eh

Jam lappy menunjukkan kol 3.03 am.. di pagi yang sepi, sunyi dan seram suram.. melihatkan keindahan katil memanggil-manggil untuk aku ‘landing’.. namun, bila ‘mimpi’ itu kembali menerjah ke dalam kotak fikiranku, aku tersedar.. resah gelisah hatiku ini.. haa, dayah.. ko dah kenapa merepek pepagi buta rabun nih???

Sebelum meneruskan perjuangan scroll entri ini, penaja ingin memaklumkan kalau lapar jangan scroll..harap maklum~

Sambil menunggu air yang dimasak, sukacita dan bahagia rasanya nak buat entri kali ini. Ini kisah makanan.. bak kata pepatah dayah dan makanan tidak dapat dipisahkan.. *pepatah mana?? Greece?? Columbia?? =.=!



Terliuq tak? Tahu apa ni?
Haa.. ini lah waffle pisang..bukan domino pizza pisang tuh..haha..

Teringin nak rasa? Mai la Kolej Tun Hussein Onn UKM.. konfem sedap..serious..hihi..hanya RM3 sahaja dan kalau makan panas2 tu memang superb! dan banyak lagi flavor lain menanti anda..*wink2*

Izinkan puan seri aku nak sambung lagi perihal makanan ni…hihi..kelmarin aku teringin sangat nak makan cendol kisahnya.. then, terus tweet my bff Wan Nur Ain..

“Cendol jom!”
“Jom”, balasnya..

Faham-fahamlah bila kat twitter ni kan.. terus ada orang nak follow..tidak lain dan tidak bukan semua2nya bff aku..memang masyuk habis..happy bila dapat gather sama2 sambil makan cendol nih..
Kitorang pun merempit la..dan 15 minit kemudian sampailah kami di Seksyen 4 Tambahan, Bangi..

Kedainya tepi jalan je..stall.. =)
Beratur-beratur! 
Orang yang ramai.
Tiba-tiba, tanpa diduga dan dipinta hujan lebat menyembah bumi..oh no! hujan langsung tak menghalang kitorang MENGIDAM cendol tu..ingat kitorang nak balik cam tu je?? Tidak sama sekali..kitorang tunggu meja kosong yang ada payung..nasib baik ada..hehe 

Tempat duduk kitorang yang payung kaler biru tue..sanggup tunggu orag tu habis makan..hihi


Ni menu kitorang petang tu..cendol bersama rojak biasa,,slurpppp~sedap..

#eh macam megi la plop.
*sorry xsempat nak snap gmbar menu*

Balik pun hujan..dah la rempit...pedih sangat muka kena air hujan..sob2 =(

Dan yang terakhir.. tadi aku dok view photo aku kat fb.. ni plak yg aku dapat..


Sumber gambar ni dari bff aku yg namanya Fatin Syahirah Hasan Rijal.. yg comel lottey giteww..  *I wish dia tak baca ini entri*
Si Fatin ni memang hantu kerang..sampai nama kat fb pun Cik Kerang suatu ketika dulu..ceh! macam berkurun lamanya rasa..

Kerang bakar ni odw nak pergi Putrajaya..dari Bangi ke Putrajaya..lalu jalan kilang Sony..lepas kilang soni tu, ada restoran kat situ..sebelah kiri..mmmm, mmg sedap..sampai geng kitorang semua panggil “Kedai Kerang”..haha..

That’s oll..sorry kalau buat uolls terasa lapar tetibe.. maafkan daku kalian..

Bye.. Salam..

..Tesis bab 2 pun masih tak siap-siap..tapi makan memang siap..



April 22, 2013

Jangan ambil mudah-Pesanan Imam Ghazali


Renung-renungkan

Selamat beramal.. =)

Wassalam




April 21, 2013

Sebelum dan selepas; belum terlambat


Assalamualaikum semua…=)

Maaf.. ambik masa sikit..teliti gambar ini dan fahami lah…




Have a nice day sayang2 sekalian… 


Wassalam


April 20, 2013

Jangan lupa pada DIA


Assalamualaikum & hi bloggers~

Rasa busy sangat sejak 2,3 hari ni… macam biasa sebenarnya.. kalau dah start hari kuliah ni, ada meeting la, ada assignment la..and today kami (majlis eksekutif pelajar) ada nk kena run satu majlis utk felo kami yang dah nk kluar..yes! just simple actually but it becomes remeh when miscommunication happen.. rite? Then, lepas settle semua tu we just said ALLHAMDULILLAH.. small matter ..;-)

Aku bukan nak cerita sal majlis tu..tapi bila dah lama tak hupdate blog ni rasa cam sunyi plak..bukan sunyi je…rindu sebenarnya..ceh! giteewww..

Bila aku busy kan..sebenarnya aku selalu sangat tak sedar tanggungjawab aku pada yang satu ni.. astaghfirullahalzim..terasa jahil sangat..walhal, setiap nafas ni sudah pasti, ia hanya pinjaman.. bila2 masa Dia berhak mengambilnya..pernah tak korang tertanya :

"Solat aku ni ALLAH terima ke?" 

"Doa aku ini ALLAH dengar ke?" 

" ALLAH nak ke terima taubat aku? tiap2 hari aku buat dosa.." 

Soalan2 ni selalu terdetik dalam diri aku nih..aku PENDOSA..sejujurnya aku mengaku..ini kisah aku..hanya sekadar ingin berkongsi..aku rasa terlalu sunyi bila jauh dengan Dia.. ya, aku tahu..aku sangat jahil..aurat tak tutup sempurna.. solat tak jaga..walau sembahyang namun kadang-kadang di akhir waktu..subuh tu tak payah nak cakap la..buat malu je.. student's life sangat kn.. 

Aku cuma nak pesan, kita semua jangan sesekali lupa DIA..jangan lupa pencipta kita.. ingat ALLAH tak pernah nak seksa kita.. ALLAH tak lupa kita..  ALLAH tak pernah nak tengok kita sendirian..DIA selalu sudi menemani kita.. 


LOVE ALLAH.. 
thank you ALLAH.. 

p/s: pintu taubat sentiasa terbuka

wassalam



April 16, 2013

Wordless Tuesday: Bikin aku sakit jantung


Assalamualaikum..

Rasa lama plak tak update belog ini. Well, itulah aku..kalau dah tibe time rajin satu hari pon mampu 3 entry..

Malas nak mengarang banyak sangat sebab jari runcing ini menggigil setelah mendapat email ini.. sakit jantung pon ada ttbe..  

Pembentang ke 4 okay..  
Penilai aku Dr. Wan Juliana dan Datuk Abdul Latiff..
Bila tahu Datuk penilai..bukan lagi pengsan, boleh koma barangkali..T_T
Menggigil nak marah pun ada jugak kot.. bukan apa asyik orang sama je bentang awal.. rasa macam tak adil.. emm, ntah lah? Truly from my heart.. ada tak puas hati sikit…huhu

Takpe la.. aku kena prepare awal2 nih..

Wassalam.

#PrayForMe


April 12, 2013

Wordless Friday: Dari dulu lagi


Assalamualaikum & salam jumaat..

Suddenly, mood rajin nak kemas fail menusuk.. Apa tak nya, dah beli satu clear holder kaler pink khas untuk sijil2 sepanjang kat UKM ni kan.. semangat la bila baru dan kaler pink plak.. tak gitteww?? :P 
ceritanya di SINI

Kemas punya kemas.. Ni aku jumpa.






Oh! Tersingkap kembali kisah muda-muda dulu. Fanatik jugak kat kumpulan nasyid UNIC, In-Team, Hijjaz, Devotees, Mestica & Ae-Man. Sampai sanggup beli majalah, surat khabar lama kalau ada cerita2 dorang.

Sekarang bukan tak minat. Tapi tak sefanatik dulu-dulu..hehe..Tak sempat nak follow bila dorang ada yang solo , ada yang still in group..huhu



Semua-semua ni plak adalah surat2 tawaran yang aku pernah terima. Dari zaman sekolah hinggalah sekarang.. semua tu still aku simpan.. bagi aku semua tu penting. Hihi.. Pelik tak?

Okay,..itu sahaja,..

Salam.


April 11, 2013

Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com


Bismillahirahmanirrahim..

Bila k. Eca ak.a senior omei lotey kolej aku ni join GA ni.. nk join jugaklah! :P


Klik banner untuk join
Jom join..ni pon easy & simple..hihi  
Tarikh tutup: 14 April 2013

Kbai


Chapter One Bookstore The Mines Kini Dibuka


Assalamualaikum wbt..

Bila angin nak update belog tu datang…zupppp! Haa.. terus ada semangat..hahaha,,kelas kau jah..semangat gitteeww..

Tersebutlah alkisah~~2 hari lepas kalau xsilap perhitungan aku la.. Aku ngn felo aku saja nak g jejalan kat The Mines.. window shopping katanya..hihi.. K.fadwa ni pulak jenis ulat buku..memang pantang ada kedai buku..Mata dia plak ternampak banting “ Kini Chapter One Bookstore dibuka, Floor 4 The Mines”
 *sorry..tak sempat nak snap banting iklan tu..huhux*

Kebetulan plak aku dan dia masing-masing bawak baucar buku tu..apa lagi…serbu je la..

Ni hasil aku..

Clear holder pink .. :P
Kenapa anda semua perlu ke Chapter One Bookstore ini? 
1.      Boleh guna Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M)
2.      Ada diskaun sebanyak 12% bagi setiap pembelian JIKA anda mempunyai kad siswa
3.      Bagi yang tidak mempunyai kad siswa, boleh jadi member kepada Chapter One Bookstore.. bayaran untuk jadi member RM10.. *kalau tak silap la harganya tu.. dan tak pasti plak untuk selamanya atau ada tempoh.. maaf.. diskaunnya pula sama ngan kad siswa tu.
4.      Harganya berpatutan.
5.      Buku-bukunya okay la banyaknya.. tapi tak leh lawan MPH la..hehe

Tak habis baucar lagi? Kunjungilah Chapter One Bookstore The Mines bagi yang tinggal berhampiran dengan area tersebut..

“Membaca Amalan Mulia”

Jadikan sikap kita suka membaca..

Wassalam


Mini-Mini Giveaway by NabilaMedan


Assalamualaikum…

Jom join . easy & simple! ;-)



Berminat? Klik sahaja banner di atas.
Selamat semua=)