GENG KITO

Orang Nengok

April 25, 2013

Semakan keputusan permohonan ke matrikulasi sesi 2013/2014


Assalamualaikum..

Pada hari ini saya dikhabarkan keputusan kemasukan ke matrikulasi sesi 2013/2014 telah dapat disemak oleh para pelajar lepasan spm 2012..  oleh itu, dengan sukacitanya aku saya nak share bagaimana nak tahu dapat ke tak matrikulasi tu..kira nak semak la..hehe

Semakan keputusan permohonan ke matrikulasi sesi 2013/2014:


Pelajar boleh menyemak keputusan permohonan pada 25 April 2013 dengan menggunakan salah satu daripada cara berikut :

1.      Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083/4040/4036/4100  pada waktu pejabat bermula 4.00 petang.

2.       Melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia – www.moe.gov.my


3.      SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888


Pemohon digalakkan melayari laman sesawang kerana calon yang berjaya perlu mencetak surat  tawaran dan dokumen untuk dibawa semasa mendaftar di kolej matrikulasi.

Sebarang masalah atau keraguan adik-adik bolehlah layari bahagian matrikulasi di http://www.moe.gov.my/bmkpm/

Syabas dan tahniah! Diucapkan kepada adik-adik yang berjaya.. dan bagi yang tidak berjaya jangan bimbang ini BUKAN kegagalan adik-adik dan BUKAN menandakan perjuangan adik dalam bidang sains, perakaunan dan kejuruteraan telah tamat.. masih ada lagi bagi panggilan ke 2 ke matrikulasi.. kita tunggu..okay..hehe =)) 

Lihat SINI untuk tips belajar di matrikulasi..



Wassalam..


No comments:

Post a Comment

Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!