GENG KITO

Orang Nengok

January 31, 2013

Kisah Hutan Simpan Gunung Arong Siri 2


SAMBUNGAN ...

Keesokan harinya, kami semua tengok kesan gigitan tu..Dewi dah tak rasa sakit..nak sedapkan hati kami kata je la yang dia kena gigit ngan anak lipan tu even kesan gigitan yang kami tengok tu macam bukan je..then, Dewi ke tandas sorang-sorang..maklum la waktu tu dah tengahari..berani je semua..tiba-tiba dia dengar bunyi radio kuat sangat..tapi dia tak fikir apa-apa..dia pandang kiri kanan je..lepas pergi tandas dia masuk surau..tak pulak dia cerita apa-apa..lepas tu, aku pulak pergi tandas..sama macam Dewi..aku dengar bunyi radio tu..aku fikir radio tu ada orang pasang je la..dengar macam radio dari kereta kami..tapi punya la otak SUCI kan, tak fikir apa-apa yang negatif..masa aku ke tandas tu, abang Hisham ngan pak cik berdiri kat depan kereta kami..masa tu hujan renyai-renyai..aku pun tak tanya apa-apa..

Sebenarnya abang Hisham tengah tidur time tu..kereta plak berkunci..siapa pulak pasang radio dalam kereta kami..kuat plak tu..pak cik tu yang kejutkan abg Hisham bagitahu radio tak tutup..apa lagi..abg Hisham terpinga-pinga la..cepat-cepat dia pergi tengok kereta tu…sah! Kereta tu memang berkunci.. volume radio tu memang kuat..dia terus tutup..Wak Sani call Dr Nizam (penyelia kami) bagitahu yang kami semua tak boleh buat kerja kat situ disebabkan hujan lebat.. dalam kol 3 kami terus gerak balik ke UKM..

Sepanjang kami kat situ, tak tahu la bilangan tepat berapa kemalangan berlaku dalam satu hari di kawasan yang sama…kalau xsilap aku hari ke 3, sepanjang perjalanan kami nak pergi makan,3 kemalangan berlaku..bukan yang lite2 ..hancur kereta..ada la satu kemalangan antara Vios dan lori (saiz sederhana), abg Hisham ni pergi interview driver Vios tu..katanya tiba-tiba dia rasa stereng kereta tak boleh kawal..bergerak sendiri..bila dah nampak lori tu baru dia sedar..xsempat nak kawal dah..alhamdulillah, tiada yang meninggal tapi mak dia boleh dikatakan agak parah..

Dalam perjalanan balik plak ada satu kereta ada kat tengah sawah..tak ada la tengah sangat..lebih kurang 100m dari tepi jalan..punya lah kami fikir macam mana kereta tu ke sana..rupanya kereta tu langgar divider jalan..jauh jugak jarak kereta tu terbang..tak tahu lah apa nasib driver tu..kami tak stp pun sebab perjalanan masih jauh..

Cam tu je lah..alhamdulillah, kami semua selamat..dan bersyukur jugak la Aku, Dewi dan Mimi tak kena apa-apa…kami sebenarnya tak rancang pun nak tipu pak cik, Wak Sani dan abg Hisham untuk meraih cerita dorang..Kami cerita yang Dewi kena gigit tu je..tapi the way kami cerita tu gempak sikit…tu yang dorang cerita semua apa yang berlaku..hahaha..

Cerita ni cerita benar..moral value of this story, kita semua kena tahu yang bukan manusia je hidup dalam dunia ni…dunia ni kita share jugak dengan makhluk ALLAH yang lain..so, sebagai hamba ALLAH yang dicipta sebaik2 ciptaan, bermohonlah pada ALLAH supaya dijauhkan dari perkara tak elok..lagipun, niat kita bukan nak ganggu dorang..ye idak??

Wassalam..


January 29, 2013

Kisah Hutan Simpan Gunung Arong Siri 1


Assalamualaikum & salam ceria~

Janji ditepati..

Cheewah, slogan politik..eh2, bukan nak berpolitik ni tapi previous entri kan ada bagitahu , aku nak share sikit pengalaman aku masa kat Hutan Simpan Gunung Arong, Mersing, Johor hari tu..ada la sikit-sikit yang terasa nak share…hehe

Aku pergi sana sebab kawasan kajian bagi tesis (latihan ilmiah) aku ialah di hutan tu..tapi semuanya kehendak ALLAH kan..ni lah orang kata kita hanya merancang, tapi ALLAH yang menentukan..hujan tak berhenti selama aku berada kat sana…bukan hujan biasa2 je tapi hujan memang lebat sangat…aku kat sana hampir 5 hari jugak lah..lepas je habis exam hari khamis (last payyyperr) hari tu, terus gerak ke Mersing..emm.

Nak dijadikan cerita..pada malam pertama tu kitorang (Aku, Dewi, Mimi) tidur kat hotel.. kitorang ingat selama kerja kat situ tidur hotel..tapi sangkaan kami meleset..mana nak cekau duit nak bayar hotel??haishhh…so, malam tu tak ada apa-apa berlaku..yang pasti memang syok habes tidur..lena dalam kesejukan..

Keesokan pagi, kami gerak ke hutan tu.. Wak Sani (pembantu makmal penyelia kami) dah minta kebenaran dengan pegawai hutan untuk stay kat chalet hutan tu..tapi bila kami sampai, sekali kabel eletrik dicuri daaaa..dia bagi cadangan supaya kami tidur kat surau hutan tu..dalam 1,2 minit bincang kitorang semua pun setuju la nak tidur kat surau tu…kira kes nak cut bajet la ni..sebenarnya kami 6 orang.. Aku, Dewi, Mimi, Wak Sani dan 2 orang driver (abg Hisham dan Pak Cik)..

Sebelum terlanjur nak cerita lagi, Aku, Dewi, Mimi tahu semua cerita dari malam pertama sehingga hari kami nak balik masa on the way dah..mula2 dorang semua tak nak cerita tapi ada la kami tipu sikit pak cik-pak cik tu baru lah dorang cerita..

Malam pertama di surau, pak cik driver ni pergi tandas..tandas konfem kat luar la kan..jarak tandas tu dekat je ngan surau tu..jerit pun dengar…bila dia keluar je surau, tegak bulu romanya..dia pun buat dek je..bila odw nak balik ke surau...dia nampak “something”..sekilas cam tu je..benda tu berdiri kat atas jambatan..jambatan tu pun dekat je ngn surau..bila pandang balik..tak nampak apa-apa pulak..terus dia lari cepat-cepat masuk dalam surau..katanya, mungkin “dia” just want to say hi! Erkk..

Malam ke 2 dan 3 tak ada apa2 berlaku..malam ke 4 tu abang hisham dengar ada ketukan pintu..kuat sangat sebanyak 3 kali..ketukan tu datang dari pintu sebelah tempat tidur kami..dia ingat kami pergi tandas..bila fikir balik , tak kan kami pergi tandas waktu tu..kalau tak salah dia waktu tu lebih kurang kol 4 pagi..apa lagi dia buat..ambik selimut tutup muka..malam tu jugak Dewi kena gigit dengan “binatang”...sakit sangat katanya..masa kena gigit tu berdenyut2…lagi sakit dari kena gigitan penyengat dalam hutan..Aku dan Dewi kena gigit dengan penyengat masa hari pertama masuk hutan.. dapat masuk kejap je hutan..waktu tengahari dah mula hujan..Dewi terus kejutkan Mimi masa tu..tiba-tiba keluar seekor anak lipan..kami semua syak dia kena gigit ngan binatang tu je la.. Mimi pukul anak lipan tu sampai mati.. 

Apa jadi?
To be continued....

p/s: panjang sangat sebab tu kena buat 2 entri..



January 24, 2013

Pernah rasa ni?


Assalamualaikum..

Hampir seminggu di Hutan Simpan Gunung Arong, Mersing ..macam2 berlaku…tapi entry kali ni bukan nak story pasal pengalaman kat sana..next entry k..entry kali ni cuma nak survey..

Pernah tak rasa? *bukan rasa makanan


1) Suka pada seseorang tapi takut nak bagitahu.
    Maklumla perempuan ni pemalu..tak pun takut orang kata perigi cari timba..


2) Pendam perasaan tu lama-lama.. dan bila dah lama sangat tu rasa bodoh sebab suka si dia..
    Kenapa la aku ni suka dia tu? Dia bukan suka aku pun..arghh!! bodohnya aku..kira salahkan diri sendiri la..

3) Rindu sangat..nak text dia..dah taip dah..delete balik sebab takut si dia tak reply..
    Rasa malu bila kita yang text dulu dia.. but then he didn’t reply.. so, cara nak lepaskan sikit rindu baca balik inbox yang still ada mesejnya..

4)  Ingat balik macam mana si dia boleh memikat hati kita.. kenangan manis la.. *giteww…
  Bila ingat dulu dan kini.. muka boleh berubah sebab kenangan tu sangat indah walaupun kita bukan sesiapa pada dia.

5)  Stalk fb si dia.. baca status2 si dia..
  Tengok jugak mana la tahu ada perempuan yang sebenarnya bertakhta di hati dia ada komen ke..sambil menyelam minum air kan… ^______^

Biasalah sebenarnya bila umur dah makin meningkat dan umur tu merupakan umur alam perkahwinan mula la rasa cinta cinti cintu ni..mana boleh nafikan perasaan tu.. hehe..yakin sangat yang no 5 tu ramai orang buat…haha..

Tak sabar jugak nak story pengalaman di Hutan Simpan Guung Arong tu..malam ni nak balik..kat rumah la buat entri tu..insyaALLAH..

Wassalam…;-)




January 11, 2013

Chipmunk & Barney : Simple Giveaway


Assalamualaikum & hi!

Tengah-tengah touching dgn nota “History of Plant Taxonomy” ni.. lalu dengan bangganya rasa nak berblog.. Then, what I saw tadaaaaa,,,,



Letak nota kat tepi..xpandang dah & gigih buat entri ni..haha…excited punya pasal.. Empunya blog ni aku panggil dia k.eca.. siapa xkenal k.eca ni..penari kolej yg kecik, comel molek..masa aku 1st year pun mmg aku selalu usha dia..opsss!! (*tapi aku masih normal :P )

Thanz k.eca sbb doakan saya...hehe..thanz to ALLAH sbb knalkan aku dengan akak yg bernama k.eca..dia sangat memahami..susah dan senang bersama..=))

Sebagai tanda penghargaan..aku nk join Chipmunk & Barney : Simple Giveaway



Mohon diberi tuah. ;-)

Ok....aku nk tag ..

INI dan ITU



January 10, 2013

Susah cari, senang tinggal


Assalamualaikum

Sure sangat setiap orang pernah rasa this feeling..

Masa susah memang cari kita, tapi time senang memang kita ni xpandang langsung…kalau tak pun, masa kita susah nk cari dia…mmg xmuncul2..



Sedarlah bahawa mmg ada manusia yang macam ni...moga aku dijauhkan dari perkara2 seperti ini…aku betul2 tak suka orang jenis macam ni…kalau text nak minta tolong xreply..bila call tak angkat…padahal nk tanya soalan je pun…nak kata kedekut kredit, siap call lagi…tapi kalau dah tak angkat call tu memang jelas la xnak layan kita kan..

Haha..dah teremo..xpe lah..tunggu dan lihat sahaja..

#prayforme for final exam..nk DL jugak.. :D:D


Ni yang sebenar2 nya..

Wassalam..



January 9, 2013

New update!


Bismillahirahmanirrahim….

Dah tak tahu dah apa agaknya yang terjadi kat blog ni…pemalas betul aku nak update..bajet busy macam YB..huhu..approximately, satu sem aku xupdate..hoooooo~~booooo to myself..

Isokey…lupakan kisah lama…dan kembali kisah yg baru…aku rasa masih tak terlambat utk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 n too late to wish Selamat Tahun Baru Hijrah 1434..haha bersyukur kerana masih diberi nikmat yang paling besar di dunia ini iaitu nyawa utk meneruskan perjuangan sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini..

N now what I’m doing is..dah final exam 1st sem third year dah pon..omaigod! mmg sangat sukar dipercayai masa itu pantas...ttbe hangin nk update blog coming again..n im really proud of me..hahax.. so, di kesempatan ini (*feeling raya), aku nk share org baru yg hadir dalam hidup baru…dah nk masuk 6 bulan dah pon umur dia…mmg tepat la kalau aku kata xupdate blog satu sem kn??huh~

Cekidaut..



masih dalam tempoh pantang 

dah besar dah! haha..alhamdulillah..she is fine;-)
















Ni my little sis..nama dia Siti Noor Hazween bt Abdullah..yeahh! fyi, adik beradik aku semua nama mula ngn huruf H..hehe,..17/07 @ hospital kuala krai dia mula lihat dunia..=))dia ikot muka mak kami...



#prayforme 4 my next paper on Monday (14/01/13)..3rd year ni macam2..lab, fieldwork..tapi alhamdulilah...keje2 lab utk sem ni settled! td je baru hantar report..n esok nk kna sign kbnran nk g field plak..nk submit borang intern jugak..dah nk intern??

Ok..nite.. n morning! salam..