GENG KITO

Orang Nengok

January 29, 2013

Kisah Hutan Simpan Gunung Arong Siri 1


Assalamualaikum & salam ceria~

Janji ditepati..

Cheewah, slogan politik..eh2, bukan nak berpolitik ni tapi previous entri kan ada bagitahu , aku nak share sikit pengalaman aku masa kat Hutan Simpan Gunung Arong, Mersing, Johor hari tu..ada la sikit-sikit yang terasa nak share…hehe

Aku pergi sana sebab kawasan kajian bagi tesis (latihan ilmiah) aku ialah di hutan tu..tapi semuanya kehendak ALLAH kan..ni lah orang kata kita hanya merancang, tapi ALLAH yang menentukan..hujan tak berhenti selama aku berada kat sana…bukan hujan biasa2 je tapi hujan memang lebat sangat…aku kat sana hampir 5 hari jugak lah..lepas je habis exam hari khamis (last payyyperr) hari tu, terus gerak ke Mersing..emm.

Nak dijadikan cerita..pada malam pertama tu kitorang (Aku, Dewi, Mimi) tidur kat hotel.. kitorang ingat selama kerja kat situ tidur hotel..tapi sangkaan kami meleset..mana nak cekau duit nak bayar hotel??haishhh…so, malam tu tak ada apa-apa berlaku..yang pasti memang syok habes tidur..lena dalam kesejukan..

Keesokan pagi, kami gerak ke hutan tu.. Wak Sani (pembantu makmal penyelia kami) dah minta kebenaran dengan pegawai hutan untuk stay kat chalet hutan tu..tapi bila kami sampai, sekali kabel eletrik dicuri daaaa..dia bagi cadangan supaya kami tidur kat surau hutan tu..dalam 1,2 minit bincang kitorang semua pun setuju la nak tidur kat surau tu…kira kes nak cut bajet la ni..sebenarnya kami 6 orang.. Aku, Dewi, Mimi, Wak Sani dan 2 orang driver (abg Hisham dan Pak Cik)..

Sebelum terlanjur nak cerita lagi, Aku, Dewi, Mimi tahu semua cerita dari malam pertama sehingga hari kami nak balik masa on the way dah..mula2 dorang semua tak nak cerita tapi ada la kami tipu sikit pak cik-pak cik tu baru lah dorang cerita..

Malam pertama di surau, pak cik driver ni pergi tandas..tandas konfem kat luar la kan..jarak tandas tu dekat je ngan surau tu..jerit pun dengar…bila dia keluar je surau, tegak bulu romanya..dia pun buat dek je..bila odw nak balik ke surau...dia nampak “something”..sekilas cam tu je..benda tu berdiri kat atas jambatan..jambatan tu pun dekat je ngn surau..bila pandang balik..tak nampak apa-apa pulak..terus dia lari cepat-cepat masuk dalam surau..katanya, mungkin “dia” just want to say hi! Erkk..

Malam ke 2 dan 3 tak ada apa2 berlaku..malam ke 4 tu abang hisham dengar ada ketukan pintu..kuat sangat sebanyak 3 kali..ketukan tu datang dari pintu sebelah tempat tidur kami..dia ingat kami pergi tandas..bila fikir balik , tak kan kami pergi tandas waktu tu..kalau tak salah dia waktu tu lebih kurang kol 4 pagi..apa lagi dia buat..ambik selimut tutup muka..malam tu jugak Dewi kena gigit dengan “binatang”...sakit sangat katanya..masa kena gigit tu berdenyut2…lagi sakit dari kena gigitan penyengat dalam hutan..Aku dan Dewi kena gigit dengan penyengat masa hari pertama masuk hutan.. dapat masuk kejap je hutan..waktu tengahari dah mula hujan..Dewi terus kejutkan Mimi masa tu..tiba-tiba keluar seekor anak lipan..kami semua syak dia kena gigit ngan binatang tu je la.. Mimi pukul anak lipan tu sampai mati.. 

Apa jadi?
To be continued....

p/s: panjang sangat sebab tu kena buat 2 entri..



No comments:

Post a Comment

Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!