GENG KITO

Orang Nengok

May 29, 2014

Mini reunion of us (KTHO-ians)

Assalamualaikum dan salam ceria!

Hari ni aku sanggup okay tak g ‘landing’ semata-mata nak buat entri ini. Eksaited uols.

As mentioned, mini reunion of us. Wah3. Mini reunion gitu. Why mini ha? Kira okay la 10 orang. Nanti bila masing-masing dah kawen, boleh ke 10 orang ni kumpul macam ni lagi?? Emmm..

I don’t want to pot pet pot pet too much. Let’s stalk the photo.  

1st, this is our plan. just a plan. gah kemain. ada schedule lagi..



Itu plan sahaja ye.. kami xdapat nak pergi pasar malam Bangi tu sebab hujan. Tak syok la kan hujan nak pergi pasar malam. So, we ols hanya lepak-lepak kat cafeteria Kolej Tun Hussein Onn tu.

Usai solat Maghrib di Masjid UKM, kami pun pergi dinner sama-sama di restoran D’Kenali Ikan Bakar.  Restoran ni terletak di Bangi, jalan menuju ke Putrajaya. Berdekatan dengan Balai Polis Bangi. Makanan bakarnya memang sedap. 






Tak snap gambar sebab kami tak nak jadi macam ni. hahahaha





Semua yang terlibat seramai 12 orang. Rasa macam buat laporan pulak.


Keesokan pagi pula iaitu hari Ahad, pagi-pagi lagi kami semua berkumpul semata-mata nak breakfast sama2. Tapi ada part yang tak best. One of us, Ijan terpaksa kerja hari tu. Nasib baik lah 4 jam shj. Kalau tak musnahlah impian kami nak join dinner malam tu. Kami breakfast dekat belakang ktm ukm. Yang pasti murah dan sedap!  



Ijan yang llk kat depan tu.





To make our mini reunion become more enjoyable, we went to Putrajaya to attend Jom Heboh and Pesta Belia 2014. Kemain happy semua.









Tibalah masa yang dinanti-nantikan. Majlis Anugerah Pelajar 17, Kolej Tun Hussein Onn, UKM. 

Kerana MAP,
Kami kenal,
Kami bersama,
Kami bergabung.
Bergabung demi kerja,
Demi satu program.

Kerana MAP,
Kami bertikam lidah,
Kami bermasam muka,
Kami bergaduh,
Bergaduh kerana ego,
Masing-masing nak betul.

Namun,
Di sini,
Kami bersatu,
Kami bersama, 
Kami meraikan kemenangan. 
Kemenagan itu kenangan. 
Kerana MAP 













Thanks to everyone. Thanks for invitation. 
Wassalam  
#keeppray4mh370







May 28, 2014

MGB dan amanah

Assalamualaikum semua J

Untunglah cikgu-cikgu semua. Syok balik kampung bila cuti
 sekolah ni kan. budak-budak sekolah pun kemain lagi enjoy. Siaran tv skang kalau pagi tu, semua nak kartun je.  Selamat bercutilah ye..Ishhh. Jeles taw.

Iols jugak yang keje. Sep sikit pada yang geng tu! Hahaha

Back to the topic, tahu ke uols MGB tu apa? Bukan GCB bukan GSC dan bukan juga GST ye. MGB ni stand for “MAKAN GAJI BUTA”.

Pernah dengar tak pepatah ni? Kuman seberang laut nampak, tapi gajah depan mata tak nampak. Aku bagi makna dalam genera aku, kesalahan orang ko nampak je, tapi kesalahan diri sendiri, haraaaammm nak nampak. Bukan tak nampak a.k.a buta je, pekak, tuli semua la.

Sikap orang yang macam ni ramai je. Let’s say waktu masuk after lunch hour ialah jam 2 petang. Berapa ramai yang tepat jam 2 petang dah siap sedia dalam pejabat untuk memulakan kerja? Tapi aku percaya sangat ramai jam 5 petang memang dah bersedia untuk check out.

A.M.A.N.A.H

Hanya 4 huruf yang diperlukan bagi membentuk satu perkataan ini. Namun, perkataan ini mampu memberi kesan yang sangat berat. Setiap orang ada tanggungjawab masing-masing. Tidak kiralah dimana kita berada. Dan tidak kira juga pangkat yang kita miliki. Malah amanah yang paling besar ialah kita sebagai hamba Allah, Tuhan Yang Satu.

Bila mana seseorang yang bergelar manusia itu telah buta hatinya untuk melihat kesalahan dirinya bermakna dia seorang yang tidak amanah dengan dirinya. Isu makan gaji buta ni tak perlu menunding jari ke arah orang lain, tapi sila “ restart” dan “log in” diri sendiri. Yang penting diri sendiri perlu amanah. 



Wassalam 
#keepprayformh370


May 23, 2014

Harapan Jumaat ini

Assalamualaikum dan salam Sayyidul Ayyam..

Let the photos talk to you,






Wassalam.
#keeppray4mh370






May 22, 2014

Welcome to Malaysia, Panda.

Assalamualaikum dan selamat pagi. J

Hari ni dah Khamis dah. Esok hari apa? Amboii.. senyum lebar untuk hari esok ye.. tahu la esok Jumaat. The day after tomorrow is holiday! Yahoo! Tapi we all ada dinner.dinner kolej. Tak mau la cite lagi.entri kali ni nak cerita pasal panda.

Kedatangan panda aku dah tahu sejak aku kerja kat frim ni. landskap dalam dan luar dewan yang menempatkan panda tu we all punya. Hehe. Nanti korang tengok la pokok-pokok, batu, rumput kat depan tu. Hasil air tangan we all okay. Hahaha.

Alhamdulillah, 2 ekor panda telah pun sampai di Malaysia pagi semalam iaitu pada 21 Mei 2014 dengan menaiki Mas kargo. Sepatutnya, panda ni datang 16 April lagi, tapi katanya kerajaan China nak tumpukan perhatian  dulu pada misi mencari dan menyelamat MH370. Korang boleh baca berita sepenuhnya dengan klik link di bawah.


Mengikut berita tu, kedua-dua panda ni dikuarantin terlebih dahulu. Ye la, ingat senang ke nak adapt ngn tempat baru? Macam kita la. Kecilkan lagi skop, macam aku. Hahaha. Nak adapt dengan frim mau jugak makan sebulan masa. Bulan pertama tu blur giler. Even aku belajar je masa degree pasal pokok2 ni tapi bila kerja rasa macam tak tahu apa. Ish2..

Ini takde la sahih sangat. aku cuma tahu dari orang-orang yang kerja kat zoo tu je masa projek landskap tu kat zoo.Kalau takde masalah, mungkin panda itu boleh ditontonkan kepada orang ramai hujung bulan 6 nanti dengan bayaran rm30 untuk 20 minit. Korang dibenarkan untuk ambil gambar. Kalau tak silap la.hehe. Dan bayaran tu tak tahula per person ke per group ke. Sorry. Nanti pergi la ramai-ramai. Korang pasti teruja tengok dewan tu. Pelbagai kemudahan khas untuk panda.Klinik, pusat penjagaan dan banyak la. Pihak yang bertanggungjawab pun dah tanam buluh khas untuk panda. Panda ni makan bulu ye. Untuk info lebih lanjut, nanti jangan lupa baca informasi kat tepi laluan dalam dewan tu. Tengok la buluh apa yang dia makan, berapa kilo satu hari.Semua ada.
Ni ada beberapa keping gambar yang dapat dikongsi bersama.















 Okay semua. Wassalam
#keeppray4mh370 

May 21, 2014

Rindu sangat2

Assalamualaikum dan selamat petang.

Dah rasa lama tak berblog. Busy sikit. Maklumlah dah hampir 2 bulan keje. So, dah tahu erti kerja kat sini macamana. Walaubagaimanapun, alhamdulillah demi satu pengalaman. Dan jam ini juga terasa macam gigi bongsu baru nak tumbuh la. tak pasti lagi ye ke tak. Rasa-rasa je la. emmm..

Cerita pasal rindu ni. as mentioned in 1st paragraph, hampir 2 bulan dah aku keje kat frim dan ini bermakna hampir 2 bulan jugak la aku kat kepong ni. rasa terseksa jiwa raga bila ingat family kat rumah tu. Hari-hari kena dengar keletah budak ni.


Ya Allah, memang rindu sangat-sangat. rindu masakan mak, rindu nak tidur, makan, mandi, gelak2 ngan my little sis tu. Dah lama tak dengar adik Aween kejutkan subuh.

“Kakak, bangun subuh.”
“Adik dah solat?”
Lantas, si kecil itu mengangkat takbir dan sujud. Terus siap dia solat.

“Adik tatuttt.”
Ni la yang keluar mulut dia bila aku pakai pencuci muka. Sebab tengok muka aku putih ngan pencuci satu muka.

“Adik nak makan lauk apa?”
“Udang.”
Ringkas sahaja jawabnya bila ditanya soalan itu. Tapi bila dah masak udang tu, jangan tegur dia. Memang mulut dia mengunyah udang tu je la.

Ya Allah, kalau nak tulis berapa banyak kata-kata dia tu buat aku seksa kat sini. Memang tak mampu la. hanya Allah yang tahu kerinduan itu. 

Moga aku dapat balik bulan ni. amin~ 

Wassalam 
#keeppray4mh370



May 11, 2014

Keep pray for MH370

Assalamualaikum dan selamat pagi.



Believe it or not, never lose hope and I’ll keep pray for MH370.Try to imagine and put myself into their situation, try to stay strong and keep calm. Can I? As a muslim, I just can keep pray. I have nothing to do besides du’a.

Saat entri ini ditaip,

Print screen from http://www.bharian.com.my/.


Ya Allah,
Apa yang telah terjadi telah tertulis,
Dengan izinMu ia berlaku.

Ya Allah,
Dengan izinMu juga aku bermohon,
Kau tabahkanlah hati keluarga-keluarga mangsa,
Kau cekalkan hati mereka,
Kau kuatkanlah hati mereka,
Kau temanilah mereka.

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau pemilik semesta ini,
Engkaulah yang Maha Kuasa,
Kami bermohon kepadamu ya Allah,
Kau berikanlah kami petunjuk,
Dimana MH370?
Kerana kami benar-benar yakin hanya Engkau yang tahu.
Kau permudahkan usaha mencari dan menyelamat MH370,
Kau berikanlah juga jalan yang mudah kepada pasukan ini,
Kau bantulah kami semua Ya Allah.

Ya Muhyi, Ya Mumit,  
Andai mereka masih hidup,
Kau jagalah mereka, kau selamatkanlah mereka.
Andai benar mereka menjadi tawanan atau ini adalah rancangan manusia kejam,
Kau gagalkanlah rancangan mereka,
Kau buktikanlah kebenaran,
Sesungguhnya Engkaulah Maha Benar dan Maha Berupaya.

Ya Allah yang Maha Mengetahui,
Andai mereka semua telah pergi menghadapMu,
Kami tahu Engkau lebih menyayangi mereka,
Dan kami tahu setiap yang hidup pasti menemui mati,
Kami akur dengan aturanMu.

Ya Allah yang Maha Pengampun,
Kau ampunilah mereka,
Sayangilah mereka,
Maafkanlah mereka,
Sihatkanlah mereka,
Muliakanlah tempat tinggal mereka,
 Bersihkanlah dari segala kesalahan sebagaimana kain putih bersih dari kotoran.

Ya Allah yang Maha Berupaya & Maha Berkuasa,
Peliharalah mereka dari seksa kubur dan seksa neraka,
Permudahkanlah urusan mereka di sana.

Ya Allah, 
Ampunilah kami semua, 
Sesungguhnya kami adalah hambaMu yang hina lagi kerdil. 
Peliharalah kami ya Allah, 
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang Engkau redhai.

Ya Allah,
Kabulkanlah doa kami,
Kabulkanlah doa kami,
Kabulkanlah doa kami.



Amin Ya Rabbal alamin.

Mohon kita semua jangan berhenti berdoa untuk MH370.


Wassalam



May 10, 2014

samb: Impian seorang graduan

Assalamualaikum & hi semua.. J
Selamat berhujung minggu.

Semalam iols ada kata nak buat entri baru kan untuk “Impian Seorang Graduan” ni. nak tunaikan la ni.  hehe.. klik SINI untuk baca entri pertama.

3.     Rumah  besar

Bila korang tengok slot Akasia tv3 tu kan, ala.. yang pukul 7.00 petang-8.00 malam tu. Korang mesti perasan, background environment yang dipertontonkan. Maksud aku, dari segi life mereka. Hidup mewah, rumah besar dengan konsep moden lagi. Kereta mewah. Banyak plak tu..Shopping pun barang branded. Haaa, macam aku cerita dalam entri sebelum ni la. impian2. Walhal, kehidupan rakyat Malaysia yang sebenarnya takde la ramai yang hidup mewah macam tu. Waima, baca novel pun, mesti semua nak rumah 2,3 tingkat. Kalau tak banglo, villa, kondo semua tak sah la. seolah-olah memang rakyat Malaysia semua hidup mewah. Hmmm..




So, bila kita dah didedahkan dengan rumah macam tu, impian graduan pun macam tu jugaklah. Nak rumah besar dan mewah. Kalau boleh nak ada swimming pool lagi. Cheewaah!


Share sikit, kalau aku mampu untuk memiliki rumah nanti. Aku nak ada mini library. Lebih kurang cenggini la. hehe.. tapi tak nak buat dalam bilik tidur, nanti aku tidur je banyak. hahaha


4.    Kahwin besar meriah

Dah sakan bercinta masa jadi student, tak kan la tak nak kawen kan. Skang ni plak trend kawen awal. Lagi la jadi trend, lepas belajar je nak kawen. Tak pun, masa belajar dah kawen. Majlis kawen plak nak yang grand. Nak buat kat dewan yang besar. >1000 jemputan. Gadis dulang nak kena pakai baju yang sama, gaun yang cantik-cantik. Family pun nak kena pakai baju sama. Pastu, nak ada video kawen ala2 video Irma Hasnie tu,.Make up nak make up macam retis gitteww.. tema nak yang gah! Nak berarak naik Mercedes keliling kampung. Cam over plak aku. Hahaha. Kalau mampu takpe. Kalau tak mampu, baik bersederhana.

As a conclusion (macam last perenggan masa buat esei kat sekolah), semua benda yang diimpikan tu semua tak salah. Dan tak salah juga kalau kita simpan impian atau cita-cita. Bagus apa? Kalau kita ada target/impian ni, kita akan cuba berusaha untuk dapatkannya. Tapi kita kena ingat, Allah tak suka pembaziran. Kalau bab majlis kawen tu, lebih baik bersederhana. Kita dok makan makanan yang best2 je.sampai membazir sebab tak habis, cuba kita ingat mungkin ada yang kat luar sana sedang menagih makanan, kebuluran sebab kekangan duit.  Again, tak salah mempunyai impian yang tinggi. Jangan boros. Belajar menabung untuk masa depan. J

Berapa ramai yang open a saving account just for the preparation of death? Money for kain kafan dan kos pengurusan jenazah? Nanti bagi pin no pada orang yang boleh dipercayai. Tak susahkan orang dah. Sakit pun pakai duit. Amalan kebaikan sebagai bekalan akhirat tu yang wajib. Jangan dilupakan. Jangan dilalaikan.

Biar hidup ni tak sia-sia. Ada bekal dunia dan akhirat. Jangan asyik kumpul duit je..



Wassalam

#keeppray4mh370


May 9, 2014

Impian seorang graduan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Ceria-ceria selalu.

Semalam iols tidur lambat sikit dari biasa. Dalam pukul 1.00 pagi camtu la. kalau dekat u, kol 1 ni biasa je. Takde la lambat sangat pun. Sembang sikit tentang life dengan my roommate, kak Aida. Hidup siapa yang smooth je tanpa ada sekelumit cabaran kan. Kalau macam tu, bukan hidup namanya, mati pun bukan.takde cabaran, takde life. Mati pun cabaran okay. Tapi cabaran yang merupakan hasil response anda di dunia. Fikir-fikirkan.
Ada satu perkara hasil dari cakap-cakap kitorang semalam yang rasa menarik untuk dikongsi dengan readers semua. Impian ni bukan sahaja para graduan yang fresh lagi aman yang inginkan atau impikan atau citakan. Tapi boleh kata memang kebanyakan orang la yang nak. Segala-galanya besar! Hahaha..

1.     Kerja + gaji besar


Lepas sahaja bergelar seorang graduan, mesti korang semua terbayang nak dapatkan kerja berpangkat tinggi dan gaji besar kan? ye  la, bila dah pangkat tinggi, duit berkepok la. bak daun di frim ini. #eh. Bila dah duit banyak, konon-kononnya, korang akan dapat beli semua yang korang nak. Dapat enjoy kemain. Apa yang tak dapat masa jadi pelajar, akan korang dapat masa kerja kerana adanya duit.

Well, memang la, bila kita semua ni duit banyak, semua benda kita nak tahu? Nak baju, kasut, handbag, belt, jam tangan, handphone dan semua yang termaktub branded. Harga kalau boleh tak main la rm100 ke bawah ni. tahu tak itu apa?? Nafsu oi. Mung tahu dop nafsu tu gapo? Haaa, kang dah kluar Kelantan aku. Hahaha. Nafsu ni macam2 tahu. Korang google sendiri la kalau tak jelas lagi nafsu ni. pendek kata, apa yang diimpikan tu bukan keperluan taw, tapi kehendak. Sebelum nak beli tu, fikirlah dulu panjang-panjang. Sila fikir masa depan. 
Kalau aku ada duit seperti gambar rajah tersebut (skema sikit), mau jadi meroyan. hahahahaa

Motif?????

2.    Kereta besar

Sebelum nak cerita tentang kereta besar ni, nak share pengalaman aku menghadiri beberapa interview. Korang nak tahu tak, 2 daripada 3 pihak penemuduga tanya aku ada kereta tak? Sebab kata mereka, senang nak bergerak kalau ada kereta ni. emm, maknanya sekarang ni specs yang dorang nak dari calon ialah mempunyai kenderaan. Mana nak ada duit, kan lepas grad. Grrrr!! 

Okay, back to the topic. Tak mau stress2, tak mau give up lagi sebab rasa dah panjang entri ini. Senyum~~~ J



 Kereta besar. Bila dah ada duit banyak, gaji besar tu kan, mula la pulak korang fikir nak beli kereta apa. Tak mau la kereta kecik2 ni, kunun nak Honda terus la.. baru class uols. Amboiii, kemain. Mula-mula, kena la ada duit untuk bayar muka. Memang sekarang ni ada je kan kosong untuk muka. Tapi cuba fikir untuk monthly payment plak. Insurannya lagi. Emm, tak mau membebel panjang.


Boleh tak nanti, aku sambung ke entri baru, tak mau la panjang-panjang entri. Borink nanti.
Ok. Published!maaf yew..

 p/s: motif letak suzuki swift tu nape??? hehehe.. mampu tengok je la. dapat myvi pon okay. myvi pon xdapat. ada hati nak swift?:( tapi tak salahkan pasang impian. hehehe 

Wassalam
#keeppray4mh370