GENG KITO

Orang Nengok

May 5, 2014

Isnin, cuti dan korban


Semua orang dah tahu hari Isnin adalah hari pertama kerja dalam setiap minggu. Kalau negeri-negeri yang berkenaan tu hari Ahad la kan. ok. Kau semua pernah fikir tak, ada pekerja yang ada cuti sekali sahaja seminggu. Mungkin ada pembaca entri aku ini, mereka juga tergolong dalam kancah ini. Jangan khuatir, sebenarnya aku nak bagitahu yang ramai lagi senasib cuti sehari ni. aku dulu pun tak terkecuali. Dan ada yang tiada cuti. Lantas, angkat tanganmu dan ucaplah syukur.

Bila nak apply cuti tu, bos kau tak bagi kau cuti. Katanya tak payah nak pentingkan diri sendiri. Berkorban lah demi kerja. Bos kau pening kepala sebab fikir pasal cuti pekerja. Kau menjawab Datuk Sri Najib tak pernah pun pening kepala walau beban sejuta tan atas kepala (super duper hiperbola). Kau menjawab dengan bisikan suara sahaja. Melalui jejantas yang dipanggil hati. 

Ya, dalam setiap perkara kita memerlukan pengorbanan. Kalau pekerja sahaja yang berkorban, bila bos nak berkorban? Penting. Kepentingan. Pentingkan diri. Aku korbankan kau bos.



Wassalam 
#keeppray4mh370



No comments:

Post a Comment

Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!