Assalamualaikum dan selamat petang.
Dah rasa lama tak berblog. Busy sikit. Maklumlah
dah hampir 2 bulan keje. So, dah tahu erti kerja kat sini macamana.
Walaubagaimanapun, alhamdulillah demi satu pengalaman. Dan jam ini juga terasa
macam gigi bongsu baru nak tumbuh la. tak pasti lagi ye ke tak. Rasa-rasa je
la. emmm..
Cerita pasal rindu ni. as mentioned in 1st paragraph,
hampir 2 bulan dah aku keje kat frim dan ini bermakna hampir 2 bulan jugak la
aku kat kepong ni. rasa terseksa jiwa raga bila ingat family kat rumah tu.
Hari-hari kena dengar keletah budak ni.
Ya Allah, memang rindu sangat-sangat. rindu
masakan mak, rindu nak tidur, makan, mandi, gelak2 ngan my little sis tu. Dah
lama tak dengar adik Aween kejutkan subuh.
“Kakak, bangun subuh.”
“Adik dah solat?”
Lantas, si kecil itu mengangkat takbir dan
sujud. Terus siap dia solat.
“Adik tatuttt.”
Ni la yang keluar mulut dia bila aku pakai
pencuci muka. Sebab tengok muka aku putih ngan pencuci satu muka.
“Adik nak makan lauk apa?”
“Udang.”
Ringkas sahaja jawabnya bila ditanya soalan itu.
Tapi bila dah masak udang tu, jangan tegur dia. Memang mulut dia mengunyah
udang tu je la.
Ya Allah, kalau nak tulis berapa banyak
kata-kata dia tu buat aku seksa kat sini. Memang tak mampu la. hanya Allah yang
tahu kerinduan itu.
Moga aku dapat balik bulan ni. amin~
Wassalam
#keeppray4mh370
#keeppray4mh370
eh, besar dah si comel ni.
ReplyDeletetak terasa kan dayah. mcm baru semalam je dayah baca status dayah dapat adik baru. :D
kan??? dayah pon masih ingat lagi abah call mak selamat bersalin jam 130 ptg. masa tu short sem..
DeleteDayahhhh
Deletebila nak jumpa ni? Kerja kat FRIM kan?
Dekat gile2 kot.. jiran jeeeeee...
hahaha... akak, ahad free x??
Delete