GENG KITO

Orang Nengok

May 7, 2014

Kerja aku gaji kau

Assalamualaikum & hi!

“ Kau tolong buat ni. Buat yang ni jugak.”

“Dah siap? Tak pe la kalau tak dapat. Nanti aku uruskan.”

“Eh, kau dah siap? Tak dapat ya hari tu?”

“Tak pe la kau buat yang ni pulak.”

“Hari ni kau free tak? Tolong buat ni. aku nak secepat mungkin. Hari ni jugak aku nak setelkan benda ni.”

Dan bla bla bla bla…..kalau aku tulis semua ayat kau, aku rasa entri aku bulan ni cukuplah yang ini.

7.15 pagi jari anda dikesan. 8.50 pagi muka anda dikesan. 5.01 petang jari anda sekali lagi dikesan. Hebatnya pengesan.

Aku tertanya-tanya. Masa aku tak de siapa yang buat kerja kau? Oh! Baru aku ingat. Tempat kita ada ‘akak H’. Mungkin mereka mereka mereka yang menjadi assistant kau yang memang sepatutnya kau berkawan dengan mereka.

Jangankan kau nak kesan salah mereka. Mereka sempurna. Sebab tu kau tak pernah kenal  SALAH. Bila kuasa itu dijajah aku dan aku orang baru. Yeah, as I mentioned in the interview, I’m seeking experience as much as possible in whatever position I got.

Bila nama ‘fresh graduate’, mereka ialah mantan pelajar. PE LA JAR  (sila eja). Ko faham tak pelajar tu apa? Tak payah la aku nak explain panjang-panjang pelajar tu apa. Buang masa kau tahu. Dan bila nama pelajar, mereka ini tiada pengalaman. Mungkin kalau ada pon berapa cubit sangat.  Kau didiklah betul-betul. Kalau kau rasa kau hebat. Memang kau hebat sebab kau dah kerja lama. Kau mesti banyak pengalaman dah. Ya la, kau memang hebat. Sebab mulut kau sangat lancang bila kau minta "tolong" orang. :)

p/s: tak kemana kalau hidup sentiasa berlagak. Bila jalan pun mendongak, kau tak perasan pun ada batu kat bawah. bila kau tersepak lalu jatuh lantas terluka, kau akan rasa sakitnya luka itu dan mungkin ada parut yang tidak akan hilang. 


Wassalam
#keeppray4mh370

Wei, lupa nak inform, this is not my story bebeh. hanya menumpang di blog aku. out!



1 comment:

  1. org macam tu ada di mana2... kalau tak mampu tegur, kita doakan aje

    ReplyDelete

Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!