GENG KITO

Orang Nengok

November 27, 2014

Disini cerita kembali bermula

Assalamualaikum & hi to this blog readers.

Greeting from Kepong , Selangor. J

Jap, kita tengok dulu tarikh terakhir post entry. Oh, 23 Ogos lagi. Dah 3 bulan nampaknya tak menempel di blog ni. So, uols boleh bayang tak betapa rindunya I nak mencarut, membebel, meroyan dekat wall blog ni?? hahahaha.

Banyak je kalau nak kongsi cerita dalam blog ni sebenarnya. Tapi disebabkan my sis Hazirah tu pinjam laptop I bawak g u dia. Iols tak boleh la nak gigih sangat dah ngan blog. Tulah. Ngade. Netbook dia ada je. Tapi xmo guna. Ketuk dahi sikit. Pap! InsyaAllah, tak lama lagi I akan berkuasa mutlak ke atas laptop ini. Hihihi

Alhamdulillah, tanggal 31/12/2014 ni aku akan tamat kontrak sebagai R.A di FRIM ni dan sambung balik 2 Januari 2015. Sape kata aku tak nak move on? Mungkin dah ada rasa mampu untuk berkongsi pengalaman yang ada ni di tempat lain pula. Huhu. Kenapa macam tu dayah? Tak bersyukur betul.. Orang lain ramai mengganggur okay. Ko nak lepaskan keje ni? Mana ada nak lepaskan. Selagi aku tak dapat keje yang lebih bagus, selagi tu aku tak lepas dan selagi dorang tak tamatkan kontrak aku. Ye la. Mana ada orang nak bagi pengalaman dengan mudah kan. Dan aku sanggup menjadi seorang kuli *****.

Krik krik krik krik.

Alaaa.. Think positive. Kat mana-mana kerja pun akan ada rasa tertekan ataupun masyarakat kita suka sebut stress. Dengan sikap bos yang suka benda adhoc. Dengan sikap staf yang berapa ramai yang perasan dorang tu bos. Dengan sikap staf yang dengki antara satu sama lain. Ishhhh.. Mustahil la kalau tak de kat tempat keje korang. Sikit mesti ada. Tu belum lagi campur tolak darab bahagi perangai staf department lain. Ko jangan pk semua orang suka ko. Kerja je. Perangai manusia ni kalau ada 1000 orang , seribu jugak la perangai dia. No one is perfect.

BUT



Faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni? Ingat, bekerjalah dengan ikhlas. Ye.. tahu.. kita akan ada jugak sampai satu tahap tak boleh tahan. Aku pun rasa jugak. Kadang2 tu sakit hati sampai rasa nak nangis dan pernah la jugak nangis kan. Tapi kau sedar tak dengan sape ko nak bercerita?


Ya. Buatlah. Kau akan rasa ketenangannya. Aku akan sambung entri aku mengenai pengalaman hidup aku menjadi seorang penjawat awam kontrak. Saja nak share, Peace!

Wassalam

#keeppray4mh370
#Alfatihahmh17
#savegaza
#mayAllahsaveus





August 23, 2014

Segman: Blogwalking Bulan Kemerdekaan

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Alhamdulillah, selesailah sudah majlis pengebumian mangsa MH17 semalam. Alhamdulillah, keluarga yang tabah menghadapinya.  Alhamdulillah, dengan izinNya cuaca yang amat baik. Alhamdulillah, kita dapat bersatu dalam doa. Beruntungnya mereka ini kerana berjuta-juta manusia yang mendoakan mereka termasuk orang-orang yang soleh.  Al-fatihah. 

.
.
.
.
.
.

Dah lama rasanya tak join blogwalking ni. Mungkin masa tidak mengizinkan dan mungkin juga kali ini masa itu mengizinkan. Hehe. insyaAllah. Untuk join, just click the banner attached.


Penuh pengharapan jika tahun ini kemerdekaan disambut dengan alunan-alunan al-Quran dan zikir-zikir terapi. Bila berlaku perkara yang ‘unexpected’ pada negara kita, rasa gentar itu ada. Lahad Datu diceroboh, malah sehingga kini Sabah dalam bahaya. MH370 hilang tanpa jejak, MH17 ditembak di sempadan Ukraine-Russia dan sehingga kini tiada siapa yang tahu siapa dalangnya.

57 tahun-Di sini lahirnya sebuah cinta. Tema kemerdekaan tahun 2014. Semoga rasa cinta itu lahir dan sama-sama kita menjaga negara Malaysia dari diceroboh. Samada diceroboh melalui zahir atau batin. Hentikan politik kotor.

Wassalam

#keeppray4mh370
#alfatihahmh17
#keeppray4gaza
#mayAllahsaveus


August 21, 2014

MH17-Hari berkabung negara

Assalamualaikum wbt.


22 Ogos 2014 bakal menjadi tarikh bersejarah. Bersama-samalah kita banyakkan bersedekah mambaca ayat suci al-Quran pada esok hari. Semoga Allah memberi ketabahan kepada keluarga mangsa nahas pesawat mh17. Semoga Allah menempatkan mangsa yang beragama Islam dalam kalangan muslimin dan muslimat, dihapuskan segala dosa-dosa mereka. Sesungguhnya, orang yang benar-benar terpilih sahaja untuk menghadapi ujian yang bergitu hebat ini.

Bagi mangsa-mangsa yang belum dikenalpasti, insyaAllah segala-galanya akan selesai. Yakin pada Allah dan bersangka baik pada Allah. 



#Alfatihah

Jangan dilupa juga untuk mh370 yang masih di alam kebuntuan. insyaAllah, Allah akan mempermudahkan urusan kita. Ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan.

Wassalam
#keeppray



August 15, 2014

Semakan upu 2014


Assalamualaikum wbt & hello to all readers.

Keputusan upu bagi permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan STPM/SETARAF Sesi Akedemik 2014/2015 boleh disemak di sini:
 

Klik sahaja pada mana-mana saluran yang korang nak. Dan masukkan apa yang dipinta iaitu no.ic, no. Matrik dan kategori apa.

Tahniah kepada yang berjaya. Bagi yang tak berjaya, yakin dan percayalah perancangan Allah lebih baik.

Wassalam

#keepprayformh370
#alfatihahmh17
#savegaza
 
 

Again, congratulation sis! ukm..


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt & selamat pagi semua.

Ya Allah, lama sudah tak update entri. Tengok-tengok tarikh last update bulan July. Tu pon 2 post sahaja. Bulan puasa hari tu tak dapat dinafikan, masa sangat padat. Bila balik keje, terus g Bazaar Ramadhan. Bauh bajuh-mandi, solat asar-prepare nak buka. Lepas buka-maghrib-ngaji-terawih-iron baju-tidur. Bangun sahur 5 pagi, panaskan makanan je. Hidup single. Simple. Hehehe

Syukur alhamdulillah. Minggu ni dapat berita gembira.
 
 

Tahniah Hazirah which is a hardworking girl, math lover and you deserves to get it. Hahaha. Yang kelakarnya, budak ni tak mo cek dia punya keputusan upu ni. Dan aku sebagai akaknya ni yang terlebih excited nak cek. Keputusan upu ni boleh mula disemak pada 12 Ogos 2014 jam 12 tengahari. Bila dah pukul 12 tu, aku apa lagi, tanya terus no. Ic dan no. Matrik dia. Kih3.

Then, semalam pulak dapat tahu which college she will stay. Allah, dapat Kolej Keris Mas. Kolej kediaman ni kolej yang agak mahal bayarannya berbanding kolej-kolej lain walaupun fasilitinya adalah sama. Malah, rasanya lebih selesa lagi kot kolej lain. Huhuhu. Tapi tidak mengapa, kerana setiap yang Allah berikan itu adalah terbaik untuk kita. J
 
 

Thank you Allah kerana mempermudahkan urusan kami sekeluarga. Nanti raya haji balik sama-sama la!!

Wassalam
#keepprayformh370
#alfatihahmh17
#savegaza

 

July 20, 2014

MH17: Tiada kata-kata

Assalamualaikum semua.

Allahuakbar! Pada 18 Julai 2014 lepas, tak tergambar perasaan saat menerima berita satu pesawat mas ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Russia. Clueless. Masa tu bangun sahur tak sempat lagi nak g basuh muka, my housemate K.Mira bagitahu “Dayah, ada satu lagi pesawat mas terhempas. Katanya kena tembak”.



 
Allah! Terus bukak tv. Baca news line je mampu. Masa tengah sahur tu macam-macam fikir. Kenapa Malaysia? Apa lagi ni? Rancangan ke ni?  Konspirasi ke ni? Dorang tak bersalah.

Tengah bawak moto odw nak ke tempat keje, otak aku masa tu tak payah cakap la. Memang fikir pasal keselamatan Malaysia. Dari dulu lagi, masa kehilangan mh370 tu, aku teringin sangat nak g jumpa family mangsa. Sebab rasa macam mangsa-mangsa saudara aku. Ya, kita bersaudara hakikatnya. Saudara Islam.

Al-fatihah. Duhai keluarga, Allah memilih kalian kerana Allah tahu kalian mampu menghadapinya. Tabahkanlah hati kalian. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita semua. Hari raya tahun ini takkan dilupa hingga akhir hayat ini. Paling menyedihkan. 2014, adalah tahun tragic Malaysia.

Wassalam

#keeppray4mh370
#alfatihahmh17
#savegaza

July 15, 2014

Bloggers, readers! please read and thank you

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan hi semua.

1.06am, keep face the laptop’s screen just to post an entry. insyaAllah. Alhamdulillah, 17 Ramadhan. ½ already? Sekejap je kan. pejam celik pejam celik dan separuh Ramadhan. Syukur.

Ramadhan kali ini kita dikejutkan sekali lagi dengan serangan Zionist terhadap Gaza. Menitis air mata bila scroll facebook tengok gambar anak-anak kecil yang menjadi korban. Anak-anak kecil yang menangis kehilangan mak ayah, saudara mara, adik beradik. Anak-anak kecil yang berani lantang bersuara bertanya dimana ummi dan abiku terhadap Zionist itu. Anak-anak kecil yang penuh darah. Ya Allah, anak itu. Jika anak-anak kecil itu adalah adikku? Bagaimana?

Kalau di Malaysia, isu 2 orang polis marin menjadi mangsa penceroboh. Salah satu daripada mereka telah ke dunia sebenar menghadap Illahi, bagaimana pula seorang lagi yang diculik? Again, i'm trying to put myself in that situation. Cannot breath for a few seconds. Dengan isu MH hilang tu tak settle lagi.Allahuakbar! Out of box.  

To all my blog’s readers, can you help me? Saya tak perlukan masa anda utk saya, saya tak perlukan duit anda untuk saya, TAPI masa dan duit itu adalah untuk anda sendiri.

1st, masa.

Sedarlah masa yang diberikan oleh Allah adalah milik Dia juga. Apa salahnya pinjamkan beberapa minit sahaja, angkat kedua-dua belah tanganmu, memohon keampunan dariNYA dan memohon kesejahteraan, keamanan serta keselamatan bagi kita semua ummat islam. Kejap aje kawan. Mohon diberikan kemenangan ke atas tentera Palestin yang berjuang mempertahankan Islam. Mohon Allah hancurkan tentera Zionist sepertimana Allah hancurkan tentera bergajah dengan burung ababil. Mohon Allah selamatkan Malaysia kita, dijauhkan dari segala pencerobohan. Al-Fatihah untuk Koperal Ab Rajah Jamuan.

2nd, duit.

Lebih kurang 2 minggu sahaja lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Saya yakin most of us mesti dah shopping raya kan?kenapa tidak berikanlah sedikit rezeki anda itu kepada mereka di Gaza sana. Mereka memerlukan duit bagi kos perubatan. Mana nak cekau duit bila rumah dorang kena bom? Tempat keje kena bom? Makanan mereka tiada. Pakaian mereka hangus. Pakaian mereka sekarang ni darah sahaja. DARAH. Sumbangkanlah seikhlas hati anda kepada mereka. Lillahitaala. Syukran.
:)


Recall to the 4th pharagraph, mengapa saya mengatakan masa dan duit itu adalah untuk anda? Kerana apa yang ada lakukan di muka bumi ini, Allah ganjarkannya di akhirat kelak. Namun, jangan difikir urusan Allah itu, ikhlaskan seikhlas ikhlasnya. Sekali lagi, lillahitaala. Berbuatlah kerana Allah.

Salam nuzul Quran dari saya, Hidayah Abdullah. Disini, saya ada attach cover photo for facebook ; prayforgaza, prayformh370, prayforsabah, mayAllahsaveus. FREE! Free to download it, and free for make it as your cover photo. Thank you everyone.


Wassalam


July 4, 2014

Berbicara mengenai Ramadhan

Assalamualaikum & hi readers!


Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Illahi kerana dengan izinnya kita sekarang sudah berada dalam bulan Ramadhan, hari ke 7. Eh, dah seminggu la.. Mesti dah tak de ‘ter ter’ lagi kan. hehe. 2 hari lepas,  tengok Selamat Pagi Malaysia, hostnya berkongsi cerita, masa bancuh air, kakak iparnya ‘ter’cuba air yang dibancuh tu. Mungkin ia normal untuk sehari dua tapi bukan untuk tempoh waktu sekarang.

Semua orang tahu bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh kelebihan. Aku rasa non-muslim pun ada yang tahu cuma mungkin tidak dapat merasainya


Ya, ramadhan ialah kawan anda. Mungkin tahun ini kita berkesempatan untuk bersamanya dan adakah kita yakin tahun depan kita bersua kembali? Siapa tahu 'waktu' itu bila masanya. 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu: kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu DIA memberitahu kepada kamu apa yang telah kamu lakukan (serta membalasnya)."
-Al-Jumu'ah:8

Kenapa tidak ketika diberi peluang ini kita menggunakannya sebaik mungkin? At least, kita mencuba untuk sama-sama mendekatkan diri kita pada Allah azza wa jalla. Dan ikhlas. InsyaAllah, ketenangan kerana kerahmatan dan kasih sayangNya akan dirasai. 


Selamat beribadah. 

Wassalam. 
#keeppray4mh370


 

June 30, 2014

Tips rancang kewangan anda

J J Assalamualaikum readers J J

So, macam mana hari pertama puasa semalam? Banyak dugaan ke? Banyak post aku baca kat facebook kata banyak dugaan. Bau orang sebelah masak pun dugaan. Especially untuk perantau2 kan. Alhamdulillah, semalam sebelum berbuka mak cik sebelah rumah aku bagi pengat pisang. Rindu sangat masakan mak. Ni pun dugaan jugak. Hehehe

Dalam pukul 6 petang gitu, aku dan k. ros pergi Bazar Ramadhan dekat Taman Ehsan, Kepong ni. Kitorang cuma beli nasi satu bungkus seorang rm 6 dan kuih rm3 seorang. Total, rm 9 seorang. Tu tak termasuk air sebab minum je apa yang ada kat umah. Emm, bila diamati balik kemungkinan jika ditambar air akan jadi berbelas2 ringgit. Dan mungkin akan menghampiri rm20 jika dibungkus sekali lauk untuk bersahur. Ishhh.. besar jugak tu perbelanjaan. 

Sekadar gambar hiasan
Untuk mengelakkan anda berbelanja lebih, aku nak share beberapa tips yang mungkin relevan untuk diaplikasikan dalam hidup kita. Lagi-lagi orang bujang macam aku ni samada students atau baru mula bekerja.

PLAN YOUR FINANCE



Pertama sekali, of course you need to plan your finance. Kira duit rumah, duit kereta/moto, bil letrik, bil air, topup, keperluan asas dan sbgnya. Nak shopping ke nak apa ke, rancang dulu awal. Mana2 yang nak shopping tu make sure ada had jugak lah. Jangan main ambik je. That’s why, kalau aku nak shopping aku akan tunggu sales je. Especially sogo, tunggu sales baru beli. Baru la cun2 bajet. hehe

KEEP YOUR MONEY IN A SPECIAL ACCOUNT
Setelah mendapat gaji, why not transfer your money into another account and make sure you cannot access the account by using atm card. This is called special account and renamed it as “Personal Savings Account”. Bila takde atm card, korang akan rasa malas taw nak g ambik duit tu. so, duit korang tu lama2 akan jadi bukit. Haaa, berbalik kepada point pertama tu, make sure transfer duit ni berlaku before g shopping, kalau tak nanti, tak sempat la nak transfer. Sebabnya akan ambik duit ni untuk shopping. Bercakap berdasarkan pengalaman ni. kih3.

ELAKKAN BERHUTANG


Kalau untuk beli kereta dan rumah tu bolehlah berhutang. Berapa ramai sangat la yang mampu nak beli cash kan. hohoho. Bila dah nak raya ni, akak2 yang kat luar sana tu mulalah nak tukar langsir la, perabot la, karpet la, dekorasi rumah la dan banyak lagi lalalala. Yang lagi parah nak tukar jugak kete. Botak sat kepala suami. Bila nak tukar semua benda ni, konfem2 la akan berhutang. Mungkin yang sangat kaya tak hutang la. Biarlah, dah dia mampu kan. Tak payah la nak hutang-hutang semua ni. Guna je mana yang ada tu. kalau tukar pun, sikit sudah la. ataupun yang mana perlu sahaja. Pastikan yang betul2 perlu.

HINDARI PENGGUNAAN KAD KREDIT


Aku tak de kad kredit. So, tak reti sangat nak berbicara kad kredit ni. tapi tadi sempat tengok kejap kat rtm 1, katanya: gunalah cash money sebelum menggunakan kad kredit. Dan anda jugak digalakkan untuk menamatkan terus kad kredit anda untuk mengelakkan anda terlalu banyak berhutang. Kalau anda adalah seorang yang patuh dalam membayar kad kredit ni, isokey isolrait je.janji kena pandai2 la eh.

DON’T EVER SPEND YOUR MONEY EXCEED YOUR MONTHLY SALARY
Yeahh, of course dear. Kalau kita berbelanja lebih, macam mana nk hidup. Tak kan nak berhutang dengan orang selalu. Hutang wajib dibayar okay. Buatnya ajal kita cepat. Allah, hutang banyak lagi. How??

Kalau dilihat balik secara keseluruhannya, all of these depend on the first point. Plan your finance wisely.

Wassalam.
#keeppray4mh370


June 28, 2014

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum wbt.



Kehangatan Ramadhan kian terasa. Cuba kira berapa jam je lagi. Malam ni kita semua akan bangun pagi untuk bersahur. Seronoknya. insyaAllah, ada keberkatannya.
Perintah Allah swt supaya kita berpuasa.



Kita semua tahu, Ramadhan ni adalah bulan ibadah dimana ibadah kita pahalanya dilipatgandakan. Tengoklah kalian, betapa Allah itu Maha Pemurah. Oleh itu, ambillah kesempatan ini untuk kita melakukan ibadah-ibadah sunat sepanjang bulan Ramadhan. Cuba didik diri sedikit demi sedikit dan yang paling panting ikhlaskan diri. insyaAllah, ada kenikmatannya.

Antara amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan dalam bulan puasa ialah:

1)    Sahur
“Bersahurlah kamu sekalian kerana sesunggubnya di dalam sahur itu terdapat barakah. “ (HR Bukhari & Muslim)

2)   Segera berbuka puasa
“ Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)

3)   Menggandakan bacaan al-Quran dan memahami ertinya
Hadis Ibnu Abbas menyatakan bahawa Rasulullah saw bertadarus dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.

4)   Banyakkan berdoa
Diriwayatkan oleh Turmidzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin Negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

5)   Solat terawih
Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda: “ Barangsiapa yang mengerjakan solat sunat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari Allah swt, maka akan diampuni segala dosanya yang lalu. “(HR Bukhari & Muslim)

6)   Bersedekah dsbgnya.

 Ok. Bila dah bangun sahur tu jangan lupa ya kawan-kawan semua untuk niat puasa. Niat ni merupakan rukun puasa ye. Ni niatnya. Print tampal kat mana2 yang membolehkan anak-anak anda membacanya dan mengingatinya. 


Salam sayang semua. 
Wassalam. 
#keeppray4mh70 
Selamat berpuasa dan melakukan ibadat sunat banyak-banyak!



Azab Bagi Mereka yang Meninggalkan Solat

Assalamualaikum dan salam hujung minggu semua.

Alhamdulillah, hanya beberapa jam sahaja lagi kita akan bersua dengan Ramadhan yang mulia. insyaAllah, moga kita semua dipanjangkan umur.

Berpuasa tapi meninggalkan solat, apa gunanya? Kita tetap kena ingat dan selalu ingat solat adalah tiang agama. Emm, jangan la mana2 yang xsolat tu, terus tinggal puasa bila aku cakap solat itu yang utama. Tak payah la aku nak cakap lagi pasal rukun Islam. Ummat Islam seharusnya tahu tentang rukun itu. Kalau kita boleh patuh undang2 atau peraturan2 asrama mengapa tidak kita patuh pada suruhan Allah? Sedangkan patuh pada suruhan Allah itu adalah diwajibkan.

Di sini adalah azab bagi mereka yang meninggalkan solat. Kita tak tahu ye, berapa ramai di alam barzakh sana, mintak nak hidup balik, meronta-ronta, diseksa disebabkan meninggalkan solat. Nauzubillah!


Seringkali bila bangun sahur, tidur balik. Apa berlaku? Subuh gajah? Atau terus lupus? Dan bila maghrib nafsu makan itu membuak2 lantas melalaikan diri anda, anda dan anda hanya menghadap makanan sehingga mengabaikan waktu maghrib. Perkara biasa dan common kata orang putih. Tahun ini berazamlah kita semua supaya jangan berulang lagi perkara ini jika kita pernah terjebak. Jadikan bulan puasa ini merupakan permulaan untuk diri kita semua untuk berubah. KERANA bulan Ramadhan bulan ibadah, bulan kerahmatan dan keampunan. Para malaikat merendahkan sayap untuk menghitung pahala berganda.

*Salam Ramadhan Al-Mubarak*

Wassalam
#keeppray4mh370
#112hari



June 25, 2014

Ikhtilat real vs alam maya

Assalamualaikum semua.

Korang pernah dengar perkataan ikhtilat tak? Ikhtilat ni adalah batas-batal pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Selalunya, tak kira la lelaki ke perempuan ke, dia punya apply ikhtilat ni kat real life kemain lagi. Contoh seorang lelaki terserempak dengan seorang perempuan, tunduknya tu sampai tak nampak pili bomba. Pupppp! Bedebakk, tersadung, jatuh. Hahahaha. Tapi bila di alam maya, amboi2. Sweeeeet. Mungkin kurang tahu ikhtilat ni juga perlu dijaga walau di alam maya. Jom kita tengok gambar ni. 



Wassalam
#keeppray4mh370

Siapa Perempuan Sebenarnya??

Assalamualaikum.

Perempuan ini dianugerahkan hati yang sangat lembut. Perempuan juga diciptakan dari tulang rusuk kiri seorang lelaki; dimana lelaki ini merupakan pasangan dalam hidup seorang perempuan.

Siapa perempuan sebenarnya??


Wassalam
#keeppray4mh370