Assalamualaikum dan salam hujung minggu semua.
Alhamdulillah, hanya beberapa jam sahaja lagi
kita akan bersua dengan Ramadhan yang mulia. insyaAllah, moga kita semua
dipanjangkan umur.
Berpuasa tapi meninggalkan solat, apa gunanya?
Kita tetap kena ingat dan selalu ingat solat adalah tiang agama. Emm, jangan la
mana2 yang xsolat tu, terus tinggal puasa bila aku cakap solat itu yang utama.
Tak payah la aku nak cakap lagi pasal rukun Islam. Ummat Islam seharusnya tahu
tentang rukun itu. Kalau kita boleh patuh undang2 atau peraturan2 asrama
mengapa tidak kita patuh pada suruhan Allah? Sedangkan patuh pada suruhan Allah
itu adalah diwajibkan.
Di sini adalah azab bagi mereka yang
meninggalkan solat. Kita tak tahu ye, berapa ramai di alam barzakh sana, mintak
nak hidup balik, meronta-ronta, diseksa disebabkan meninggalkan solat.
Nauzubillah!
Seringkali bila bangun sahur, tidur balik. Apa
berlaku? Subuh gajah? Atau terus lupus? Dan bila maghrib nafsu makan itu
membuak2 lantas melalaikan diri anda, anda dan anda hanya menghadap makanan
sehingga mengabaikan waktu maghrib. Perkara biasa dan common kata orang putih.
Tahun ini berazamlah kita semua supaya jangan berulang lagi perkara ini jika
kita pernah terjebak. Jadikan bulan puasa ini merupakan permulaan untuk diri
kita semua untuk berubah. KERANA bulan Ramadhan bulan ibadah, bulan kerahmatan
dan keampunan. Para malaikat merendahkan sayap untuk menghitung pahala
berganda.
*Salam Ramadhan Al-Mubarak*
Wassalam
#keeppray4mh370
#112hari
No comments:
Post a Comment
Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!