Assalamualaikum
wbt.
Kehangatan
Ramadhan kian terasa. Cuba kira berapa jam je lagi. Malam ni kita semua akan
bangun pagi untuk bersahur. Seronoknya. insyaAllah, ada keberkatannya.
Perintah
Allah swt supaya kita berpuasa.
Kita
semua tahu, Ramadhan ni adalah bulan ibadah dimana ibadah kita pahalanya
dilipatgandakan. Tengoklah kalian, betapa Allah itu Maha Pemurah. Oleh itu,
ambillah kesempatan ini untuk kita melakukan ibadah-ibadah sunat sepanjang
bulan Ramadhan. Cuba didik diri sedikit demi sedikit dan yang paling panting
ikhlaskan diri. insyaAllah, ada kenikmatannya.
Antara
amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan dalam bulan puasa ialah:
1) Sahur
“Bersahurlah
kamu sekalian kerana sesunggubnya di dalam sahur itu terdapat barakah. “ (HR
Bukhari & Muslim)
2) Segera berbuka puasa
“ Manusia
itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari
& Muslim)
3) Menggandakan bacaan al-Quran dan
memahami ertinya
Hadis
Ibnu Abbas menyatakan bahawa Rasulullah saw bertadarus dengan Jibril pada
setiap malam Ramadhan.
4) Banyakkan berdoa
Diriwayatkan
oleh Turmidzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Ada 3
golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu orang yang berpuasa sehingga dia
berbuka, pemimpin Negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
5) Solat terawih
Dari Abu
Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda: “ Barangsiapa yang mengerjakan
solat sunat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya
mengharapkan pahala dari Allah swt, maka akan diampuni segala dosanya yang
lalu. “(HR Bukhari & Muslim)
6) Bersedekah dsbgnya.
Ok. Bila
dah bangun sahur tu jangan lupa ya kawan-kawan semua untuk niat puasa. Niat ni
merupakan rukun puasa ye. Ni niatnya. Print tampal kat mana2 yang membolehkan
anak-anak anda membacanya dan mengingatinya.
Salam sayang semua.
Wassalam.
#keeppray4mh70
Selamat berpuasa dan melakukan ibadat sunat banyak-banyak!
No comments:
Post a Comment
Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!