GENG KITO

Orang Nengok

June 22, 2014

Hikmah Puasa Sunat

Assalamualaikum dan selamat petang semua

Sebelum balik kerja ni, aku nak share hasil pembacaan aku setelah membaca artikel mengenai hikmah berpuasa sunat di berita harian online ni. Pejam celik, sedar tak sedar kita sekarang ni dah bulan Jun dah. Akhir bulan Jun iaitu 28 Jun, insyaAllah kita semua akan bertemu sekali lagi bulan yang penuh kemuliaan, bulan Ramadhan. Bila dah dekat ni, apa kata kalau kita semua sama-sama melatih diri untuk berpuasa. Puasa sunat. Sebab puasa sunat yang kita lakukan ni bukan sahaja tak nak bagi badan kita “terkejut” bila ubah jadual makan, tapi nak minta badan ni siap sedia la dan pastinya banyak hikmah puasa sunat ni.


1)    Tanda bersyukur
Bila kita puasa ni, kita akan rasa bersyukur atas rezeki yang Allah swt dah kurniakan pada kita. Kita makan macam ni dan bagaimana pula orang seperti homeless atau gelandangan tu makan?? Haaa, cuba fikir. Sebab tu kita kena bersyukur. Cuba jugak fikir, aku ni sihat. Allah bagi kudrat nak makan. Macam mana nanti kalau aku tak sihat?? (*sambil angkat kedua2 belah kening). Mampu ke aku nak makan sedap-sedap ni?

2)   Menyucikan diri
Wahai pembaca yang dirahmati Allah sekalian, hakikatnya puasa ni dapat menyucikan kita daripada sifat mazmumah atau dalam bahasa yang semua boleh faham, sifat yang tak baik, tak elok. Contohnya seperti sifat tamak, sombong dan hasad dengki. insyaAllah, bila kita berpuasa sunat ni, jiwa kita akan bersih dan secara tak langsng dapat menerapkan sifat rendah diri. Atau orang putih kata low profile. Gitteww..

3)   Mendidik jiwa
Puasa ni juga dapat mendidik jiwa kita dengan sifat belas kasihan terhadap orang lain. Biar sama2 kita rasa kesusahan orang lain. Berbuka tu cubalah kawal sikit. Ni idak, ikut nafsu je memanjang. Mungkin sesiapa yang ada duit lebih tu, anda akan memilih makanan yang mahal sahaja kan. Kalau murah tapi sedap okay jugak. Banyak je makanan murah dan sedap ni. huhu



Untuk info lebih lanjut, anda boleh layari:

p/s: ada lagi ke yang tak ganti puasa? Cepat2 ganti. Minggu depan dah puasa. 



 Wassalam 
#keeppray4mh370


No comments:

Post a Comment

Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!