GENG KITO

Orang Nengok

May 26, 2012

NASI KUKUS AYAM PACAK!


Boleh dikatakan tiap2 minggu aku ditemani Puteri Katak pergi pasar malam Bangi Seksyen 16 tuee…tapi yang indahnya harini baru kami perasan…ada menu baru..

NASI KUKUS AYAM PACAK!
Nak cuba???besttt!!!jangan lepaskan peluang keemasan ini..serbulah pasar malam bangi setiap selasa dan sabtu…
*ni je la tempat pelajar UKM berkeliaran…hahaha

 SELAMAT MENCUBA~~


May 24, 2012

Khamis yang malang~



Serius tak tipu, hari ni semangat aku nak g kelas..lagipon hari ni hari last belajar ngan En. Daman utk kursus Famili Tumbuhan Berbiji…Tengah panaskan enjin moto, ttbe tertengok ada kesan calar kat bahagian depan moto..terus berubah mood..mendadak!Aku rasa tertekan dan terkilan…rasa nak je cari sape yg buat tu…

Kalau awal bulan Mei hari tu (3 Mei 2012) juga hari Khamis tepat jam 1015 pagi..aku excident…hari ni tepat jam 1000 pagi moto kena calar (*waktu aku tgk)…mmg hari Khamis yang malang bagi aku bulan Mei ni…dah la masa excident 3 minggu lepas tu tercalar kat bahagian sisi moto..tu aku blh lagi sabar..sbb aku tahu kereta yang aku langgar tu lagi teruk kemek…mmg salah dia pon..keluar parking xbg signal..dah la main kluar..xtgk side mirror..nasib baik aku xmintak ganti rugi…sbb dah tahu kereta dia lagi teruk..kesian plak..Hari ni punya plak sampai skarang aku xleh maafkan..Nak gi basuh dan polish dulu bila free nanti…mungkin esok petang..kalau tak hilang mmg aku xmaafkan melainkan dia datang mengaku pada aku dia yang buat…

*Parking kat tempat parking moto kolej..sah2 la bdak kolej ataupon pekerja canselori…kalau pekerja tu mmg dia xknal aku la…

Ok.stress!!jap lagi quiz.


May 23, 2012

UKM's botanist




May 22, 2012

Dilema NOT Delima


Alhamdulillah..sejak aku tak kalut sangat dengan mid test aku..aku berasa sedikit tenang..tambahan pula selepas Malam Anugerah Pelajar 15 (MAP 15) hari tu aktiviti kolej pun xde…bukan xde langsung..bakal jaksa sesi 2012/2013 kolej aku pergi kursus kat Pulau Pemanggil dan aku pula ditakdirkan utk ke fieldwork bagi kursus Ekologi Terestrial..mungkin ada hikmah gerak geri ALLAH pada kali ini..n finally im feeling it…rasa indah, rasa bahagia dan sangat bersyukur..alhamdulillah..tQ ALLAH… Kau hadirkan mereka…

Aku, Fatin , Ain


,Puteri Katak , Iedya Abdullah, Fatin Syahighah


Aku, Fatin, SyafiQ


We are Biologist!!!


But sincerely I’m not fully have a zero mind..aku masih terfikir adakah aku akan teruskan untuk aku memegang jawatan sebagai jaksa??kali ni aku bukan lagi sebagai jaksa kebudayaan dan warisan tapi kali ini aku BAKAL dilantik sebagai setiausaha jaksa.. (*hanya kura2 ura2)..kadang-kadang terfikir jugak kenapa aku masih dilantik jika “mereka” tahu aku tidak mampu??”mereka” yang menilai…”mereka” yang membuat keputusan ini..mereka lagi mampu..

Next thing, adakah aku masih ingin stay di kolej aku skang??kenapa aku nak pindah kolej??Do I have problem with this college??or people in this college??or what is my REAL problem??nak lari dari masalah…undefined…pernah entri aku RUJUK INI mnyatakan dah 70% memihak kepada PINDAH…emosi sangat mempengaruhi dalam membuat keputusan…insyaALLAH jika ada masa, aku akan fikir dan bincang perkara ini dengan yg selayaknya…moga dipermudahkan…

And the last one is…..before kami (biologist) pergi fieldwork..kami diberi form untuk pemilihan penyelia for thesis…THESIS???WOW!!!xpercayakan?dah nak masuk 3rd year…hoho…kami perlu hantar hari Isnin (21 Mei 2012)..masa nak isi form tu..seriously xtahu nak pilih yang mana satu…mmg sangat DILEMA.. and mmg salah aku sebab xbuat solat istikharah awal2 untuk tajuk dan penyelia thesis..dengan penuh keredhaan aku pilih sahaja..

Minat dan Keupayaan Wajib Seimbang (Iedya Abdullah 2012).

*solat istikharah bukan untuk pilih jodoh jew..hehe..

Wassalam..



May 17, 2012

Jadual Final Sem 4 Biology


Tak payah nak terkejut dan shock!!!dah nak final wei..TATAP jadual ni!!ada berani??tough mengalahkan Aaron Aziz weiii…


ALL THE BEST!!MOGA ALLAH MEMBANTUKU!AMIN~



May 14, 2012

Pesanan dunia, akhirat tujuan











Wahai kawan,
sedarkah dikau,
kita sebenarnya sibuk,
sibuk kita mngalahkan para nabi,
mengalahkan para ulama',
mengalahkn khalifah....

Kesibukan apa sebenarnya yang kita cari,
apa maknanya kesibukan itu,
kesibukan yang dibuat-buat,
atau kesibukan tanpa dirancang...

Pernahkan dikau berfikir,
walaupun sesaat,
Rasulullah saw diturunkan dimuka bumi sebagai nabi,
pemimpin kepada ummat seluruh alam,
tetapi kita????
renungkan.........

Subuh kita subuh bertemankn cahaya matahari,
solat kita dihujung waktu,
tanpa rasa hormat seruan azan,
mulut terus bercakap,
mahukah kita mati dalam kekufuran???,
kerana bercakap semasa azan,
kalimah syahadah tak terlafaz saat nyawa mahu berpisah....

Siang waktu bekerja,
malam waktu berehat,
alaf baru memutarkannya sehingga 360 darjah,
lepak diwaktu malam,
megulik mimpi diwaktu siang,
bilakah masa dikau memohon keampunan????

Al-Quran dijadikan hiasan,
kerana aku Islam aku wajib memilikinya,
adakah itu tujuan Al-Quran diturunkan???..
sunnah pula makin dilupakan,
kerana pemodenan dijadikan nakhoda hidup...

Takut kerana exam,
menjadi fitrah terlafaznya dari pelajar,
tidakkah kita sedar????
hari yang dilalui itulah peperiksaan,
peperiksaan Allah,
namun dek kerana hanya satu perkataan ditukarkan,
kita tidak menyedarinya....
peperiksaan dengan ujian,
walhal sama maksudnya..
sanggup berjaga malam kerana exam,
tetapi sanggupkah dikau berjaga malam utk menghadap Illahi???

Megahnya manusia kerana pangkat,
semua ini kita yang punya,
kerana kau seorang artis,
seorang peguam,
seorang pegawai,
semuanya pasti terbaik ,
sedangkan tiada beza antara kita,
dihitung hari yg sama,
disoal soalan yg sama,
kain putih juga membalut tubuhmu...


Cinta...
indahnya perkataan ini,
mengejar cinta tanpa sedar,
sehingga meyumbang kadar kelahiran,
bayi dijadikan sampah,
jika dulu "dilarang membuang sampah dimerata-rata",
tapi kini "dilarang membuang bayi dimerata-rata"...
cinta Allah entah kemana,
cinta manusia besarnya pengorbanan...

Tunggu sekejap,
nantilah,
kejap lagi,
lambat lagi,
nanti tua,
mudah diungkap jika diajak membuat kebaikan,
tetapi adakah perkataan-perkataan ini akan terlafaz???
saat malaikat Izrael datang mencabut nyawa??
tidak!!!tak mungkin....

Ya Allah,
Ampunkanlah kami...
kami hanya manusia biasa,
yang lemah,yang hina,
ampunkan kami Ya Allah,
ampuni kami Ya Allah,
ampuni kami Ya Allah....
Amin ya Rabbal alamin~~~

Puisi ini telah dicipta oleh Iedya Abdullah sepenuhnya. Mulanya hanya sebagai nota di facebook.

Selamat beramal~pesanan bersama.


May 11, 2012

Down..


Sekarang perkara ini lebih jelas., aku malu dengan semua ini..
Aku malu sebab aku tahu dalam semua perkara aku lemah..
GAGAL..
Tertanya2 kenapa aku jadi macam ni?
Aku lemah untuk hadapi semua ni seorang diri.. cuba kuatkan yang aku boleh.
Tapi I cant.
Down!

May 10, 2012

Rentetan Map 14 @ twitter


Entry ini adalah entry pelik. Ia perlu dibaca dari bawah. Harap maaf..
*ttbe idea gile ni datang.. hahaha 

Plan:
Map 6 àMap 5 à Map 4 à Map3 àMap 2à Map 1
So baca dari Map 1 dahulu…

Pesanan khidmat masyarakat:
  • Abaikan typo error.. typo is art.. :p
  • Abaikan juga tweet yang xberkaitan…=)
  • klik pada imej utk proses tumbesaran! 
Map 6

Map 5

Map 4

Map 3

Map 2

Map 1 

Salam sayang ...





♥ ♥MAP 15 dan Hatiku ♥ ♥


Eh, dah masuk pertengahan bulan Mei la…10 Mei 2012 dah..mlm ni tepat jam 8.00 malam akan diadakan Malam Anugerah Pelajar Kolej Tun Hussein Onn kali ke 15.. Tema : Sweet and Romance-red carpet


Imbas kembali…
Aku merupakan ajk protocol yg dikendalikan kawan aku..huh~mmg ssh time tu..sbb 1st time aku handle program…ntah hape2 aku rasa…mula2 tu dia invite aku dan 2 org lagi kawan aku (*ex) jadi usher je...ntah salah jalan masuk kiri xmasuk kanan...akhirnya, kami kecundang terpaksa menjadi ajk…even terpaksa aku tetap buat apa kerja aku…masih ingat semangat pergi bilik Ketua Pengarah (Bala @ Balqis) time tu…tanya apa tugas2 protokol. Almaklumla aku mmg xtahu apa2.. Tema : Akustik

Hari kejadian plak mmg kelam kabut aku..rupanya banyak lagi yang aku xsiap…nasib baik la ada E-jan (KP MAP 15) yang bnyk tolong aku..dari segi tagging meja, ssun kedudukan VIP, buat teks penyampaian anugerah utk felo dan jaksa umumkan dan banyak lagi la…xtdo semalaman before dinner malam tu..kalau x, aku rasa dinner tu hancur sbb aku..

tQ e-jan sbb tolong tahun lepas…aku rasa dah cakap tahun lepas..

2012
Tahun ni plak aku sbg VIP kolej…



Sampai saat ini hati ni masih lagi berbelah bagi nak pergi atau xnak…baju dah ada even aku xtahu nak pakai dengan apa..bukan xfikir tapi ada “something” yang buat aku hilang mood itu..entahlah..mungkin betul kata Irfan aku terlalu fikir..fikir yang bukan-bukan..terlalu emosi dan cepat touching..mungkin ada kebenarannya..tapi aku rasa aku akan mulakan langkah untuk jaga hati ini..kerana hati ini sahaja yang menemani aku.. anugerah ALLAH.

Firman ALLAH swt:

Dan ketahuilah bahawa rasul Allah adalah di kalangan kamu. Jika dia mentaati kamu dalam kebanyakan urusan, kamu akan menderita; tetapi Allah menjadikan cinta pada keimanan kepada kamu, menampakkannya indah di dalam hati kamu, dan Dia menjadikan kamu benci pada ketidakpercayaan (kekafiran), dan kefasiqan, dan keingkaran. Mereka itu, merekalah yang berfikiran waras.(Al-Hujuraat 49:7)

Wassalam


May 2, 2012

"JUARA "


Mungkin ada yang berkata..kita akan berasa puas jika apa yang kita lakukan itu berjaya. Mungkin ada juga yang berkata..kita akan berasa puas jika apa yang kita lakukan dihargai… Mungkin ada juga yang berkata.. kita akan berasa puas jika apa yang kita lakukan itu telah kita usaha sedaya upaya walaupun tidak mencapai tahap “JUARA”. Mana satu diantara berikut pilihan anda?




Aku seorang manusia biasa yang hanya mampu belajar secara perlahan dalam menuntut ilmu tidak kira ilmu akademik mahupun kokurikulum. Terdetik dihati kecil ini satu persoalan yang mungkin mempunyai seribu jawapan. Barangkali juga jawapan yang sama namun punya hujah yang berbeza.

“Adakah JUARA adalah yang terbaik di antara yang terbaik?”

Masa diberikan kepada kita selama 24 jam satu hari. Aku cuba untuk membahagikan masa ini sebaik mungkin kepada semua bidang yang aku ceburi. Dan kadang-kadang, mungkin juga seringkali aku dapat merasakan I’m not intelligent in order to manage the time. Sudah beberapa kali tercatat di dalam blog ini yang menyatakan aku sendiri tidak dapat membezakan mana satu penting, utama dan mustahak.

Pujian tidak pernah ku tagihi. Pujian tidak pernah ku impikan. Pujian juga tidak pernah ku harapkan. Namun, tidak juga ku pinta pujian itu menjadikan seseorang yang menipu diri sendiri. Hipokrit bukan bersandarkan pada senyuman palsu dibibir. Tapi sedarkah ianya satu penipuan yang terbesar untuk diri sendiri?

ALLAH swt mempunyai perancangan yang sewajarnya untuk setiap hambanya. Mungkin hati kecil ini bertanya kenapa, kenapa dan kenapa. Usahlah ditanya kerana yakin dan percayalah ini adalah pengalaman manis dan pahit sepanjang bergelar JAKSA. Ambillah ujian ini adalah cintaNYA kepadamu.


Hanya ALLAH yang tahu hati ini saat jari pantas berjalan di atas keyboard. 
Ikhlas-Siti Noor Hidayah Abdullah