Wahai kawan,
sedarkah dikau,
kita sebenarnya sibuk,
sibuk kita mngalahkan
para nabi,
mengalahkan para ulama',
mengalahkn khalifah....
Kesibukan apa sebenarnya
yang kita cari,
apa maknanya kesibukan
itu,
kesibukan yang
dibuat-buat,
atau kesibukan tanpa
dirancang...
Pernahkan dikau
berfikir,
walaupun sesaat,
Rasulullah saw
diturunkan dimuka bumi sebagai nabi,
pemimpin kepada ummat
seluruh alam,
tetapi kita????
renungkan.........
Subuh kita subuh
bertemankn cahaya matahari,
solat kita dihujung
waktu,
tanpa rasa hormat seruan
azan,
mulut terus bercakap,
mahukah kita mati dalam
kekufuran???,
kerana bercakap semasa
azan,
kalimah syahadah tak
terlafaz saat nyawa mahu berpisah....
Siang waktu bekerja,
malam waktu berehat,
alaf baru memutarkannya
sehingga 360 darjah,
lepak diwaktu malam,
megulik mimpi diwaktu
siang,
bilakah masa dikau
memohon keampunan????
Al-Quran dijadikan
hiasan,
kerana aku Islam aku
wajib memilikinya,
adakah itu tujuan
Al-Quran diturunkan???..
sunnah pula makin
dilupakan,
kerana pemodenan
dijadikan nakhoda hidup...
Takut kerana exam,
menjadi fitrah
terlafaznya dari pelajar,
tidakkah kita sedar????
hari yang dilalui itulah
peperiksaan,
peperiksaan Allah,
namun dek kerana hanya
satu perkataan ditukarkan,
kita tidak
menyedarinya....
peperiksaan dengan
ujian,
walhal sama maksudnya..
sanggup berjaga malam
kerana exam,
tetapi sanggupkah dikau
berjaga malam utk menghadap Illahi???
Megahnya manusia kerana
pangkat,
semua ini kita yang
punya,
kerana kau seorang artis,
seorang peguam,
seorang pegawai,
semuanya pasti terbaik ,
sedangkan tiada beza
antara kita,
dihitung hari yg sama,
disoal soalan yg sama,
kain putih juga membalut
tubuhmu...
Cinta...
indahnya perkataan ini,
mengejar cinta tanpa
sedar,
sehingga meyumbang kadar
kelahiran,
bayi dijadikan sampah,
jika dulu "dilarang
membuang sampah dimerata-rata",
tapi kini "dilarang
membuang bayi dimerata-rata"...
cinta Allah entah
kemana,
cinta manusia besarnya
pengorbanan...
Tunggu sekejap,
nantilah,
kejap lagi,
lambat lagi,
nanti tua,
mudah diungkap jika
diajak membuat kebaikan,
tetapi adakah
perkataan-perkataan ini akan terlafaz???
saat malaikat Izrael
datang mencabut nyawa??
tidak!!!tak mungkin....
Ya Allah,
Ampunkanlah kami...
kami hanya manusia
biasa,
yang lemah,yang hina,
ampunkan kami Ya Allah,
ampuni kami Ya Allah,
ampuni kami Ya Allah....
Amin ya Rabbal alamin~~~
Puisi
ini telah dicipta oleh Iedya Abdullah sepenuhnya. Mulanya hanya sebagai nota di
facebook.
Selamat beramal~pesanan bersama.
No comments:
Post a Comment
Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!