Mungkin ada yang
berkata..kita akan berasa puas jika apa yang kita lakukan itu berjaya. Mungkin
ada juga yang berkata..kita akan berasa puas jika apa yang kita lakukan
dihargai… Mungkin ada juga yang berkata.. kita akan berasa puas jika apa yang
kita lakukan itu telah kita usaha sedaya upaya walaupun tidak mencapai tahap
“JUARA”. Mana satu diantara berikut pilihan anda?
Aku seorang
manusia biasa yang hanya mampu belajar secara perlahan dalam menuntut ilmu
tidak kira ilmu akademik mahupun kokurikulum. Terdetik dihati kecil ini satu
persoalan yang mungkin mempunyai seribu jawapan. Barangkali juga jawapan yang
sama namun punya hujah yang berbeza.
“Adakah JUARA adalah
yang terbaik di antara yang terbaik?”
Masa diberikan kepada
kita selama 24 jam satu hari. Aku cuba untuk membahagikan masa ini sebaik
mungkin kepada semua bidang yang aku ceburi. Dan kadang-kadang, mungkin juga
seringkali aku dapat merasakan I’m not intelligent in order to manage
the time. Sudah beberapa kali tercatat di dalam blog ini yang menyatakan
aku sendiri tidak dapat membezakan mana satu penting, utama dan mustahak.
Pujian tidak
pernah ku tagihi. Pujian tidak pernah ku impikan. Pujian juga tidak pernah ku
harapkan. Namun, tidak juga ku pinta pujian itu menjadikan seseorang yang
menipu diri sendiri. Hipokrit bukan bersandarkan pada senyuman palsu dibibir.
Tapi sedarkah ianya satu penipuan yang terbesar untuk diri sendiri?
ALLAH swt
mempunyai perancangan yang sewajarnya untuk setiap hambanya. Mungkin hati kecil
ini bertanya kenapa, kenapa dan kenapa. Usahlah ditanya kerana yakin dan
percayalah ini adalah pengalaman manis dan pahit sepanjang bergelar JAKSA.
Ambillah ujian ini adalah cintaNYA kepadamu.
Hanya ALLAH yang
tahu hati ini saat jari pantas berjalan di atas keyboard.
Ikhlas-Siti Noor Hidayah
Abdullah
No comments:
Post a Comment
Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!