GENG KITO

Orang Nengok

June 30, 2014

Tips rancang kewangan anda

J J Assalamualaikum readers J J

So, macam mana hari pertama puasa semalam? Banyak dugaan ke? Banyak post aku baca kat facebook kata banyak dugaan. Bau orang sebelah masak pun dugaan. Especially untuk perantau2 kan. Alhamdulillah, semalam sebelum berbuka mak cik sebelah rumah aku bagi pengat pisang. Rindu sangat masakan mak. Ni pun dugaan jugak. Hehehe

Dalam pukul 6 petang gitu, aku dan k. ros pergi Bazar Ramadhan dekat Taman Ehsan, Kepong ni. Kitorang cuma beli nasi satu bungkus seorang rm 6 dan kuih rm3 seorang. Total, rm 9 seorang. Tu tak termasuk air sebab minum je apa yang ada kat umah. Emm, bila diamati balik kemungkinan jika ditambar air akan jadi berbelas2 ringgit. Dan mungkin akan menghampiri rm20 jika dibungkus sekali lauk untuk bersahur. Ishhh.. besar jugak tu perbelanjaan. 

Sekadar gambar hiasan
Untuk mengelakkan anda berbelanja lebih, aku nak share beberapa tips yang mungkin relevan untuk diaplikasikan dalam hidup kita. Lagi-lagi orang bujang macam aku ni samada students atau baru mula bekerja.

PLAN YOUR FINANCE



Pertama sekali, of course you need to plan your finance. Kira duit rumah, duit kereta/moto, bil letrik, bil air, topup, keperluan asas dan sbgnya. Nak shopping ke nak apa ke, rancang dulu awal. Mana2 yang nak shopping tu make sure ada had jugak lah. Jangan main ambik je. That’s why, kalau aku nak shopping aku akan tunggu sales je. Especially sogo, tunggu sales baru beli. Baru la cun2 bajet. hehe

KEEP YOUR MONEY IN A SPECIAL ACCOUNT
Setelah mendapat gaji, why not transfer your money into another account and make sure you cannot access the account by using atm card. This is called special account and renamed it as “Personal Savings Account”. Bila takde atm card, korang akan rasa malas taw nak g ambik duit tu. so, duit korang tu lama2 akan jadi bukit. Haaa, berbalik kepada point pertama tu, make sure transfer duit ni berlaku before g shopping, kalau tak nanti, tak sempat la nak transfer. Sebabnya akan ambik duit ni untuk shopping. Bercakap berdasarkan pengalaman ni. kih3.

ELAKKAN BERHUTANG


Kalau untuk beli kereta dan rumah tu bolehlah berhutang. Berapa ramai sangat la yang mampu nak beli cash kan. hohoho. Bila dah nak raya ni, akak2 yang kat luar sana tu mulalah nak tukar langsir la, perabot la, karpet la, dekorasi rumah la dan banyak lagi lalalala. Yang lagi parah nak tukar jugak kete. Botak sat kepala suami. Bila nak tukar semua benda ni, konfem2 la akan berhutang. Mungkin yang sangat kaya tak hutang la. Biarlah, dah dia mampu kan. Tak payah la nak hutang-hutang semua ni. Guna je mana yang ada tu. kalau tukar pun, sikit sudah la. ataupun yang mana perlu sahaja. Pastikan yang betul2 perlu.

HINDARI PENGGUNAAN KAD KREDIT


Aku tak de kad kredit. So, tak reti sangat nak berbicara kad kredit ni. tapi tadi sempat tengok kejap kat rtm 1, katanya: gunalah cash money sebelum menggunakan kad kredit. Dan anda jugak digalakkan untuk menamatkan terus kad kredit anda untuk mengelakkan anda terlalu banyak berhutang. Kalau anda adalah seorang yang patuh dalam membayar kad kredit ni, isokey isolrait je.janji kena pandai2 la eh.

DON’T EVER SPEND YOUR MONEY EXCEED YOUR MONTHLY SALARY
Yeahh, of course dear. Kalau kita berbelanja lebih, macam mana nk hidup. Tak kan nak berhutang dengan orang selalu. Hutang wajib dibayar okay. Buatnya ajal kita cepat. Allah, hutang banyak lagi. How??

Kalau dilihat balik secara keseluruhannya, all of these depend on the first point. Plan your finance wisely.

Wassalam.
#keeppray4mh370


June 28, 2014

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum wbt.



Kehangatan Ramadhan kian terasa. Cuba kira berapa jam je lagi. Malam ni kita semua akan bangun pagi untuk bersahur. Seronoknya. insyaAllah, ada keberkatannya.
Perintah Allah swt supaya kita berpuasa.



Kita semua tahu, Ramadhan ni adalah bulan ibadah dimana ibadah kita pahalanya dilipatgandakan. Tengoklah kalian, betapa Allah itu Maha Pemurah. Oleh itu, ambillah kesempatan ini untuk kita melakukan ibadah-ibadah sunat sepanjang bulan Ramadhan. Cuba didik diri sedikit demi sedikit dan yang paling panting ikhlaskan diri. insyaAllah, ada kenikmatannya.

Antara amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan dalam bulan puasa ialah:

1)    Sahur
“Bersahurlah kamu sekalian kerana sesunggubnya di dalam sahur itu terdapat barakah. “ (HR Bukhari & Muslim)

2)   Segera berbuka puasa
“ Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)

3)   Menggandakan bacaan al-Quran dan memahami ertinya
Hadis Ibnu Abbas menyatakan bahawa Rasulullah saw bertadarus dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.

4)   Banyakkan berdoa
Diriwayatkan oleh Turmidzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin Negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

5)   Solat terawih
Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda: “ Barangsiapa yang mengerjakan solat sunat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari Allah swt, maka akan diampuni segala dosanya yang lalu. “(HR Bukhari & Muslim)

6)   Bersedekah dsbgnya.

 Ok. Bila dah bangun sahur tu jangan lupa ya kawan-kawan semua untuk niat puasa. Niat ni merupakan rukun puasa ye. Ni niatnya. Print tampal kat mana2 yang membolehkan anak-anak anda membacanya dan mengingatinya. 


Salam sayang semua. 
Wassalam. 
#keeppray4mh70 
Selamat berpuasa dan melakukan ibadat sunat banyak-banyak!



Azab Bagi Mereka yang Meninggalkan Solat

Assalamualaikum dan salam hujung minggu semua.

Alhamdulillah, hanya beberapa jam sahaja lagi kita akan bersua dengan Ramadhan yang mulia. insyaAllah, moga kita semua dipanjangkan umur.

Berpuasa tapi meninggalkan solat, apa gunanya? Kita tetap kena ingat dan selalu ingat solat adalah tiang agama. Emm, jangan la mana2 yang xsolat tu, terus tinggal puasa bila aku cakap solat itu yang utama. Tak payah la aku nak cakap lagi pasal rukun Islam. Ummat Islam seharusnya tahu tentang rukun itu. Kalau kita boleh patuh undang2 atau peraturan2 asrama mengapa tidak kita patuh pada suruhan Allah? Sedangkan patuh pada suruhan Allah itu adalah diwajibkan.

Di sini adalah azab bagi mereka yang meninggalkan solat. Kita tak tahu ye, berapa ramai di alam barzakh sana, mintak nak hidup balik, meronta-ronta, diseksa disebabkan meninggalkan solat. Nauzubillah!


Seringkali bila bangun sahur, tidur balik. Apa berlaku? Subuh gajah? Atau terus lupus? Dan bila maghrib nafsu makan itu membuak2 lantas melalaikan diri anda, anda dan anda hanya menghadap makanan sehingga mengabaikan waktu maghrib. Perkara biasa dan common kata orang putih. Tahun ini berazamlah kita semua supaya jangan berulang lagi perkara ini jika kita pernah terjebak. Jadikan bulan puasa ini merupakan permulaan untuk diri kita semua untuk berubah. KERANA bulan Ramadhan bulan ibadah, bulan kerahmatan dan keampunan. Para malaikat merendahkan sayap untuk menghitung pahala berganda.

*Salam Ramadhan Al-Mubarak*

Wassalam
#keeppray4mh370
#112hari



June 25, 2014

Ikhtilat real vs alam maya

Assalamualaikum semua.

Korang pernah dengar perkataan ikhtilat tak? Ikhtilat ni adalah batas-batal pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Selalunya, tak kira la lelaki ke perempuan ke, dia punya apply ikhtilat ni kat real life kemain lagi. Contoh seorang lelaki terserempak dengan seorang perempuan, tunduknya tu sampai tak nampak pili bomba. Pupppp! Bedebakk, tersadung, jatuh. Hahahaha. Tapi bila di alam maya, amboi2. Sweeeeet. Mungkin kurang tahu ikhtilat ni juga perlu dijaga walau di alam maya. Jom kita tengok gambar ni. 



Wassalam
#keeppray4mh370

Siapa Perempuan Sebenarnya??

Assalamualaikum.

Perempuan ini dianugerahkan hati yang sangat lembut. Perempuan juga diciptakan dari tulang rusuk kiri seorang lelaki; dimana lelaki ini merupakan pasangan dalam hidup seorang perempuan.

Siapa perempuan sebenarnya??


Wassalam
#keeppray4mh370

June 22, 2014

Hikmah Puasa Sunat

Assalamualaikum dan selamat petang semua

Sebelum balik kerja ni, aku nak share hasil pembacaan aku setelah membaca artikel mengenai hikmah berpuasa sunat di berita harian online ni. Pejam celik, sedar tak sedar kita sekarang ni dah bulan Jun dah. Akhir bulan Jun iaitu 28 Jun, insyaAllah kita semua akan bertemu sekali lagi bulan yang penuh kemuliaan, bulan Ramadhan. Bila dah dekat ni, apa kata kalau kita semua sama-sama melatih diri untuk berpuasa. Puasa sunat. Sebab puasa sunat yang kita lakukan ni bukan sahaja tak nak bagi badan kita “terkejut” bila ubah jadual makan, tapi nak minta badan ni siap sedia la dan pastinya banyak hikmah puasa sunat ni.


1)    Tanda bersyukur
Bila kita puasa ni, kita akan rasa bersyukur atas rezeki yang Allah swt dah kurniakan pada kita. Kita makan macam ni dan bagaimana pula orang seperti homeless atau gelandangan tu makan?? Haaa, cuba fikir. Sebab tu kita kena bersyukur. Cuba jugak fikir, aku ni sihat. Allah bagi kudrat nak makan. Macam mana nanti kalau aku tak sihat?? (*sambil angkat kedua2 belah kening). Mampu ke aku nak makan sedap-sedap ni?

2)   Menyucikan diri
Wahai pembaca yang dirahmati Allah sekalian, hakikatnya puasa ni dapat menyucikan kita daripada sifat mazmumah atau dalam bahasa yang semua boleh faham, sifat yang tak baik, tak elok. Contohnya seperti sifat tamak, sombong dan hasad dengki. insyaAllah, bila kita berpuasa sunat ni, jiwa kita akan bersih dan secara tak langsng dapat menerapkan sifat rendah diri. Atau orang putih kata low profile. Gitteww..

3)   Mendidik jiwa
Puasa ni juga dapat mendidik jiwa kita dengan sifat belas kasihan terhadap orang lain. Biar sama2 kita rasa kesusahan orang lain. Berbuka tu cubalah kawal sikit. Ni idak, ikut nafsu je memanjang. Mungkin sesiapa yang ada duit lebih tu, anda akan memilih makanan yang mahal sahaja kan. Kalau murah tapi sedap okay jugak. Banyak je makanan murah dan sedap ni. huhu



Untuk info lebih lanjut, anda boleh layari:

p/s: ada lagi ke yang tak ganti puasa? Cepat2 ganti. Minggu depan dah puasa. 



 Wassalam 
#keeppray4mh370


Panda in dream

Assalamualaikum semua.

Ada terbaca tak entri sebelum ni yang aku cakap nak g zoo negara tengok panda tu?Haaa, entri ni pasal tu la. boleh KLIK SINI kalau tak baca lagi. Disebabkan aku takde transport nak p sana, so dengan dukacitanya dimaklumkan aku tak dapat p pon. Huhuhuhu. Sedih la jugak kan. sbb bila free tapi dan2 plak tak dapat masuk. Emmmm. Dah nak buat macam mana. Mungkin ada lain hari. 

Ko mimpi aku ye panda? hahaha

Ok. Wassalam.
#keeppray4mh370


June 20, 2014

Boss vs Leader

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.

Sekejap je kan seminggu tu. Aku keje kat FRIM ni dah hampir 3 bulan dan bermakna 3 bulan jugak la aku tak balik rumah. Moga ada kesempatan untuk aku menjenguk keluargaku di kampung. Rindu sangat…. 

:)
Bila dah keje ni, baru sedar sebenarnya life keje tu lagi stress dari life as a student. Kalau bergelar pelajar kebanyakkan stress bila nak exam atau esaimen bertimbun-timbun. Kalau final year student, stess dengan FYP la kan. at least, masa belajar ada due yg telah ditetapkan taw.bila keje bos hanya tahu cakap “ saya nak ni, ni, ni, ni dan ni hari ni”.

Justeru, dapatlah merasai beban keje dan life as an employee. Sangat penat.
Talking about boss, bos korang semua macam mana? Boss or leader? Sebelum tu, kita tengok dulu the differences between boss and leader. 


Print benda ni dan tampal kat mana2 dengan niat nak kasi bos nampak. we ols semua tampal kat mesin fotostat. tapi bukan bos pernah fotostat pon. dia akan soh orang lain kan. -_-


Oleh yang demikian (ayat nak skema je), jika anda seorang pekerja bawahan ke atau memang dah bos atau mungkin bakal bergelar seorang bos, anda patut tahu peranan  dan sifat bos yang sebenar. Kita manusia ni dikurniakan hati dan perasaan. Mungkin lagi baik di tempat keje kita kerja, dan diluar we are friends!! Kan seronok macam tu.

Ok. Wassalam

P/s: Esok mungkin dah g tengok Panda. Nanti aku buat entri k. big smile for all readers. Thanks!

#keeppray4mh370



Design Kubur Anda

Assalamualaikum dan salam Sayyidulayyam kalian.

Hari ni aku nak share design kubur kita di alam barzakh nanti. Macam rumah jugak, kita boleh design sendiri. Bezanya design rumah memerlukan pulus yang banyak tapi  design kubur guna amalan sahaja. Indeed.

Lets the photo talk to you.





Wassalam
#keeppray4mh370



June 19, 2014

Happy Birthday To Me

Assalamualaikum & hi readers!

The most suitable title actually is ‘Happy Belated Birthday To Me’ because it past for a week already. Ngeh3.

How old am I?
24 years old.

Not 23, not 26. I got a few messages from wishers that wish happy 23rd sis, happy 26th  kak dayah. Hahahaha. Adoi, kalau yang wish 26 tu nampak sangat la dah tua I ni kan. ishhh.

Menganjak ke angka 24. Sedar tak sedar, the number is approaching the time. Time to ehem2. Eh eh. What ehem2 haaa?? No wonder, there are so many out there, ask me that thing. Yeahh, I was thinking that thing but jodoh itu di tangan Allah. Calon pon tak dak lagi la. mungkin tahun depan kita akan berfikir secara serius. Mungkin. Can’t promise. Hehe

Last but not least, I would like to thanks to all of wishers. Thanks for the warm hope, dua’s and words. May Allah bless us for the whole of our life.

To my family, I’m really happy . Your wish is the funniest one. How dare?? To readers, sorry because I can’t state the typical wish. It embarrasses me so much. Hahaha. I'm so happy when I got call from my little sis, aween on the night's birthday. She called me 'akak' for many times and we get laughing together. The best ever gift I received. Ada sedikit sedih bila tahun ni tak dapat celebrate dengan kawan2. emmm.

Not to forget, the day and the seconds are running. Non-stop. The beginning of my life is around the corner. Moga Allah kembalikan aku ke tempat asalku dalam keadaan Husnol Khotimah. Amin ~ Thank you Allah for giving me the beautiful life. Alhamdulillah. Hugs everybody! <3 you all.


Wassalam
#keeppray4mh370



June 13, 2014

Kelebihan malam nisfu syaaban

Assalamualaikum & selamat pagi

Salam nisfu syaaban J

Alhamdulillah, dipanjangkan usia hari ini dan moga kita dipertemukan Ramadhan akan datang.  Lebih kurang 2 minggu sahaja lagi. InsyaAllah.

Hari ni aku nak share apa sebenarnya kelebihan nisfu syaaban ni. Moga amalan kita diterima Allah swt. 







Wassalam.

#keeppray4mh370 
#harini97haridah


June 6, 2014

Cara semak keputusan peperiksaan pspm matrikulasi 2013/2014

Assalamualaikum & hi semua.

Rupanya, semalam dah boleh semak eh keputusan PSPM matrikulasi sesi 2013/2014. Ok. Bagi yang tak semak lagi keputusan itu, boleh semak online disini.


Special congratulation to my 3rd sister, S.N.Hazirah. Finally, you got it. 4 flat is yours right now. I’m really proud of you. And of course I’m jealous when I was failed get that ‘number’ at the end of my study during matriculation. But now, let it pass. Alhamdulillah, a great test and present from Him. 


Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang. berapapun keputusan yang kita dapat, SYUKUR jangan dilupa. Selamat menempuh alam universiti. 

Wassalam
#keeppray4mh370



Senyum and smile :)))

Assalamualaikum dan salam Jumaat.

Yeayy yeayy dah Jumaat. Hehe. Suka okay. Lagipun hari ni ada peneman yang setia sejak dari uni lagi. Al-maklumla 3 orang dari housemates aku dah balik lama dah. Cuti sekolah kan. lepas tu Fatihah plak balik sebab K.Mira a.k.a cousin-nya nak kawen. K.mira ni pun housemate aku jugak. Last, k.ros pun balik semalam sebab abang dia nak kawen. So, aku yang tak kawen2 ni tinggal la sendirian di rumah ini. Tapi tapi tapi Cik Syafawati Ikmal yang setia sangat tu sanggup temankan aku. Alhamdulillah. . 



Yaa.. itulah yang ingin aku sampaikan. mulakan hari anda dengan senyuman. Tapi bila kita pagi-pagi dah anginnn semacam, macam mana kita nak senyum kan. tapi cuba kita baca ni. 



Wah, ibadah taw senyum tu. kalau kita senyum ni, insyaAllah walau macam mana pun stress kita, it will decrease slowly and this is called inner therapy. memandai aku je bagi term ni. arggh, biarlah. betul la, dia macam terapi dalaman. lama2, dia boleh hakis hati kita yang sakit tu,. betul ni. hehe. pastu, boleh buat orang jatuh cinta tuuu.. 

Hakikatnya hari ni dah 90 hari MH370 telah hilang dengan penuh misteri. Di hari Jumaat yang paling mulia ni, aku memohon kepada semua readers teruskan berdoa. Jangan pernah give up. 

Senyum untuk hilangkan kegundahan hati ini.

Wassalam 
#keeppray4mh370







June 2, 2014

Tempoh masa untuk transfer duit dari Cimb ke akaun lain

Assalamualaikum dan selamat petang.

Ringkas sahaja. Tadi kisahnya aku transfer duit ke akaun Maybank melalui Cimb clicks aku. Dalam pukul 8 pagi gitula.. Tempoh masa yang diambil untuk transfer dari Cimb ke Maybank (atau bank-bank lain selain Cimb) ialah lebih kurang 8 jam. Ini aku call sendiri Customer Services CIMB tu.



So, senang kan? ingat ke dalam 2-3 hari. Tapi tak pun. Dalam sehari dah masuk dah. Kalau cimb ke cimb lagilah cepat. On the spot dah masuk terus.

Selamat mencuba. Guna cimb clicks ni senang. Nak transfer duit, nak topup, payment, semua senang la. alhamdulillah, setakat ni tiada masalah dengan Cimb even atm card kena block. Hahaha. Baca SINI untuk sape2 yang tak ingat no pin atm card cimb dan bila masuk no pin 3x salah, terus kena block. 

Wassalam


#keeppray4mh370