GENG KITO

Orang Nengok

August 23, 2014

Segman: Blogwalking Bulan Kemerdekaan

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Alhamdulillah, selesailah sudah majlis pengebumian mangsa MH17 semalam. Alhamdulillah, keluarga yang tabah menghadapinya.  Alhamdulillah, dengan izinNya cuaca yang amat baik. Alhamdulillah, kita dapat bersatu dalam doa. Beruntungnya mereka ini kerana berjuta-juta manusia yang mendoakan mereka termasuk orang-orang yang soleh.  Al-fatihah. 

.
.
.
.
.
.

Dah lama rasanya tak join blogwalking ni. Mungkin masa tidak mengizinkan dan mungkin juga kali ini masa itu mengizinkan. Hehe. insyaAllah. Untuk join, just click the banner attached.


Penuh pengharapan jika tahun ini kemerdekaan disambut dengan alunan-alunan al-Quran dan zikir-zikir terapi. Bila berlaku perkara yang ‘unexpected’ pada negara kita, rasa gentar itu ada. Lahad Datu diceroboh, malah sehingga kini Sabah dalam bahaya. MH370 hilang tanpa jejak, MH17 ditembak di sempadan Ukraine-Russia dan sehingga kini tiada siapa yang tahu siapa dalangnya.

57 tahun-Di sini lahirnya sebuah cinta. Tema kemerdekaan tahun 2014. Semoga rasa cinta itu lahir dan sama-sama kita menjaga negara Malaysia dari diceroboh. Samada diceroboh melalui zahir atau batin. Hentikan politik kotor.

Wassalam

#keeppray4mh370
#alfatihahmh17
#keeppray4gaza
#mayAllahsaveus


August 21, 2014

MH17-Hari berkabung negara

Assalamualaikum wbt.


22 Ogos 2014 bakal menjadi tarikh bersejarah. Bersama-samalah kita banyakkan bersedekah mambaca ayat suci al-Quran pada esok hari. Semoga Allah memberi ketabahan kepada keluarga mangsa nahas pesawat mh17. Semoga Allah menempatkan mangsa yang beragama Islam dalam kalangan muslimin dan muslimat, dihapuskan segala dosa-dosa mereka. Sesungguhnya, orang yang benar-benar terpilih sahaja untuk menghadapi ujian yang bergitu hebat ini.

Bagi mangsa-mangsa yang belum dikenalpasti, insyaAllah segala-galanya akan selesai. Yakin pada Allah dan bersangka baik pada Allah. 



#Alfatihah

Jangan dilupa juga untuk mh370 yang masih di alam kebuntuan. insyaAllah, Allah akan mempermudahkan urusan kita. Ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan.

Wassalam
#keeppray



August 15, 2014

Semakan upu 2014


Assalamualaikum wbt & hello to all readers.

Keputusan upu bagi permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan STPM/SETARAF Sesi Akedemik 2014/2015 boleh disemak di sini:
 

Klik sahaja pada mana-mana saluran yang korang nak. Dan masukkan apa yang dipinta iaitu no.ic, no. Matrik dan kategori apa.

Tahniah kepada yang berjaya. Bagi yang tak berjaya, yakin dan percayalah perancangan Allah lebih baik.

Wassalam

#keepprayformh370
#alfatihahmh17
#savegaza
 
 

Again, congratulation sis! ukm..


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt & selamat pagi semua.

Ya Allah, lama sudah tak update entri. Tengok-tengok tarikh last update bulan July. Tu pon 2 post sahaja. Bulan puasa hari tu tak dapat dinafikan, masa sangat padat. Bila balik keje, terus g Bazaar Ramadhan. Bauh bajuh-mandi, solat asar-prepare nak buka. Lepas buka-maghrib-ngaji-terawih-iron baju-tidur. Bangun sahur 5 pagi, panaskan makanan je. Hidup single. Simple. Hehehe

Syukur alhamdulillah. Minggu ni dapat berita gembira.
 
 

Tahniah Hazirah which is a hardworking girl, math lover and you deserves to get it. Hahaha. Yang kelakarnya, budak ni tak mo cek dia punya keputusan upu ni. Dan aku sebagai akaknya ni yang terlebih excited nak cek. Keputusan upu ni boleh mula disemak pada 12 Ogos 2014 jam 12 tengahari. Bila dah pukul 12 tu, aku apa lagi, tanya terus no. Ic dan no. Matrik dia. Kih3.

Then, semalam pulak dapat tahu which college she will stay. Allah, dapat Kolej Keris Mas. Kolej kediaman ni kolej yang agak mahal bayarannya berbanding kolej-kolej lain walaupun fasilitinya adalah sama. Malah, rasanya lebih selesa lagi kot kolej lain. Huhuhu. Tapi tidak mengapa, kerana setiap yang Allah berikan itu adalah terbaik untuk kita. J
 
 

Thank you Allah kerana mempermudahkan urusan kami sekeluarga. Nanti raya haji balik sama-sama la!!

Wassalam
#keepprayformh370
#alfatihahmh17
#savegaza