Assalamualaikum semua.
Allahuakbar! Pada 18 Julai 2014 lepas, tak tergambar perasaan saat
menerima berita satu pesawat mas ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Russia.
Clueless. Masa tu bangun sahur tak sempat lagi nak g basuh muka, my housemate
K.Mira bagitahu “Dayah, ada satu lagi pesawat mas terhempas. Katanya kena
tembak”.
Allah! Terus bukak tv. Baca news line je mampu.
Masa tengah sahur tu macam-macam fikir. Kenapa Malaysia? Apa lagi ni? Rancangan
ke ni? Konspirasi ke ni? Dorang tak bersalah.
Tengah bawak moto odw nak ke tempat keje, otak
aku masa tu tak payah cakap la. Memang fikir pasal keselamatan Malaysia. Dari
dulu lagi, masa kehilangan mh370 tu, aku teringin sangat nak g jumpa family
mangsa. Sebab rasa macam mangsa-mangsa saudara aku. Ya, kita bersaudara
hakikatnya. Saudara Islam.
Al-fatihah. Duhai keluarga, Allah memilih kalian
kerana Allah tahu kalian mampu menghadapinya. Tabahkanlah hati kalian. Kami
sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita semua. Hari raya tahun ini takkan
dilupa hingga akhir hayat ini. Paling menyedihkan. 2014, adalah tahun tragic
Malaysia.
Wassalam
#keeppray4mh370
#alfatihahmh17
#savegaza
#keeppray4mh370
#alfatihahmh17
#savegaza
No comments:
Post a Comment
Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!