Assalamualaikum & hi readers!
Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Illahi
kerana dengan izinnya kita sekarang sudah berada dalam bulan Ramadhan, hari ke 7. Eh, dah seminggu la.. Mesti dah tak de ‘ter ter’ lagi kan. hehe. 2 hari lepas, tengok Selamat Pagi
Malaysia, hostnya berkongsi cerita, masa bancuh air, kakak iparnya ‘ter’cuba air yang dibancuh tu. Mungkin ia normal
untuk sehari dua tapi bukan untuk tempoh waktu sekarang.
Semua
orang tahu bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh kelebihan. Aku rasa
non-muslim pun ada yang tahu cuma mungkin tidak dapat merasainya.
Ya, ramadhan ialah kawan anda. Mungkin tahun ini kita berkesempatan untuk bersamanya dan adakah kita yakin tahun depan kita bersua kembali? Siapa tahu 'waktu' itu bila masanya.
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya
itu, tetaplah ia akan menemui kamu: kemudian kamu akan dikembalikan kepada
Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu DIA memberitahu
kepada kamu apa yang telah kamu lakukan (serta membalasnya)."
-Al-Jumu'ah:8
Kenapa tidak ketika diberi peluang ini kita menggunakannya sebaik mungkin? At least, kita mencuba untuk sama-sama mendekatkan diri kita pada Allah azza wa jalla. Dan ikhlas. InsyaAllah, ketenangan kerana kerahmatan dan kasih sayangNya akan dirasai.
Selamat beribadah.
Wassalam.
#keeppray4mh370
No comments:
Post a Comment
Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!