Assalamualaikum semua J
Untunglah cikgu-cikgu semua. Syok balik kampung
bila cuti
sekolah ni kan. budak-budak sekolah pun
kemain lagi enjoy. Siaran tv skang kalau pagi tu, semua nak kartun je. Selamat bercutilah ye..Ishhh.
Jeles taw.
Iols jugak yang keje. Sep sikit pada yang geng
tu! Hahaha
Back to the topic, tahu ke uols MGB tu apa? Bukan GCB bukan GSC dan
bukan juga GST ye. MGB ni stand for “MAKAN GAJI BUTA”.
Pernah dengar tak pepatah ni? Kuman seberang
laut nampak, tapi gajah depan mata tak nampak. Aku bagi makna dalam genera aku,
kesalahan orang ko nampak je, tapi kesalahan diri sendiri, haraaaammm nak
nampak. Bukan tak nampak a.k.a buta je, pekak, tuli semua la.
Sikap orang yang macam ni ramai je. Let’s say
waktu masuk after lunch hour ialah jam 2 petang. Berapa ramai yang tepat jam 2
petang dah siap sedia dalam pejabat untuk memulakan kerja? Tapi aku percaya
sangat ramai jam 5 petang memang dah bersedia untuk check out.
A.M.A.N.A.H
Hanya 4 huruf yang diperlukan bagi membentuk
satu perkataan ini. Namun, perkataan ini mampu memberi kesan yang sangat berat.
Setiap orang ada tanggungjawab masing-masing. Tidak kiralah dimana kita berada.
Dan tidak kira juga pangkat yang kita miliki. Malah amanah yang paling besar
ialah kita sebagai hamba Allah, Tuhan Yang Satu.
Bila mana seseorang yang bergelar manusia itu
telah buta hatinya untuk melihat kesalahan dirinya bermakna dia seorang yang
tidak amanah dengan dirinya. Isu makan gaji buta ni tak perlu menunding jari ke
arah orang lain, tapi sila “ restart” dan “log in” diri sendiri. Yang penting
diri sendiri perlu amanah.
Wassalam
#keepprayformh370
No comments:
Post a Comment
Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!