GENG KITO

Orang Nengok

May 22, 2014

Welcome to Malaysia, Panda.

Assalamualaikum dan selamat pagi. J

Hari ni dah Khamis dah. Esok hari apa? Amboii.. senyum lebar untuk hari esok ye.. tahu la esok Jumaat. The day after tomorrow is holiday! Yahoo! Tapi we all ada dinner.dinner kolej. Tak mau la cite lagi.entri kali ni nak cerita pasal panda.

Kedatangan panda aku dah tahu sejak aku kerja kat frim ni. landskap dalam dan luar dewan yang menempatkan panda tu we all punya. Hehe. Nanti korang tengok la pokok-pokok, batu, rumput kat depan tu. Hasil air tangan we all okay. Hahaha.

Alhamdulillah, 2 ekor panda telah pun sampai di Malaysia pagi semalam iaitu pada 21 Mei 2014 dengan menaiki Mas kargo. Sepatutnya, panda ni datang 16 April lagi, tapi katanya kerajaan China nak tumpukan perhatian  dulu pada misi mencari dan menyelamat MH370. Korang boleh baca berita sepenuhnya dengan klik link di bawah.


Mengikut berita tu, kedua-dua panda ni dikuarantin terlebih dahulu. Ye la, ingat senang ke nak adapt ngn tempat baru? Macam kita la. Kecilkan lagi skop, macam aku. Hahaha. Nak adapt dengan frim mau jugak makan sebulan masa. Bulan pertama tu blur giler. Even aku belajar je masa degree pasal pokok2 ni tapi bila kerja rasa macam tak tahu apa. Ish2..

Ini takde la sahih sangat. aku cuma tahu dari orang-orang yang kerja kat zoo tu je masa projek landskap tu kat zoo.Kalau takde masalah, mungkin panda itu boleh ditontonkan kepada orang ramai hujung bulan 6 nanti dengan bayaran rm30 untuk 20 minit. Korang dibenarkan untuk ambil gambar. Kalau tak silap la.hehe. Dan bayaran tu tak tahula per person ke per group ke. Sorry. Nanti pergi la ramai-ramai. Korang pasti teruja tengok dewan tu. Pelbagai kemudahan khas untuk panda.Klinik, pusat penjagaan dan banyak la. Pihak yang bertanggungjawab pun dah tanam buluh khas untuk panda. Panda ni makan bulu ye. Untuk info lebih lanjut, nanti jangan lupa baca informasi kat tepi laluan dalam dewan tu. Tengok la buluh apa yang dia makan, berapa kilo satu hari.Semua ada.
Ni ada beberapa keping gambar yang dapat dikongsi bersama.















 Okay semua. Wassalam
#keeppray4mh370 

No comments:

Post a Comment

Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!