GENG KITO

Orang Nengok

March 4, 2013

3P semua orang tak suka


Assalamualaikum and halloo~
Setelah siap semua kerja (asaimen, kemas bilik, lipat baju dll) , tetibe teringin nak post entry 3 perkara utama yang semua orang tak suka( *ni sebenarnya perkara yang aku sangat tak suka)..ceh! bajet retis orang nak tahu apa aku tak suka…tak pe lah, kalau sudi baca..kalau tak, isokey..=))



´        Pembohong @ Penipu
Aku tak nafikan kadang-kadang tu aku pernah je cakap bohong atau tipu ni…kita dalam dunia ni tak boleh terlalu jujur..tapi yang aku tak tahannya bila seseorang tu jadikan BOHONG sebagai hobinya..Astaghfirullahalazim…
Nak buat apa bohong?? Lama kelamaan akan terkantoi jugak..kadang-kadang tu tak payah tunggu lama-lama, kejap je kalau ALLAH nak tunjuk ..aishhh~
Kalau bab tipu mak ayah ni aku tak leh tahan la..rasa nak je sound direct..tapi apakan daya, itu anak orang ..dah besar panjang dah pun..xpayah nak tunjuk satu persatu..depan mak ayah kau, kau memang anak yang baik..tapi belakang mak ayah kau.. Nauzubillah~
Kalau tak busy, jangan cakap busy..Kalau tak buat tesis, jangan cakap buat tesis..aku pon final year student jugak=)))

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: “ Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”

Ha, tak takut???

´        Pengotor
Aku tak de la nak cakap aku ni pembersih sangat..well, basic things! Selimut kena lipat, cadar kena tegang (xyah tegang sangat pon xpe..just nampak la cadar tu ditarik), towel kena jemur, sampah kena buang ke tempat sepatutnya, bilik kena sapu..barang yang kena susun haruslah disusun..bilik tu kalau dah berpasir sangat, kena la sapu..adehh! ni kalau dok asrama..
Kalau dok kat rumah pon benda sama je..tak kan la semua benda mak kena buat..kalau yang kaya tu..tak kan la bibik uoollss semua kena buat kan..
Ha, satu lagi..perempuan ni mmg banyak masalah sikit..tapi kalau kita pandai jaga..bnda ni tak akan jadi masalah… Pad bukan untuk ditinggalkan dalam bilik air ye..huhu

Dari ‘Amr bin Syu’aib: Rasulullah SAW bersabda:
“ Sesungguhnya ALLAH itu mencintai kalau melihat bekas kenikmatan-Nya atas hambaNya itu dengan jalan menujukkan keindahan dan kesempurnaanya dalam berpakaian, makan, berumahtangga dan lain-lain”. (Hadis Riwayat Imam Tirdmizi dan ia mengatakan bahawa ini adalah hadis Hassan)


´        Pengambil kesempatan
Eh2..macam pelik je term tu..hahaha…tapi aku rasa orang boleh faham kot..;-)
Ni bukan kes yang ambil kesempatan untuk perkara baik..tapi jenis orang yang suka ambil kesempatan ke atas kebaikan orang lain.. huhh~~

Berdasarkan hadis Rasullulah saw:
Al-Hakin di dalam Mustadraknya dan at-Thabrani di dalam Mu’jam Kabirnya meriwayatkan dari Abdullah bin Amr bin al-‘Ash r.a, dia berkata:
Rasulullah saw bersabda: “ Sesunggunya iman akan using di rongga salah seorang dari kamu sebagaimana halnya pakaian, maka mintalah kepada ALLAH agar memperbaharui iman di dalam hati kamu.”

Biasalah, manusia ni iman ada turun naiknya..bila selalu buat baik ni orang suka pulak ambik kesempatan.. tu yang ada kes tak nak tolong lagi sebab asyik kita je kena buat itu ini..tak tahan la jugak kan..Ambil kesempatan ni macam kesinambungan pembohong la..hehe

Aku hanya manusia biasa..yang ada silap dan salah..

Wassalam..






No comments:

Post a Comment

Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!