Assalamualaikum
….
Haha..
Huhu…
Hoho…
Hihi…
Huahuahua…
Okay..
itu adalah bagaimana cara nak senaman muka.. sila buat dengan penuh emosi dan
gerakkan semua yang boleh digerakkan di bahagian muka anda…hahahahaha…
Today,
dengan rasa berbesar hati nak share tips kalau kena saman tapi tak payah bayar..
wow! Sapa yg tak nak kan??tapi tip ni hanya boleh diaplikasikan di dalam UKM..
kat luar aku rasa konfem tak leh..tapi utk uni lain im not sure la dear…hewhew
Kisahnya
bermula lepas zohor aku g lab.. dalam 1 jam 30 minit dah siap..bila nak balik
tu, I got “surat cinta” dari pengawal keselamatan UKM..atas sebab parking moto
di tempat yang salah..
Arghhh!!
Seteres tahu x mula-mula tu…tapi dengan gigihnya aku nak bayar terus saman tu
hari ni jugak..dah setel keje aku ngan dak FESSAT..aku terus ke Wisma Aman UKM
untuk bayar “surat cinta” tu yg bernilai RM50..
“Assalamualaikum..saya
nak bayar saman..”, aku memulakan bicara..ceh! ayat cam novel..
“Okay..
boleh tunjukkan surat saman tu?”, jawab pegawai yang bertugas di kaunter.
Aku pun
dengan jayanya mengeluarkan surat saman yang telah ronyok akibat letak cam tu
je dlm beg..Bila dia cek no matrix aku..
“Ni
kali pertama ye dik?”
“Ha’a..kali
pertama.. Tak ley diskaun ke encik? JPA tak masuk lagi..tengah pokai..”
(*straight to the point..jujur sangat aku..tapi muka senyum ikhlas)
“Boleh..tapi
adik isi borang ni dulu .. (borang mohon diskaun).. dan ikot saya..”, arah
pegawai itu kepadaku..
Lepas
siap isi borang tu..aku pun ikot je pegawai tu bawak aku masuk ke dalam bilik seorang
pegawai atasan mereka..masa tu aku nebes la jugak..tapi in my heart sempat
lagi..
“
Ceit!! Hensem la plak pegawai ni..”
Muka
aku memang seyes senyum sangat ikhlas..bila dia kata duduk, bermulalah sesi
interview..rasa macam nak kena ngadap bos time nak minx keje..
“Siapa
nama?”
Hidayah
“Tahun
berapa?”
Akhir..
Muka
dia blur..
“Tahun
3”, sambung aku.
“Fakulti
mana?”
FST…erk,
sains dan teknologi..
“ Ayah
keje apa? Mak keje apa? Berapa adik beradik? Anak ke berapa?”
Aku pon
jawab je semua soalan yang sama.. jujur k..xtipu..
“Encik,
JPA saya xmasuk lagi..heeee~”sempat aku nyelit cakap bnda ni.
Ntah
berapa banyak kali dia tanya aku anak ke berapa tu..dia kata dia xcaye.dan
setiap kali dia tanya aku jawab jujur dan sambung..
“
Encik, saya ni jujur..saya tak suka tipu-tipu”.
Dia senyum..haissshh~
“Okay..kalau
dah tahu tempat tu tak ley parking,,kenapa awak parking?”
Mak ai,
banyak plak dia tanya..
Aku jawab “ camni, saya parking kat situ sebab tempat
tu berbumbumg..helmet saya tak basah kalau hujan”.. * again..straight to the point..
Panjang
lagi sebenarnya sesi “interview ni”..n lastly, dia suruh aku tulis nama, no ic
dan no matrix..
“
Disebabkan ini kali pertama dan tak sampai 30 minit kena saman dh semangat nak
bayar.. saya lepaskan awak.”
Perghhh..time
tu nak je jerit.. yes!!
“Terima
kasih encik”..muka memang puas hati tahap maksima.
Aku pun
kluar dan serahkan kenyataan bertulis pegawai tu kat kaunter yg mula2 aku g
td..pegawai2 keselamatan UKM siap cakap tahniah kat aku…dan sempat lagi puji..
“Bagus
la kamu ni..terus nak bayar.. cepat!”
Tak
kembang plak aku time tu..sebab aku fikir..
Duit
aku selamat…hahahaha!
Dan dorang semua say
"Bye"..mesra nya dorang..
Sekian..
kata kunci: JUJUR
kata kunci: JUJUR
No comments:
Post a Comment
Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!