Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt dan pagi semua..
Saya pasti berita ini telah pun
diketahui semua readers. Perginya seorang murabbi yang disayangi, dihormati dan
dikasihi. Seorang yang berpendirian teguh dalam menegak ajaran Islam. Terlebih
dahulu, saya ingin memohon kepada semua readers untuk sedekahkan al-Fatihah
kepada arwah TGNA.
Alhamdulillah, kerana diusia saya, saya
telah berkesempatan untuk bertemu mata dengannya. Ya. Dari situ, saya dapat
lihat ketelusannya. Pesanan arwah kepada kami pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Abdul Samad, Pulai Chondong, Kelantan JANGAN TINGGAL SOLAT. Dengan
rendah dirinya, arwah buka tingkap keretanya sambil berpesan pesanan itu di
saat kereta arwah menyusur perlahan keluar dari Sekolah Tahfiz Pulau Chondong.
SubhanaALLAH, sejuk mata memandang. Sayu hati mendengar.
Kini, sudah tiba masanya untuk beliau
kembali kepada penciptaNYA. Pelbagai persiapan yang telah dilakukan olehnya.
Berjuang tanpa henti. Berjuang tanpa mengenal erti penat. Dan berjuang sehingga
hujung nyawa. Berehatlah dikau disana. Semoga tenang. Kami pasti Atuklah
permata yang hilang dan tiada penggantinya lagi.
Lihatlah bukti pemergiannya dirasai seluruh dunia tidak kira agama, bangsa dan negara.
22 Rabiulakhir; 12 Februari 2015; 9.45
malam; Khamis
Diiringi gerimis.
Wassalam.
#Alfatihah TGNA
#Prayforpantaitimur
#pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501
No comments:
Post a Comment
Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!