GENG KITO

Orang Nengok

February 3, 2015

Niat lain + bagitahu lain = salah faham

Assamualaikum dan selamat tengahari peeps!

Wah.. wah.. Wah.. Kemain bangun lambat. Mentang-mentang hari ni cuti kan. Sorry sikit okeh. Iols keje hari ni. Tapi half day je. Sebab esok Tun Dr. Mahathir Mohamad nak datang FRIM. So, bos iols minta tolong iols buat kerja sikit. Bila dah habis kerja ni, terbit la pulak perasaan ingin update blog. Memandangkan, last entri Jumaat lepas lagi.

Hari ni, apa nak cerita?

Korang pernah tak terasa dengan orang? Apa punya soalan la. Mesti pernah kan. Tetiba rasa tak reti plak nak tanya soalan macam mana. I will try my best untuk buat korang semua faham apa yang aku cuba sampaikan k. Camni, kadang-kadang kita tak tahu pun samada ‘that person’ memang sengaja berniat untuk buat kita terasa atau ‘that person’ tak sengaja pon sebenarnya. Tapi, dengan kata-kata dia tu hakikatnya dah tercedera hati kita. Walawehhh, bahasa apa aku guna ni. Mentang-mentang Thaipusam hari ni. Berbelit-belit. Harap sangat korang faham.

So, adakah bila hati korang dah cedera, korang pun akan fikir...Mungkin dia tak sengaja kot.. Mungkin dia tak berniat kot.. Mungkin dia tak maksudkan kot.. Mungkin ada benda yang dia tak puas hati dan sepatutnya dia cakap macam tu pada aku..

DAN SETERUSNYA...

Bila fikir kembali, oh! Touchingnya aku. Korang pon aku fikir lagi.. Takpela, maafkan je la dia.. Takpela, nanti seksa dia kat akhirat sana sebab aku tak maafkan dia.. Takpela, memang betul aku yang salah (tapi pehal plak cakap macam tu???),, Takpela, small matter je... Susahnya perasaan itu.


Sejak aku baca novel Takdir Itu Milik Aku terbitan SR Publication, watak Dian sebagai heroin tu mengajar aku berfikir mengenai niat orang sampaikan perkara kepada kita. Ya, watak Dian yang terlalu lurus atau bahasa kasarnya bendul tu, sekali fikir macam tak logik. Takkan tak faham maksud Kapten Zarif Adha yang selalu sangat perli dia. Tapi dia boleh fikir sebaliknya.


 

Dalam konteks kehidupan kita pula, mungkin ada perkara ‘that person’ nak sampaikan tak sampai maksudnya pada kita dan kita pulak salah faham ke arah negatif.   Kalau perkara macam ni berlaku dalam hidup kita, cepat-cepatlah beristighfar. Cuba fikir positif dan mintak petunjuk dari Yang Maha Esa. Kalau kita salah, kita perbetulkan. Tapi ye la kan, kalau dah sakit sangat hati kita, bukan senang nak fikir positif. Aku tak cakap orang, even aku sendiri pun. Kalau dah terasa sangat-sangat, pandang muka ‘that person’ pon aku tak nak. Nampak x kejam di situ?

Andai betul la niat dia nak sakitkan hati kita, biar ‘that person’ je la yang tanggung dosa. Dari pihak kita jangan! Sebab niat seseorang tu hanya ALLAH yang tahu. Kita pon sama jugak, mungkin ada perkara yang kita nak sampaikan tu orang tersalah tafsir. Sebab tu kalau boleh selalu lah kita bermaafan. Mungkin orang akan kata kau buat tabiat bila setiap kali balik kerja/kelas kau akan cakap “ Korang-korang semua, untuk hari ni aku mintak maaf ye kalau ada salah silap. Kalau ada tak puas hati jugak, nanti bagitahu la. Jangan bawak sampai mati, jangan disimpan dalam hati.” Konfem orang kata, budak ni dah nak mati kot.



Hello!! Uols kena ingat tau. Biar korang mati dalam kemaafan orang, keampunan ALLAH, jangan mati dalam dendam orang dan kebencian ALLAH. Sebab apa? Sebab dosa sesama manusia susah oi. Sebab apa? Sebab kita memang kena mintak maaf dengan orang itu sendiri. Sebab tu kita kena jaga hubungan kita dengan manusia. Habbalumminannas.


Okay readers. Happy reading. Nak balik daa.. Tata.. Titi. Tutu. Moga bermanfaat utk semua. Tiada yang sempurna dan sempurna itu milik ALLAH. Maaf ye kalau ada tersalah kata.



Wassalam.

#Prayforpantaitimur
#pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501




No comments:

Post a Comment

Pahlwan-pahlawan yang budiman, terima kasih!