Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan
salam Jumaat semua.
Sekali lagi entri pada
hari ini. Terasa nak share something dengan readers. That’s why entri ini
terhasil. Hehe. Hari ni kat ofis busy sangat-sangat. Macam-mana benda adhoc yang
kena selesaikan. Biasalah kalau hari Isnin dan Jumaat memang kena prepare
dengan perkara2 adhoc ni.
Kebanyakan manusia
sekarang, kalau kita tengok dengan mata kasar memang ramai yang angkuh, sombong
dan berlagak kan. Pesanan ini mungkin sesuai untuk orang-orang tersebut.
Mungkin ilmu yang ingin dikongsikan ini sedikit sebanyak terkesan kepada yang
membaca dan bolehlah disampaikan kepada sesiapa sahaja.
Kita tak boleh tipu diri
kita, kadang-kadang ada jugak rasa bangga bila bos puji kita atau sesiapa sahaja
memuji kita. Rasa macam diberi kepercayaan. Tapi jangan sesekali kita
memperlekehkan orang lain. Tak bermakna orang lain tu, tak berguna. Sama jugak
macam, bila kita dapat keputusan bagus dalam peperiksaan, tak bermakna orang
lain tidak pandai. Mungkin belum tiba masa dan rezekinya lagi.
Sama-samalah kita
bersyukur dengan apa yang ada dan ucaplah alhamdulillah. Berdoalah juga supaya
kita tidak riak. InsyaALLAH, selamat dunia akhirat.
Wassalam
#Prayforpantaitimur
#pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501
hari2 jumpa org mcm ni.. huhuhu.. hampir mental breakdown jadinya. tapi kalau tgk dr segi posifit, peringatan utk kita juga.. jgn jadi mcm tu. huhu
ReplyDeleteSetuju tu kak. Peringatan untuk kita juga supaya kita tak jadi macam dia kan. Hehe
Delete