Assalamualaikum dan
selamat pagi semua.
Aku doakan semoga
semuanya sihat walfiat semua. Sekarang ni kalau di Kuala Krai dengar beritanya
mengalami musim sejuk luar biasa ye. Semoga ALLAH memelihara kalian.
InsyaALLAH, segala dugaan yang diberikan pasti ada hikmahnya.
Seperti yang dijanjikan
dalam entri sebelum ini (klik SINI untuk membaca), suka aku nak kongsikan
kepada semua beberapa tips menghadapi banjir. Maksudnya dari segi persediaan
sebelum banjir.
1. Bila air di depan rumah anda mula naik,
jangan sesekali melengahkan masa lagi. Jangan dok expect air tak kan naik
tinggi. Fikir je air tu akan naik tinggi walaupun tak pernah ada sejarah pon
kawasan tempat tinggal anda dinaiki air. Sama macam rumah aku la, mana pernah
naik air. Sekali bila naik, emmm terus sampai bumbung.
2. Pertama sekali ambil Al-Quran letak dalam beg siap2.
Serta telekong dan sejadah. Sebab apa? Sebab nanti nak pindah senang.
3. Ambil semua dokumen (sijil kelahiran, i/c, geran
tanah, kereta, motosikal, sijil-sijil sekolah, ijazah dan seangkatan dengannya)
juga diletakkan dalam beg. Letak semua satu tempat dulu.
4. Ambil handbag dan jangan sesekali juga lupa barang2
berharga seperti barang kemas atau apa2 yg dikira berharga. Dalam handbag letak terus handphone, chargers, powerbank (*jika ada). Juga letak di satu
tempat yang sama dengan item no 2, 3.
5. Kemas beberapa helai pakaian, tuala, selimut, bantal
dan tikar/toto. Kalau yang ada baby/anak kecil sila pastikan anda bawa pampers banyak2 juga ya. Bagi aku letak terus dalam bagasi besar. Boleh muat banyak.
Jangan expect air tak cecah rumah. Again, aku nasihatkan. Ingat taw, kumpulkan
setempat barang-barang yang dikemas tadi.
6. Kalau tak pindahkan lagi kereta, motosikal, pergi dulu
pindahkan kenderaan tersebut. Letak di tempat yang lebih tinggi. Jangan lupa
plak untuk kunci kenderaan tu demi keselamatan, Terus letak tempat tinggi.
*yang lelaki boleh
pindahkan kenderaan, yang perempuan boleh kemas, prepare apa yang aku nyatakan
dalam item no 2, 3, 4, 5 tu.
7. Tutup suis elektrik,
injap utama bekalan air dan gas.
8. Pindahkan/angkat
perabot dan barang-barang elektrik ke tempat yang tinggi. Hanya untuk
barang-barang yang boelh diangkat sahaja.
9. Pastikan semua pintu
almari dikunci.
10. Kira berapa jumlah
beg yang telah disiapkan dan dikumpulkan tadi. Siap sedia untuk mengangkat
semuanya ke pusat pemindahan banjir.
11. Pastikan semua ahli
keluarga anda bersama. Boleh angkat barang-barang tu sama-sama.
12. Pastikan tingkap dan
pintu rumah ditutup rapat serta dikunci.
13. Berpindah awal
sebelum air banjir meningkat dan berpindahlah pada waktu siang kerana ianya
lebih mudah dan selamat. Kalau pindah awal, insyaALLAH kita mampu untuk angkat
semua barang-barang yang disiapkan tu. Percayalah. Semuanya kena bertindak
cepat dan pantas.
14. Bila dah sampai di
pusat pemindahan banjir, sila daftar terlebih dahulu dan tinggallah di dalam
kelas (*kalau stay di sekolah) yang tinggi. Kemungkinan untuk air
menenggelamkan aras 1 adalah tinggi.
15. Sekali lagi kira
kembali jumlah beg yang telah dibawa dan pastikan ahli keluarga bersama.
Tips di atas berdasarkan
pengalaman aku sebagai mangsa banjir. Aku tak sempat buat semua tu sebab pada
mulanya ada timbul kenyataan tak
mungkin naik air. Itu salah kami.
Tips, panduan dan
langkah menghadapi banjir yang tepat boleh dirujuk di SINI. Sumber dari Jabatan
Penerangan Malaysia.
Thanks for reading this
entry. Semoga dapat kita manfaatkannya bersama.
Wassalam.
#Prayforpantaitimur
#pray4mh370
#Alfatihahmh17
#Alfatihahqz8501
mmg rumah dayah air naik sampai bumbung ke dayah? dahsyat jugak sekali air naik kan.. huhu..
ReplyDeleteyup.. naik sampi bumbung.. dalam 2-3 kaki kaki je nampak bumbung.. sangat dahsyat kak. tak terkata.
Delete